D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Mei 2013

spa perak online

http://spaonline.perak.gov.my/spasuk/index2.php#

BIODATA AFIQ MUIZ

> BIODATA
Nama  Penuh:  Muhammad  Afiq  Muiz  bin
Azman Shah
Nama Pentas: Afiq Muiz
Tarikh Lahir: 1.5.1992
Tinggi/ Berat: 185cm/ 80kg
Asal: Kuala Lumpur
Hobi: memancing, melancong
Mudah Tersentuh Pada: lagu dendangan arwah sudirman “ayah dan ibu”
Anda Dalam 3 Perkara: ‘ saya seorang suka berfikir, tak banyak bercakap, dan suka buat kejutan!
Apa pun, bukan mudah untuk meletakkan diri dalam dunia yang diketahui penuh dengan cubaan ini apatah lagi pada usia yang masih mentah. Andai diri tidak kuat, impian pasti berkecai di tengah jalan. Namun bagi pendatang baru dalam dunia lakonan tempatan, Muhamad Afiq Muiz bin Azman Shah atau mesra dikenali sebagai Afik Muiz, dia agakbernasib baik kerana semuanya berlaku tanpa dirancang. Bermula sebagai seorang model sambilan ketika usianya 17 tahun, akhirnya ditawar berlakon di layar tv. Semudah itu!
“Kalau nak ingat balik, lucu juga. Yalah, saya asalnya tidak pernah intai peluang untuk menjadi pelakon. Saya bermulasebagai model peragaan. Entah bagaimana figura saya telah menarik perhatian seseorang lantas menawarkan saya peluang berlakon. Bagi saya tak salah mencuba. Lagi pun bukan senang nak dapat peluang sebegini, betul tak?
So, dari situ saya mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan dan saya mula seronok dengan bidang ini,” ujar jejakakelahiran Kuala Lumpur ini yang baru mencecah usia 19 tahun tanggal 1 Mei lalu.
“Sekarang saya baru sahaja tamatkan pengajian di ASWARA dalam jurusan lakonan dan seni persembahan.
Alhamdulillah, setakat ini adalah berjinak-jinak dengan beberapa buah drama dan telefilem di kaca televisyen.Selainnya, saya pernah juga terbabit dengan pentas teater berjudul ‘Gelanggang Tok Wali’ beberapa bulan lalu. Sebagai orang baru, saya akui masih ada kelemahan dan sentiasa belajar dari semasake semasa membaiki mutu lakonan. Justeru, saya amat perlukan sokongan anda semua diluar sana,” ujarnya merendah diri.
Menariknya mengenai pemuja aktor Hug Jackman ini, sebelum bergelar artis beliau pernah bergelar penjual burger. Dan katanya, burger jualannya sentiasa mendapat permintaan ramai.
“Alhamdulillah, ketika itu jualannya tidak pernah menghampakan. Itu satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan (ketawa). Yalah, dari situ juga saya dapat duit poket. Pelajarlah katakan... Lucunya sehingga kini sekiranya bertemu muka dengan penduduk setempat, mereka akan bertanya pada saya bila lagi nak berniaga? Katanya, rindu nak merasa burger saya!. Saya menganggap itu sekadar satu seloroh. Sebaliknya mereka sebenarnya begitu menyokong karier senisaya.
“Oh ya, berkata soal berlakon, saya ada pengalaman nak dikongsi. Sebagai orang baru, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setakat ditengking dan dimarah di set penggambaran, itu sudah menjadi lumrah.Namun, saya ambil sikap jangan cepat ambil hati. Buang jauh-jauh perasaan malu. InsyaAllah kejayaan menanti di depan. Pesan saya buat remaja-remaja di luar sana yang mungkin memasang impian untuk bergelar pelakon atau punanak seni, buatlah kerana anda betul-betul berminat.
Bukan sekadar suka-suka atau nak mengejarglamor. Disiplin kena tinggi! Ingat dunia glamor penuh ranjau, tersilap langkah akan mencemar maruah keluarga dan diri. Itu yang selalu saya ingatkan pada diri sendiri,” akhirinya yang mengimpikan untuk melakonkan watak gangster dan anak derhaka sekiranya diberi peluang suatu hari nanti. SUMBER http://1-suara.blogspot.com/2011/11/afiq-muiz-dari-penjual-burger-ke-layar.html

10 exco Selangor Angkat Sumpah

KLANG - Seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.

Exco Selangor kali ini menampilkan empat calon muka baru dan enam calon yang dikekalkan untuk penggal ini.

Pas membariskan tiga Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala calon muka, Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan  Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. baca seterusnya disini

Penacarian Peserta AF2013 Bermula

HAMPIR dua tahun rancangan realiti popular Akademi Fantasia (AF) direhatkan atas sebab-sebab tertentu, kini ia muncul semula dengan format baru dan idea lebih segar.
Dengan memperbaharui format baru, AF10 akan ditukar kepada AF2013 akan disiarkan di Astro Ria bermula September tahun ini.

Malah logo AF juga turut ditukar yang memperlihatkan elemen futuristik dan lebih menarik berbanding logo terdahulu.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata program realiti Akademi Fantasia dilihat sebagai platform bagi melahirkan perintis baru dalam dunia hiburan.

Tambahnya, program itu masih relevan dengan terbukti apabila ramai bintang kelahiran AF berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Selain itu, terdapat penambahan unsur rap dalam lagu rasmi AF, Menuju Puncak yang dinyanyikan oleh Zahid.

"Lebih menarik, penggunaan media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram atau Keek dibenarkan agar mereka dapat berkomunikasi dengan dunia luar," katanya.
Difahamkan, AF2013 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti iaitu pada September.

Zizan hos baru?
Teka-teki siapakah yang akan menggantikan pengacara asal Akademi Fantasia sebelum ini bakal terjawab dalam masa terdekat dan pihak Astro akan mengadakan sidang media untuk memperkenalkan pengacara baru AF.

Difahamkan, antara nama yang disebut-sebut menjadi menduduki kerusi pengacara AF ialah pelawak terkenal, Zizan Razak.

Malah, AF2013 dikatakan mempunyai unsur lawak dan masih mengekalkan elemen kejutan dalam rancangan tersebut.

Menurut Khairul, siapakah yang akan menjadi pengacara AF dirahsiakan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, bagi mereka berminat sertai AF2013 secara solo atau duo boleh kunjungi lokasi uji bakat pada tarikh ditetapkan.

Penonton boleh mendapatkan info di www.facebook.com/AkademiFantasia2013.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pencarian-peserta-af-kini-bermula-1.165306

[berita] Bot Karam


Tanggal seluar selamatkan diri
Orang ramai yang berkumpul di tebing sungai melihat bot ekspres Kawan Mas yang karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga di pedalaman Sarawak, pagi kelmarin.
 
BELAGA - Emerita Benggau terpaksa menanggalkan seluar dan melepaskan semua barangan lain demi untuk menyelamatkan diri apabila bot ekspres yang dinaiki untuk pulang ke kampung menyambut Hari Gawai karam di Sungai Rajang semalam.

Beliau berkata, tindakan itu terpaksa dibuat selepas seluar yang dipakainya itu menyukarkan pergerakannya untuk menyelamatkan diri.

“Saya dan penumpang lain menyedari air mulai masuk melalui pintu belakang bot dan kami bertindak memecahkan cermin keselamatan bot untuk keluar selamatkan diri. Saya terpaksa tanggal seluar dan melepaskan beg untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu tidak mudah kerana cermin keselamatan yang sempit dan keadaan kelam-kabut dan sesak dengan penumpang.

“Selepas keluar dari tingkap keselamatan bot, badan saya kejang, tetapi terpaksa kuatkan hati berenang ke kawasan berbatu di tengah sungai untuk menunggu diselamatkan,” katanya.

Rumah panjang itu adalah antara dua dari rumah panjang yang diguna untuk menempatkan mangsa bot karam yang selamat. Sebuah lagi ialah Rumah Panjang Uma Tanjong.

Emerita, 27, yang menaiki bot dari Kem Pembalakan di Bakun untuk pulang ke kampungnya di Rumah Panjang Benggau Nanga Sut Balleh, Kapit, hilang semua dokumen peribadi.

“Saya balik nak sambut Hari Gawai, dah jadi begini, rasa seronok nak sambut dah hilang,” katanya.

Bagi Sultan Usar, 40, suasana ketika itu kelam-kabut dengan penumpang berusaha selamatkan diri tanpa bantuan petugas bot ekspres itu.

“Keadaan ketika itu ‘bersepah’, masing-masing cuba selamatkan diri, saya sendiri yang sudah berjaya keluar dari bot hampir lemas kembali selepas kaki tersangkut dan bot ekpres itu yang tenggelam ‘menarik’ saya,” katanya.

Sultan yang bekerja di kem pembalakan di Bakun dan menaiki bot ekspres menuju ke kampungnya di Rumah Panjang Undi Sg Bena, Kapit bersyukur terselamat dan masih dapat sambut Hari Gawai.

“Sangat bersyukur kerana saya dan 13 rakan sekerja dari kem yang sama menaiki bot ekspres itu terselamat, namun sedikit kecewa kerana pengendali bot langsung tidak beri arahan selamatkan diri, sebaliknya sibuk menyelamatkan enjin bot,” katanya.

Terpaksa, tiada pilihan selain jalan darat yang terlalu jauh untuk pulang ke kampung, menyebabkan Philip Duren, 41, menaiki bos ekspres itu walaupun terpaksa duduk di atas bumbung.

“Saya beli tiket berharga RM50, sama harga seperti penumpang duduk dalam bot ekspres, tetapi sebab nak balik sambut Hari Gawai saya naik juga walaupun terpaksa duduk atas bumbung,” katanya.

Philip berkata, dalam kejadian itu, dia bersama anak, Rosek Philip, dalam perjalanan dari Kem Pembalakan Sy Sin Yang Lakin B, Bakun menuju ke kampungnya di Nanga Merit, Kapit untuk bercuti 10 hari sempena Hari Gawai.

“Sudah lima tahun saya bekerja di Kem Pembalakan Sin Yang, sejak dari Lakin A hingga sekarang ke Lakin B, tiap kali balik ke kampung untuk sambut Hari Gawai atau Hari Krismas, kena duduk atas bumbung...ini dah jadi perkara biasa, sebab itu saya tidak kisah kali ini untuk duduk atas bumbung,” katanya. - Bernama

Layan Pelanggan Dalam Semak

Layan pelanggan dalam semak
Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.
 
SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun

sumber : http://www.sinarharian.com.my/layan-pelanggan-dalam-semak-1.165281

29 Mei 2013

Hamil Walaupun Suami dipenjara

SEPULUH wanita Palestin dilaporkan mengalami kehamilan, meskipun suami mereka berada di penjara Israel. Menurut pengakuan para doktor, mereka hamil dengan menggunakan sperma yang diseludup dari penjara. Seorang doktor pakar kesuburan, Salem Abu Khaizaran mengatakan sperma dibawa ke tempat khas di dalam pelbagai wadah, mulai daripada botol kecil hingga ke gelas plastik.
Abu Khaizaran sendiri mengaku tidak tahu, bagaimana pihak-pihak yang terbabit berhasil menyeludup sperma keluar dari penjara Israel yang dikawal ketat. “Jujur saja, saya tidak tahu, dan saya tidak ingin tahu kerana saya tidak ingin terlibat politik. Saya melakukan ini demi tujuan kemanusiaan semata-mata, untuk membantu isteri para tahanan,” kata Dr Abu Khaizaran.
Gambar Hiasan: Ra'id Pejuang Masa Depan

Antara wanita Palestin yang hamil berkat sperma yang diseludupkan dari penjara itu adalah Dallal. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Muhammad Ziben, di Nablus pada tahun 2012 lalu, seperti yang dilaporkan seorang wartawan BBC, Jon Donnison di Tebing Barat. Namun si ayah, Ammar Ziben, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, yang dituduh terlibat dalam serangan bom di Jerusalem pada 1997.
Gambar Hiasan: Semoga Ra'id Menjadi Pejuang Agama Apabila Dewasa Nanti
Dallal mengaku ia hamil dengan sperma suami yang diseludupkan dari penjara Israel. “Muhammad adalah anugerah Tuhan,” kata Dallal kepada BBC. “Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa suami di samping saya,” tambahnya. [sm/islampos/bbc] 
sumber : http://mybabah.blogspot.com/2013/05/hamil-walaupun-suami-di-penjara.html
mcm ni pon boleh buat ke?? rasa macam tak ok jer..
mana boleh pasti tu benih suami??? suami dok penjara isteri main laki lain...pastu ngaku benih suami...
memang 100% tak sonkong

Senarai Tempat Menarik Di Pulau Pinang

BUKIT BENDERA


BACA SETERUSNYA DISINI <--klik br="" sini="">

28 Mei 2013

kisah pontinak di kulim kedah



Tempat dan peralatan memuja.
Tempat dan peralatan memuja.
Puntianak tenggek atas atap
Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.
Puntianak tenggek atas atap
Aziz dan Zamri menunjukkan kawsan pemujaan.
Puntianak tenggek atas atap
Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.
KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.
Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/puntianak-tenggek-atas-atap-1.164516

27 Mei 2013

GAMBAR KAWIN SAIFUL BUKHARI


eeee..Benang Mop Dalam Tomyam..


Benang mop dalam tomyam
Benda asing ditemui Khairul dalam tomyam dibelinya.
SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.

Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal  tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.

Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.

“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.

“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.

Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.

“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.

“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.

Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/benang-mop-dalam-tomyam-1.164196

How can you use a smartphone or tablet to help with the safety of motorists on the road?

26 Mei 2013

kord gitar cikgu ayu - khalifah

Intro Am G Am (x2) Am G E Am
*
Am
Teringat masa dulu ada seorang cikgu
G
Sungguh ayu
E
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Am
Memang ayu
Am
Tiap hari pagiku ceria didada ku
G
Kerna cikgu
E
Setiap bicaramu membenihkan cintaku
Am
Cikgu ayu
Am G Am (x2)
Am
Tiap hari sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu,
Kenapa rasa rindu?
Kacaunya jiwaku mungkin kerna cintaku
G
Cikgu ayu
F G
Cintaku
Am
Cintaku
Am G Am (x2)
Am
Jalan no 1
Rumah berwarna biru kampug ulu bharu
Disitu rumah cikgu
G
Cikgu ayu
F G
Cintaku
Am
Cintaku
Ulang dari *
Am
Tiap hari sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu,
Kenapa rasa rindu?
G
Cikgu ayu
F G
Cintaku
Am
Cintaku
Am
Jalan no 1
Rumah berwarna biru kampug ulu bharu
Disitu rumah cikgu
Rumahnya cikgu ayu
Pujaan hatiku
G
Cikgu ayu
F G
Cintaku
Am
Cintaku
Am
Ini kisah cintaku
G
Cuma aku yang tahu rahsiaku
E Am
Malu pada cikgu juga kawan-kawan ku ayah ibu
G
Cikgu Ayu
F G
Cinta Hatiku
Am
Cinta Hatiku
G
Cinta Hatiku
F G Am
Cikgu Ayu

25 Mei 2013

Lelaki Tukar Muka Jadi Anjing


Lelaki ni lagi gila. Orang nak buat pembedahan plastik sebab nak tukar dari muka huduh kepada yang cantik lawa dan begetah. Tetapi lelaki dari negara samba ni memandai nak menukar wajahnya kepada anjing dengan menggunakan bangkai anjing lagi tu. Gila ka apa dia ni. Korang tengoklah sendiri macam mana dia menukar wajahnya yang dah ok kepada.....baca dan tengok gambar seterusnya disini

video - gurauan bawa maut

[video]Penangan Gitar nenenk

Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit


Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
Galaxy S4 terjual pada kadar empat unit setiap saat.
SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan jualan bagi telefon pintar terbaru keluarannya, Galaxy S4 telah terjual 10 juta unit di seluruh dunia, atau empat unit setiap saat, sejak ia dilancarkan secara global pada 27 April lalu.

Galaxy S4 juga mencacatkan satu lagi rekod baru bagi Samsung apabila menjana jualan lebih cepat daripada mana-mana produk terdahulu. Untuk perbandingan, Galaxy S3 mencapai jualan 10 juta unit dalam tempoh 50 hari selepas dilancarkan pada 2012 manakala, Galaxy S2 mengambil masa lima bulan dan Galaxy S memerlukan tujuh bulan untuk mencapai jumlah sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, Samsung akan terus menghasilkan produk yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna.

Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati di 110 negara dan pengeluarnya menyasarkan untuk mencapai 155 negara tidak lama lagi.

Samsung turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak warna untuk model Galaxy S4 iaitu biru, merah diikuti ungu dan coklat.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/jualan-galaxy-s4-cecah-10-juta-unit-1.163694

Posmen nak hantar surat jumpa mayat dalam rumah


Posmen nak hantar surat jumpa mayat dalam rumah
Mayat mangsa yang ditemui mati oleh seorang posmen dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, semalam. Gambar kecil: Kuet Kiang
 
GEMENCHEH – Gerak hati seorang posmen untuk meninjau ke dalam rumah seorang penduduk di Kampung Baru Air Kuning Selatan, dekat sini, membawa kepada penemuan mayat, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, mayat Yap Kuet Kiang, 58, yang dipercayai sudah mati beberapa hari ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan.

Menurut sumber, posmen tersebut dipercayai ingin menghantar surat berdaftar di rumah berkenaan, namun berasa curiga apabila bunyi hon berulang kali tidak diendahkan pemilik rumah. baca seterunya di sini

Giveaway Kamera GoPro Setiap Hari melalui #ReefRescuers. Bagaimana??


22 Mei 2013

SENARAI HOMESTAY MURAH SELURUH MALAYSIA

KLIK SINI

Guess what happened when this macha asked for 'special' carwash?


Biodata Ahmad Zahid Hamidi -

Ahmad Zahid Hamidi


Yang Berhormat Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini
Didahului oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Digantikan oleh penyandang

Ahli Parlimen
untuk P75 Bagan Datoh, Perak
Tempoh berjawat
5 Mei 2013 – kini
Majoriti 2,108 (PRU-13)

Tempat lahir Negeri Perak Bagan Datoh, Perak
Parti politik BN-100px.jpgBN-UMNO (Malaysia).svg(UMNO)
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen
Agama Islam
YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri di Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009. Beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat,Rungkup, Bagan Datoh,


baca sepenuhnya disini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Zahid_Hamidi

Apa Itu Hari Wesak

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup baca seterusnya disini

DJ Tiesto's favourite Ultrabook™ is launched today!

20 Mei 2013

CARA PALING MUDAH LAJUKAN WINDOWS XP ANDA

SEBELUM KORANG CUBA SOFTWARE NI...
KORANG TENGOK DULU WINDOWS ASAL KORANG
BRAPA LAMA DIA LOADING
KIRA JUMLAH BAR BIRU YG BERGERAK TU
BERAPA KALI
YANG KEDUA KORANG TENGOK PULAK START BAR KAT DESKTOP
CUBA KORANG GERAKKAN MOUSE CURSOR KAT LINK2 OPEN OFFICE,VIDEO LAN, WINAMP..CTH MCM GAMBAR KAT ATAS...SETIAP LINK TU DIA BUKA LAJU KE TAK...

YANG KE TIGA CUBA PLAK KORANG SHOUTDOWN KOMPUTER, 
UKUR BRAPA LAMA CPU TU NAK PADAM TERUS...(OFF POWER)


LEPAS DAH NILAI KELAJUAN YANG ASAL WINDOWS KORANG
BARU LA KORANG GUNA SOFTWARE SIMPLE NI...LAJU XPv2.0
LAPAS GUNA ...KORANG SEMAK BALIK KETIGA-TIGA BENDA YANG KAT ATAS TADI
SAMA ADA MAKIN LAJU ATAU SEBALIKNYA....

 


BENDA NI BIASA BG PAKAR2 KOMPUTER DIA LUAR SANA...
KAT SINI AKU SEKADAR NAK KONGSI SAJA KAT YANG MASIH TAK TAHU LAGI...
KALAU DAH GUNA TU...KASI LA KOMEN SKIT MENJADI KE TAK..
 OK TERIMA KASIH..
BYE

PASSWORD 34510




kasut tumit tinggi punca payu dara kendur


19 Mei 2013

Biodata Adam Adli

page not found..sorry

[TERBAIK]Tahan Adam Adli : Polis beri amaran jangan timbul kekecohan

JAMILAH HAMZAH
18 Mei 2013
Adam Adli Abdul Halim
SHAH ALAM - Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Rakan seperjuangannya N.surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.

"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.

[movie] Biker Kental 2013



Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.

Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.

Redeem your FREE scalp treatment + hair revival kit worth RM468 Here!


kepala tikus dalam nasi goreng

Rui’an (China) – Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin.
Penemuan itu menjadi sensasi apabila foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.
Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu. Dikatakan kepala tikus itu sebesar saiz jari kelingking orang dewasa.
Pengetua Sekolah Menengah Rui Xiang, Weng Heng Xuan memberitahu Beijing Times apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan pemeriksaan di sekolah itu pada 7 Mei lalu, mereka menemui rahang daripada seekor tikus bersaiz besar yang kelihatan seperti sudah dipanggang. Pihak berkuasa telah merampas sejumlah cendawan kering dan nasi pulut dari sekolah itu untuk siasatan lanjut.
Pegawai keselamatan makanan memberitahu wartawan kepala tikus itu ditemui bersama cendawan kering yang dipesan kantin sekolah daripada pembekal. Dia juga memberitahu menemui tulang dalam bungkusan cendawan kering, tetapi tidak dapat memastikan jenis haiwan berkenaan. – AsiaOne
 

18 Mei 2013

Semakan online keputusan kemasukan ke politeknik 2013/ 2014


Semakan online keputusan kemasukan ke politeknik 2013/ 2014 . 

Berita baik untuk pemohon, semakan Politeknik Premier/IPTA (Kategori Lepasan SPM) Sesi Jun 2013 dan keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO & ILKA boleh disemak di laman ini.

Keputusan permohonan ke Politeknik Premier sesi Jun 2013

Calon lulusan SPM yang memohon ke Politeknik Premier boleh membuat semakan keputusan mulai 17/05/2013.

Keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO sesi Jun 2013

Calon lulusan SPM yang memohon ke Politeknik Konvensional/METrO boleh membuat semakan keputusan mulai 24/05/2013.


Keputusan permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA Sesi Jun 2013


Calon lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA yang memohon ke program Diploma Lanjutan & Diploma boleh membuat semakan keputusan mulai 24/05/2013.

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2013     

16/17 Jun 2013
SUMBER : http://rossacalla.blogspot.com/2013/05/cara-buat-semakan-online-keputusan.html#axzz2TchgStjX

ustaz kazim dah tak nak berceramah lagi ??

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
FotoUstaz Kazim (kanan).

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Henticeramahkecewadifitnah//Article

zaidi buluh perindu meniggal dunia

28 Februari 2013
TUMPAT - Penyanyi lagu-lagu dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, yang lebih dikenali sebagai 'Zaidi Buluh Perindu', meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung, di sini hari ini.
Zaidi jatuh dan pengsan ketika membuat persembahan dikir barat untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di sini, pada 10.35 pagi dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 11 pagi.
Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun.

Allahyarham turut merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk 'Juwita' mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini.
Zaharina ketika ditemui di rumahnya berkata beliau reda dengan pemergian suaminya namun terkilan kerana hajat Zaidi untuk menunaikan umrah pada April ini tidak tercapai.
"Pagi ini arwah sempat bersarapan sebelum turun membuat persembahan dikir barat di Kompleks LKIM itu. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah menerima panggilan mengatakan arwah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Noh turut meluangkan masa melawat keluarga Zaidi selepas selesai merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat serta menyampaikan elaun sara hidup tunai Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di LKIM Geting di sini.

Turut hadir Adun Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar; Naib Ketua Umno Tumpat Wan Hanapi Wan Yaakob dan Pengarah LKIM Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung selepas solat Asar. - Bernama
sumber http://www.sinarharian.com.my/semasa/zaidi-buluh-perindu-meninggal-dunia-ketika-buat-persembahan-sambut-noh-omar-1.135442

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog