D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

4 Julai 2014

AWAS WANITA BUJANG - KISAH BENAR

Ibu mentua saya jenis suka membuat keputusan untuk suami, termasuk hal mengenai kerja dan sekecil-kecil perkara.
Saya menjadi rimas dan berasa diketepikan suami. Saya merajuk tetapi suami menegur sikap saya yang dianggap keanak-anakan, sedangkan saya berasa suami yang lebih tidak matang.

Saya bimbang dengan hala tuju perkahwinan kami. Saya risau suami gagal mengemudi rumah tangga kami kerana sikapnya yang terlalu bergantung kepada ibunya dalam setiap keputusan.

Perlukah saya terus berdiam diri serta mengabaikan sikap suami yang gemar mengadu kepada ibunya yang secara tidak langsung menyebabkan ibu mentua campur tangan dalam urusan rumah tangga kami?


DURINA
Kuala Lumpur



Terbayang seketika babak Mentua Versus Menantu lakonan Erra Fazira serta Rozie Othman yang saling bersaing merebut perhatian Aqasha.

Ketegangan membabitkan persaingan dua wanita iaitu menantu serta mentua sedia wujud dalam dilema keluarga.

Dang Setia faham peritnya perasaan puan menjadi isteri kepada lelaki yang disifatkan ‘anak emak’. Tiada guna puan terus ‘bersaing’, sebaliknya beralah serta merendah diri.

Puan harus lebih bijak mengatur strategi untuk menasihati suami supaya bersikap matang, bukan fokus mengenai campur tangan ibunya sebagai penyebab semua masalah.

Itu hanya menyebabkan kedudukan puan lebih tersisih. Puan perlu lebih giat mengambil hati mentua supaya kedudukan puan diterima lebih terbuka.

Lama-kelamaan puan juga dilihat sebagai rujukan apabila suami menyedari puan menghargai orang tuanya.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog