D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

18 Julai 2014

info sejarah pulau jerejak pulau pinang malaysia - jerejak island

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar.
Pulau Jerejak kini boleh ditiba dengan menaiki feri kecil dari Bayan Lepas.

Sejarah

Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.
Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I. [1] [2]

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog