LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home » » Rambut awie kena gunting oleh menteri

Rambut awie kena gunting oleh menteri

Rambut panjang bertocang Awie Wings kena potong? Yang lebih hebatnya yang memotong rambut Awie tu ialah Menteri Penerangan!! Apa  marah sangat pak menteri kita tu sampai dia mencemar duli menggunting rambut seorang rocker bernama Awie?

 
Sebenarnya yang JR nak ceritakan ni  satu cerita lama yang berlaku pada 1986. Ia telah menjadi sejarah yang mungkin ramai dari kita tidak tahu ceritanya. Korang sudah wujud ke pada 1986? Atau pada tahun itu ibu bapa korang masih dalam 'proses' untuk mewujudkan korang??

Apa yang terjadi pada 1986? Pada tahun itu tiba-tiba kerajaan memutuskan kumpulan rock diharamkan dari muncul di TV dan radio atas alasan mereka membawa pengaruh buruk kepada masyarakat, termasuk cara berpakaian dan fesyen rambut panjang mereka. Lama la juga kumpulan rock Malaysia ni susah nak cari makan hingga kerajaan mengambil keputusan untuk 'mengampunkan' dosa mereka tak lama kemudian. Syarat untuk dosa mereka 'diampun' ialah rambut panjang mereka perlu dipotong terlebih dahulu. Dan yang istimewanya ialah tukang gunting itu ialah Menteri Penerangan sendiri. Lihat gambar ni:


Gambar di atas yang JR ambil dari Malaysia Sensasi menunjukkan Datuk Mohamad Rahmat (bekas Menteri Penerangan) sedang menggunting rambut Awie Wings. Masa tu Awei masih muda, perut pun belum bulat seperti sekarang. Selain Awie, rambut Amy Search pun kena gunting jugak ketika itu.
Memang seronok juga  bila kadang-kadang mengikuti nostalgia lama, kan??
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger