Secara
fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan
perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua
jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan
tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.
Dari segi
Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama
ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak
ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.
Khunsa terbahagi
kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa
ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang
tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang
boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan.
Manakala khunsa ghair
musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar
dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti
kedatangan haid.
Harus dari
sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi
khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut
sebagai hermaphrodite.
p/s: Paparan
gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai
pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa.
Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur
18 tahun untuk melihat gambar di atas.