D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Februari 2013

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA - Versi 1

\

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA SANJI BETTA
Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk pembiakan Betta :-

1.  Pra Pembiakan (Conditioning)
    
     Induk jantan dan induk betina diasingkan, seekor ikan jantan dipelihara di dalam sebuah bekas 
     sementara betina didalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makana boleh diberi tetapi      
     keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, 'tubifex worm' atau 'blood worm'
 .
2.  Penyediaan tangki pembiakan 
 
     Tangki berukuran 15 inci x 10inci x 8inci adalah memadai. tangki diisi separuh penuh dengan
     air paip atau hujan yang telah diheningkan
                                                                                                                                                 
     Dibahagian dalam tangki diletakkan satu keratan paip Tee PVC 2inci untuk induk betina 
     bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif. Elok sekiranya ditambah sedikit air daun 
     ketapang @ ekstraknya.
                                                                                                                                                                       
3.  Mencampurkan induk
 .
     Mula-mula induk jantan dimasukkan kedalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina
     sarang buih, ini menunjukkan kesediaannya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini
     ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan kedalam tangki pembiakan
     untuk merangsangkan ikan jantan.

4.  Membuat Sarang Buih

     Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan
     satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini akan
     bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang.

     Pada permulaan perkenalan  induk jantan dan induk betina akan bergaduh, sehingga satu
     ketika kedua-dua induk tersebut telah bersedia untuk mengawan, ianya akan berada dibawah
     sarangnya dan mulai mengawan.

     Perubahan ton warna seakan-akan berbelang pada induk betina, merupakan tanda bahawa
     induk tersebut sudah bersedia untuk mengawan.


5. Proses Persenyawaan

    Semasa mengawan induk jantan dan betina akan membelitkan badan antara satu sama lain.
    Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang
    dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
    Telur yang tersenyawa tenggelam kedasar tangki. Telur tersebut dipungut  oleh ikan jantan
    dan dimasukkan kedalam sarang buih. buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan.
    Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 2 jam.

6. Penjagaan Telur

    Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina tidak diperlukan lagi dan hendaklah segera
    dikeluarkan dari tangki pembiakan untuk dirawat kerana apabila selesai mengawan induk jantan
    tidak membenarkan induk betina menghampiri sarang@buih yang mengandungi telur itu tadi.
    Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry

    Telur menetas selepas 24 - 30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina
    semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula kedalam
    sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberikan makanan.
 
    Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air hijau
    (green water) yang boleh didapati dari air kolam ternakan ikan talapia/ keli yang telah lama.
    Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas.
    Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan berkhasiat seperti larutan telur kuning (hanya
    sedikit sahaja).

    Fry yang berumur 7 hingga 10 hari perlu dipindahkan ketangki pemeliharaan yang lebih besar
    untuk pembesaran. Makanan yang perlu diberi ialah moina atau "blood worm" yang dicincang.
    Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan

    Setelah anak-anak betta berumur 3 bulan, ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan
    secara individu di dalam botol. Ikan betina pula boleh dipelihara dalam tangki secara komoniti.
    Untuk penghasilan secara komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang
    banyak untuk menyimpan jantan.

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA PEMBIAKAN IKAN BETTA

1.   Jika induk betina belum bersedia untuk mengawan, induk jantan akan mencederakanya
      sehingga mati. Jika induk jantan belum bersedia menerima induk betina atau sarang buihnya
      belum siap, ia juga akan bertindak ganas terhadap betina.

2.   Sebaliknya jika induk betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, induk betina pula akan
      bertindak agresif terhadap si jantan. Sekiranya si jantan masih belum menyiapkan sarangnya
      kadang kala induk betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh induk jantan.

3.   Untuk memilih induk jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapat buih didalam bekasnya
      sementara induk betina dipilih dari jenis yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna
      menarik dan memberansangkan.

sumber : http://bettaguarsanji.blogspot.com

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog