Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar
12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam
keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan
peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang
akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang
bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib
tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan
seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi
paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan
berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.
“Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak
dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak
gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang
Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’
diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65
juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan
anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan,
sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya
tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh
rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon
permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak
bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami
berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita
dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul
dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang
mahu tampil untuk membantu!