Sesudah menggunakan krim berkenaan, biji itu tetap tidak hilang. Apa yang perlu saya lakukan?
Bagaimana saluran susu boleh tersumbat sedangkan saya tidak menyusukan bayi?
MIZA,
Taiping, Perak.
Eloklah anda mendapatkan pengesahan daripada pakar pembedahan am.
Lebih elok lagi mereka yang mempunyai pengkhususan bahagian pembedahan
payudara kerana mereka lebih berpengalaman melihat lebih ramai pesakit yang bermasalah sedemikian.
Diharapkan ia sekadar tuberkel atau kelenjar Montgomeri saja, suatu yang normal dan lebih ketara timbul apabila puting payudara dirangsang atau disentuh.
Jika perlu, ujian mudah seperti ultrabunyi payudara akan dilakukan. Jika masih membimbangkan, doktor mungkin akan mengambil sedikit sampel menggunakan jarum untuk menilai sel terbabit secara ujian sitologi.