Nama
Penuh:
Muhammad Afiq Muiz
bin
Azman Shah
Nama Pentas:
Afiq Muiz
Tarikh Lahir:
1.5.1992
Tinggi/ Berat: 185cm/ 80kg
Asal: Kuala
Lumpur
Hobi:
memancing, melancong
Mudah Tersentuh Pada: lagu dendangan arwah sudirman “ayah dan ibu”
Anda Dalam 3 Perkara: ‘ saya seorang suka berfikir, tak banyak bercakap, dan suka buat
kejutan!
Apa pun, bukan mudah untuk meletakkan diri
dalam dunia yang diketahui penuh dengan cubaan ini apatah lagi pada usia yang
masih mentah. Andai diri tidak kuat, impian pasti berkecai di tengah jalan.
Namun bagi pendatang baru dalam dunia lakonan tempatan, Muhamad Afiq Muiz bin
Azman Shah atau mesra dikenali sebagai Afik Muiz, dia agakbernasib baik kerana
semuanya berlaku tanpa dirancang. Bermula sebagai seorang model sambilan ketika
usianya 17 tahun, akhirnya ditawar berlakon di layar tv. Semudah itu!
“Kalau nak ingat balik, lucu juga. Yalah,
saya asalnya tidak pernah intai peluang untuk menjadi pelakon. Saya
bermulasebagai model peragaan. Entah bagaimana figura saya telah menarik
perhatian seseorang lantas menawarkan saya peluang berlakon. Bagi saya tak
salah mencuba. Lagi pun bukan senang nak dapat peluang sebegini, betul tak?
So, dari situ saya mula berjinak-jinak
dengan dunia lakonan dan saya mula seronok dengan bidang ini,” ujar
jejakakelahiran Kuala Lumpur ini yang baru mencecah usia 19 tahun tanggal 1 Mei
lalu.
“Sekarang saya baru sahaja tamatkan
pengajian di ASWARA dalam jurusan lakonan dan seni persembahan.
Alhamdulillah, setakat ini adalah
berjinak-jinak dengan beberapa buah drama dan telefilem di kaca
televisyen.Selainnya, saya pernah juga terbabit dengan pentas teater berjudul
‘Gelanggang Tok Wali’ beberapa bulan lalu. Sebagai orang baru, saya akui masih
ada kelemahan dan sentiasa belajar dari semasake semasa membaiki mutu lakonan.
Justeru, saya amat perlukan sokongan anda semua diluar sana,” ujarnya merendah
diri.
Menariknya mengenai pemuja aktor Hug Jackman
ini, sebelum bergelar artis beliau pernah bergelar penjual burger. Dan katanya,
burger jualannya sentiasa mendapat permintaan ramai.
“Alhamdulillah, ketika itu jualannya tidak
pernah menghampakan. Itu satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan (ketawa).
Yalah, dari situ juga saya dapat duit poket. Pelajarlah katakan... Lucunya
sehingga kini sekiranya bertemu muka dengan penduduk setempat, mereka akan
bertanya pada saya bila lagi nak berniaga? Katanya, rindu nak merasa burger
saya!. Saya menganggap itu sekadar satu seloroh. Sebaliknya mereka sebenarnya
begitu menyokong karier senisaya.
“Oh ya, berkata soal berlakon, saya ada
pengalaman nak dikongsi. Sebagai orang baru, saya tidak terlepas daripada melakukan
kesilapan. Setakat ditengking dan dimarah di set penggambaran, itu sudah
menjadi lumrah.Namun, saya ambil sikap jangan cepat ambil hati. Buang jauh-jauh
perasaan malu. InsyaAllah kejayaan menanti di depan. Pesan saya buat
remaja-remaja di luar sana yang mungkin memasang impian untuk bergelar pelakon
atau punanak seni, buatlah kerana anda betul-betul berminat.
Bukan sekadar suka-suka atau nak
mengejarglamor. Disiplin kena tinggi! Ingat dunia glamor penuh ranjau, tersilap
langkah akan mencemar maruah keluarga dan diri. Itu yang selalu saya ingatkan
pada diri sendiri,” akhirinya yang mengimpikan untuk melakonkan watak gangster
dan anak derhaka sekiranya diberi peluang suatu hari nanti. SUMBER http://1-suara.blogspot.com/2011/11/afiq-muiz-dari-penjual-burger-ke-layar.html