D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

14 Februari 2013

Puluhan Lelaki Bersenjata Warga Filipina Dikesan Di Lahad Datu!



peta lahad datu
KUALA LUMPUR – Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.
Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.
Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.
Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.
Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.
Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.
Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.
Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian.

sumber http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/02/gempar-puluhan-lelaki-bersenjata-warga.html#ixzz2KqHXjc6M

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog