SEPULUH wanita Palestin dilaporkan mengalami kehamilan, meskipun suami 
mereka berada di penjara Israel. Menurut pengakuan para doktor, mereka 
hamil dengan menggunakan sperma yang diseludup dari penjara. Seorang 
doktor pakar kesuburan, Salem Abu Khaizaran mengatakan sperma dibawa ke 
tempat khas di dalam pelbagai wadah, mulai daripada botol kecil hingga 
ke gelas plastik. 
Abu Khaizaran sendiri mengaku tidak tahu, bagaimana pihak-pihak 
yang terbabit berhasil menyeludup sperma keluar dari penjara Israel 
yang dikawal ketat. “Jujur saja, saya tidak tahu, dan saya tidak ingin 
tahu kerana saya tidak ingin terlibat politik. Saya melakukan ini demi 
tujuan kemanusiaan semata-mata, untuk membantu isteri para tahanan,” 
kata Dr Abu Khaizaran. 
Gambar Hiasan: Ra'id Pejuang Masa Depan
Antara wanita Palestin yang hamil berkat sperma yang diseludupkan dari 
penjara itu adalah Dallal. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, 
Muhammad Ziben, di Nablus pada tahun 2012 lalu, seperti yang dilaporkan 
seorang wartawan BBC, Jon Donnison di Tebing Barat. Namun si ayah, Ammar
 Ziben, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel,
 yang dituduh terlibat dalam serangan bom di Jerusalem pada 1997. 
Gambar Hiasan: Semoga Ra'id Menjadi Pejuang Agama Apabila Dewasa Nanti
Dallal mengaku ia hamil dengan sperma suami yang diseludupkan dari 
penjara Israel. “Muhammad adalah anugerah Tuhan,” kata Dallal kepada 
BBC. “Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa suami di samping 
saya,” tambahnya. [sm/islampos/bbc] 
sumber : http://mybabah.blogspot.com/2013/05/hamil-walaupun-suami-di-penjara.html
mcm ni pon boleh buat ke?? rasa macam tak ok jer..
mana boleh pasti tu benih suami??? suami dok penjara isteri main laki lain...pastu ngaku benih suami...
memang 100% tak sonkong



