Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.
Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu.
PARAMEDIK tiba untuk membantu Kim dan bayinya.
Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.
Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu.
Ketika ibunya membantu dia menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.
Kim berkata: “Ibu saya berkata ‘Tidak, belum lagi’ tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya.
“Pengawal keselamatan berkenaan melihat apa yang berlaku di CCTV dan segera bergegas membawa selimut dan menenangkan saya hingga ambulans tiba,” katanya.
“Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai ‘lain-lain’, jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.
“Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu,” katanya. - Daily Mail
sumber ; http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Beranaktepijalan/Article