28 PERKARA TERSEBUNYI OLEH ISRAEL YG KITA TIDAK KETAHUI
28 Perkara Tersembunyi Israel yang Mungkin Anda Tak Tahu
- Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
- Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?
- Tahukah anda bahawa penduduk Palestin
yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat
dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?
- Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian
timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat
antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan
yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.
- Tahukah anda bahawa Israel membekalkan
85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk
seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya,
Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di
Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu
penduduk Palestin di daerah itu.
- Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?
- Tahukah anda bahawa Amerika terus
memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million
setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan
sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?
- Tahukah anda bahawa Israel juga
mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri
dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika
merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan
semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur
Tengah.
- Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika
telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan
senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan
tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn
1981.
- Tahukah anda bahawa Israel adalah
satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan
pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB
untuk memeriksa tempat persembunyiannya?
- Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel pada tahun 1948, ia sudah memiliki loji pengembangan senjata nuklear?
- Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi
Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera
Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
- Tahukah anda bahawa Israel meledakan
tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk
Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun
serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya,
tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap
Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran.
Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.
- Tahukah anda bahawa Israel merupakan
negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah
resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan
seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan
dilakukan oleh Amerika Syarikat?
- Tahukah anda bahawa pemerintah Israel
menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar
tetap menjadi warga negara itu?
- Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei
1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang
menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu
menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa
pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan
mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
- Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988,
semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong
dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang
penulis dengan syarat ras Yahudi?
- Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara
Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej
positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
- Tahukah anda bahawa Perdana Menteri
Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran
seluruh ras Arab dari Israel?
- Tahukah anda bahawa rahib besar di
Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar di
Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga
Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan
usaha-usaha membunuh warga Palestin.
- Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?
- Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?
- Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung
Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses
pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa
setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
- Tahukah anda bahawa walaupun Israel
terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana
pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?
- Tahukah anda bahawa setiap manusia
mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang
diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa
undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin?
Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?
- Tahukah anda bahawa majoriti buku
sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel
terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang
menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al
Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu
adalah serangan untuk menjaga diri.
- Tahukah anda bahawa Israel sebagai
negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk
menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?
- Tahukah anda bahawa Israel terus
melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah
Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid
tersebut agar runtuh dengan sendirinya? SUMBER