D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Julai 2014

rahsia nafsu songsang bdk 15 thn -k.terngganu

KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.
BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

terkini - lagi pesawat hilang dan terhempas hari ini

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers semalam.

Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

"Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya di sini, hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers, Algeria.

Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.

Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali. - Bernama

sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/tiada-rakyat-malaysia-terbabit-nahas-air-algerie-1.303026

KOLEKSI LAGU PATRIOTIK PERCUMA - MINUS ONE

  • Negaraku (Minus One) Download
  • Negaraku Download
  • Negaraku (Instrumental) Download
  • Keranamu Malaysia Download
  • Keranamu Malaysia (Minus One) Download
  • Jalur Gemilang Download
  • Wawasan 2020 Download
  • Berjaya Download
  • Bersatu Download
  • Malaysia Berjaya Download
  • Tanggal 31 Download
  • Kemegahan Negaraku Download
  • Perajurit Tanah Air Download
  • Muhibbah Download
  • Pahlawanku Download

  • 25 Julai 2014

    gian sup ikan gearbox kelantan

    Campuran sup kepala ikan dan sup gearbox mungkin kedengaran agak janggal, namun kombinasi itu menjadikan ramai yang ketagih untuk menikmati­nya untuk kali kedua.
    Isi ikan dan daging yang lembut ditambah sup yang mengandungi campuran perencah sup rahsia keluarga amat menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih.
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    cara mudah buat bubur untuk bayi

    Bahan-bahan ( 1 orang )

    • 1/4 cawan beras
    • 1 ketul dada ayam (ambil isinya)
    • 2 cm lobak merah (potong kecil) & 2 cm celery
    • 5 helai daun pegaga
    • secubit garam & secubit gula

    Cara-cara

    1. Basuh beras seperti biasa.
    2. Bersihkan ayam, lobak merah & pegaga.
    3. Masukkan ke dalam periuk semua bahan2 tersebut, tambahkan secubit garam & secubit gula. Isikan dengan air & jerang di atas dapur.
    4. Kacau sekali- sekala. Apabila beras telah mengembang dan air telah sedikit kering, tutupkan api.
    5. Biarkan agak sejuk seketika. Blender bubur tadi mengikut citarasa masing2. Jika hendak membuat bubur cair, tambahkan sedikit air. Jika perlukan bubur yang pekat tidak perlu ditambah air.
    6. Selamat menjamu Si Manja!!

    MP3 DAN VIDEO LAGU NEGARA KU MINUS 1 - PERCUMA

    24 Julai 2014

    cara mudah masak bubur lambuk

    Bahan-bahan
    • Dua cawan beras dibersihkan
    • 300-500 gram daging dipotong dadu
    • 4 ulas bawang putih*
    • 1 biji bawang besar merah*
    • 1 genggam udang kering*
    • 1 kiub pati lembu
    • 1 sup bunjut
    • Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
    • 1 sudu halba
    • 2 helai daun pandan
    • 1/2 cawan santan
    • air secukupnya
    Cara-cara
    1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
    2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
    3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
    4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
    5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
    7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

    gambar suspek rogol beramai di dedahkan

    KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.
    BACA DAN LIHAT GAMBAR SEPENUHNYA

    DISKAUN 20% TOL RAYA 2014

    KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini.
      
    Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Zainudin A.Kadir berkata diskaun itu ditawarkan kepada pengguna di di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
      
    Katanya, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun itu selama dua hari bermula 28 Julai dari pukul 6 pagi.
       
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    23 Julai 2014

    kecoh !!! pesawat terhempas di taipei pula

    TAIPEI 23 Julai - Pesawat TransAsia Airways GE222 yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di kepulauan Penghu, selat Taiwan terbakar selepas gagal membuat cubaan pendaratan kali kedua ketika cuaca buruk.
    Menurut laporan awal, 51 orang dipercayai terbunuh dan tujuh lagi mengalami kecederaan parah.
    Pesawat dengan 54 penumpang dan empat anak kapal itu dipercayai cuba melakukan pendaratan pertama di lapangan terbang Makung Penghu tetapi gagal dan cubaan keduanya menyebabkan ia tersasar ke perkampungan Penghu Siansi Xixi yang terletak berhampiran.

    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    kuala kurau - tembikai berbentuk labu

    KUALA KURAU - Seorang peniaga buah-buahan terpaksa menolak tawaran RM100 dari pelanggan yang mahu membeli sebiji buah tembikai berbentuk seperti labu.

    Peniaga buah-buahan, Nor Nasriq Rosli, 31, berkata, dia enggan menjual buah tembikai itu kerana bentuknya yang pelik dan sukar ditemui.

    Menurutnya, dia bersama seorang pekerja memetik tembikai di ladang ketika menjumpai buah berkenaan.
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    tnton filem - tembus

    Published on Sep 9, 2013
    Liputan disebalik pembikinan filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Tembus yang menampilkan gabungan 3 buah negara Indonesia, Malaysia & Singapura. Antara pelakon2 ternama yang terlibat menjayakan filem Tembus ialah Aaron Aziz, Luna Maya, Fazura & Khir Rahman. Credit to Diva@1 RTM1

    22 Julai 2014

    TONTON FILEM - KELIBAT 2014

    wan azizah jadi MB selangor ???

    SHAH ALAM - PKR menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

    PKR mencapai keputusan itu selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi, lapor sebuah portal.

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor.
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    bolehkah suami isteri mandi wajib bersama


    Soalan : Bolehkah Pasangan Suami Isteri Mandi Junub Bersama?
    As salamulaikum...minta maaf saya ingin bertanya, bolehkah suami dan isteri mandi bersama selepas berjimak?..
    saya tak tau pasal nih, suami saya kata tak boleh sebab nak sucikan diri dan nanti mandi hadas tu tak sah sebab bersentuhan...mohon pendapat.....terima kasih...
    Soalan dari facebook IKRAM.

    Jawapan oleh:
    Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
    Assalamualaikum.
    Terima kasih kepada puan yang bertanya.
    Pertama kita perlu melihat syarat sah mandi wajib atau mandi junub ialah niat dan meratakan air keseluruh badan. Tidak disyaratkan tiada bersentuhan dengan orang lain. Maka jelas bersentuhan ketika mandi junub bukanlah satu larangan syara’. Bahkan Rasulullah juga bersentuhan dengan isterinya ketika mandi bersama.
    Sayugia diketahui bahawa mandi-manda bersama suami isteri adalah merupakan amalan Rasulullah bersama isteri-isterinya ‘Aisyah R.A dan Ummu Salamah R.A. Tidak terhenti kepada mandi biasa, bahkan mereka pernah mandi junub bersama.
    Terdapat berbagai riwayat berkaitan peristiwa ini.
    Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
    "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
    Hadis ini menunjukkan bagaimana indahnya kehidupan Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
    Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
    "Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
    Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah menceritakan, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah mesranya Rasulullah SAW.
    Selain itu, sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda, dan berseronok. Rasulullah saw sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-senda. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
    Diharap persolan puan telah terjawab. WALLAHU ‘A’LAM. - ikram
     
    link : http://cilokblog.blogspot.com/2014/07/bolehkah-suami-isteri-mandi-junub.html

    ABG LURUS BENDUL ADK DIPERSALAHKAN

    Abang saya jenis lurus bendul. Dia sering ditipu rakan sekolah dan apabila dia mengadu, saya menjadi mangsa. Saya kerap dipersalahkan kerana tidak menjaga abang, sedangkan ibu bapa saya sedia maklum yang sesi rehat kami berbeza.
    Abang saya pelajar tingkatan lima manakala saya tingkatan tiga. Biarpun puas saya nasihat abang mengenai sikap rakannya yang teruk, dia masih menjadi mangsa.

    21 Julai 2014

    28 PERKARA TERSEBUNYI OLEH ISRAEL YG KITA TIDAK KETAHUI

    28 Perkara Tersembunyi Israel yang Mungkin Anda Tak Tahu

    1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
    2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?
    3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?
    4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.
    5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.
    6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?
    7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?
    8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.
    9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.
    10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?
    11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel pada tahun 1948, ia sudah memiliki loji pengembangan senjata nuklear?
    12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
    13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.
    14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?
    15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?
    16. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
    17. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?
    18. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
    19. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?
    20. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar di Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.
    21. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?
    22. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?
    23. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
    24. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?
    25. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?
    26. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.
    27. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?
    28. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya? SUMBER

    KECOH - PEMUZIK BERCINTA DENGAN REMAJA 16 TAHUN

    Manila: Pemuzik terkenal Filipina, Freddie Aguilar semalam mendedahkan buat pertama kali dia melihat teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dia serta-merta jatuh cinta dengan remaja itu.
    Ikon lagu rakyat Filipina itu berkata, dia menyangka remaja terbabit berusia antara 20 dan 21 tahun kerana susuk tubuh dan penampilannya yang matang.

    20 Julai 2014

    TONTON FILEM - MAT TUDUNG

    SELEPAS filem Hantu Kapcai, Kahwin 5 dan Ular, kini anak syarikat KRU Studios, Showbiz Productions bakal mengeluarkan filem pertamanya untuk tahun ini, iaitu sebuah filem komedi berjudul Mat Tudung.

    SENARAI MAKANAN MERBAHAYA UNTUK IBU MENGANDUNG

    Terdapat beberapa jenis makanan bahaya ibu mengandung yang perlu elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan ibu mengandung dan kandungan, ikuti panduan yang tertera bagi elak termakan makanan maut ibu hamil.

    1. Makanan Maut Ibu Hamil: Makanan mentah
    Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

    Toxoplasmosis
    • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

    Cirit-birit
    • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

    Jangkitan cacing
    • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

    Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
    • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.


    2. Makanan Maut Ibu Hamil : Vitamin A
    Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

    3. Makanan Maut Ibu Hamil : Raksa
    Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

    4.Gula
    Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

    5. Makanan Maut Ibu Hamil : Makanan yang diproses
    Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

    6. Makanan Maut Ibu Hamil : Produk tenusu
    Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkumngkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

    7. Makanan Maut Ibu Hamil :Kacang tanah
    Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

    8. Makanan Maut Ibu Hamil : Telur kuning
    Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun jarang member kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu diamsak lebih kurang tujuh minit.

    CALON ISTERI PEROKOK - DUAN BATU KURAU PERAK

    Saya lelaki berusia 28 tahun dan bersedia mendirikan rumah tangga. Saya mempunyai teman wanita lebih muda tiga tahun serta mempunyai kerjaya stabil.
    Dari segi sikap dan tingkah laku, dia menepati ciri idaman iaitu bijak, cantik, bergaya serta pandai membawa diri.

    MICROSOFT AKAN BUANG 18000 PEKERJANYA

    REDMOND: Microsoft akan mengurangkan sehingga 18,000 pekerja pada tahun depan kerana sedang mengintegrasikan perniagaan peranti Nokia yang dibelinya pada April lalu.

    Berikutan perjanjian mengambilalih Nokia itu, jumlah kakitangan Microsoft meningkat daripada 99,000 tahun lalu kepada 127,000 tahun lalu.

    SENARAI PENUH NAMA PENUMPANG PESAWAT MH17 YANG TERKORBAN

    Sepang: Malaysia Airlines (MAS) malam ini mengeluarkan senarai penuh penumpang pesawat MH17 dan merayu ahli keluarga atau rakan mangsa segera menghubungi syarikat penerbangan berkenaan.
    Terdapat 193 warga Belanda (termasuk seorang dengan kewarganegaraan Belanda/Amerika Syarikat, Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi), Australia (27), Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (10 termasuk seorang dengan kewarganegaraan UK/Afrika Selatan), Jerman (empat), Belgium (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu), New Zealand (satu).

    kaki kejang ats pokok kelapa - ipoh

    IPOH - “Tolong saya mahu turun,” jerit seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang berada di atas pokok kelapa hampir sejam dalam kejadian di Taman Lim, di sini, semalam.

    Lelaki itu dipercayai diupah rakan T Kandavaani, 78, untuk mengambil buah kelapa di rumahnya.

    Kandavaani ketika ditemui di rumahnya berkata, ketika kejadian dia berada dalam rumah sebelum mendengar jeritan lelaki berkenaan.

    IKHLAN RAYA PETRONAS 2014

    19 Julai 2014

    TOK IMAN KENA PENJARA JADI REBUTAN - KOTA BHARU

    KOTA BHARU – Remaja yang mengalunkan hafalan surah al-Quran di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan lalu kini menjadi perhatian ramai pihak termasuk untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

    Remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Jamaluddin, 16, ditahan akhir Jun dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.

    SIDANG MEDIA TERKINI MH17 - 18JULY2014

    LIVE STREAMING RTM 1 KLIK SINI
    LIVE STREAMING RTM 2 KLIK SINI

    Negara Terkecil Hanya Saiz Sebuah Rumah?

    Negara Terkecil Hanya Saiz Sebuah Rumah?

    TAHUKAH anda negara terkecil di dunia hanya sebesar sebuah rumah di tengah laut.

    Agaknya mungkin ada yang tercari-cari di mana letaknya negara paling terkecil di dunia dan jawapannya ialah negara Sealand.
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    gambar - inikah dalang pesawat mh17 ???

    • Igor Girkin Igor Girkin
    1 / 1
    KIEV - UKRAINE. "Kami sudah beri amaran-jangan terbang di laluan udara kami". Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Komander Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army, Igor Girkin melalui akaun laman sosialnya VK.com iaitu Facebook versi Rusia.
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA

    18 Julai 2014

    TANDA DAN FUNGSI PENYAKIT PADA SETIAP ANGGOTA BADAN

    Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubungan dengan fungsi tubuh yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesIhatan diri Anda karena informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh cepat-cepat lah pergi ke klinik atau rumah sakit bahkan sakit hanya datang sekejap saja karena mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue / hint yang kita ni sebenar nya sakit.

    Maksud Tersembunyi Dari Tanda-tanda Sakit Di Badan


    1. MATA (Bereaksi dengan kondisi hati).
    a) Mata menjadi merah: Hati mengandung kadar racun yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan racun.
    b) Mata menjadi kabur: Sering terjadi pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berjalan.
    c) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan racun sedang terjadi. Ini juga menunjukkan badan mengandung asam berlebihan.
    d) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau beban kerja
    e) Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan karena tidak puas atau beban yang berat.
    2. HIDUNG (Hidung memiliki hubungan erat dengan paru-paru dan tenggorokan).
    a) Flu: Proses pembuangan racun di bagian tenggorokan. Badan mengandung asam berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
    b) Hidung sumbat: Paru-paru mengandung racun yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alergi hidung.
    b) Bersin
    i) Proses membuang racun di bagian kerongkong.
    ii) Proses menyeimbangkan masalah alergi hidung.
    3. BATUK
    a) Batuk keluar dahak: Proses membuang racun di bagian tenggorokan.
    b) Batuk tanpa dahak: Paru-paru mengandung racun yang berlebihan. Biasanya dahak kental keluar setelah beberapa hari mengkonsumsi RG.
    c) Batuk dan merasa gatal di tenggorokan: Proses membuang racun di bagian tenggorokan dan paru-paru, biasanya terjadi pada orang yang banyak merokok atau terpapar udara yang tercemar.
    4. Kerongkong
    a) Tekak/Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang terjadi di seluruh tubuh. Ini adalah tanda bahwa tubuh kita memerlukan banyak air untuk membuang racun.
    b) Sakit tenggorokan. Seperti di atas. Tingkat keracunan lebih serius.
    5. BIBIR (Terkait dengan fungsi sistem pencernaan)
    a) Bibir pucat
    i) Sistem pencernaan yang lemah.
    ii) Perut berisi angin.
    iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem pencernaan yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Harus diperkuat fungsi pencernaan dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
    b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandung banyak bahan racun.

    6. MULUT DAN LIDAH: Terkait dengan fungsi jantung dan sistem peredaran darah.
    a) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung memiliki masalah, seperti lemak yang berlebihan, katup menjadi lemah, saluran koroner tersumbat dan lain-lain lagi.
    b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandung asam berlebihan.
    c) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

    7. TELINGA: Terkait dengan ginjal.
    a) Telinga terasa tersumbat: Ginjal mengandung toksin berlebihan.
    b) Telinga berdengung: Sedang merawat ginjal yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
    8. KULIT Berkeringat:
    a) Keringat asin: Badan mengandung kelebihan asam urat.
    b) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui keringat.
    9. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
    10. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menghilangkan racun melalui kulit akibat terlalu banyak mengkonsumsi obat yang mengandung bahan kimia.
    11. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan racun yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit tersebut.
    12. RAMBUT GUGUR: Menunjukkan fungsi ginjal yang lemah. Setelah proses rontok, rambut akan tumbuh kembali dengan lebih sehat dan subur.
    13. Persendian, TANGAN DAN KAKI
    a. Sakit Sendi
    i) Rasa panas. Menunjukkan ada luka di bagian sendi tersebut dan tanda-tanda penyakit Pirai (gout).
    ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (Rheumatism).
    iii) Sakit di bagian bahu. Menandai saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

    b) KEBAS TANGAN: Aliran darah di bagian atas badan tidak lancar.

    c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bagian lengan dan tetap di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin terjadi.

    d) KEBAS KAKI: Aliran darah di bagian bawah tubuh tidak lancar.

    e) SAKIT TAPAK KAKI: Menunjukkan ginjal lemah. Biasanya disebabkan oleh kurangnya latihan dan duduk terlalu lama.

    f) SAKIT TUMIT KAKI: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

    g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI: penyeimbangan fungsi ginjal akibat lemah tenaga batin.

    h) GATAL DI celah JARI KAKI: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
    14. TANDA-TANDA INTERNAL
    A. KEPALA. Umumnya, segala reaksi yang terjadi di bagian kepala memiliki kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
    B. PENING / SAKIT DI BAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (Neurosis) akibat beban mental dan banyak berpikir.
    C. PENING / SAKIT DI BAGIAN BELAKANG KEPALA
    a) Bagian atas. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
    b) Bagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit hipertensi atau tekanan darah.
    D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA: Menunjukkan penyakit migrain.
    E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan racun sedang terjadi. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
    F. RASA PENING YANG memutar Tanda kurang darah atau aliran darah tidak lancar.
    15. MULUT / tenggorokan / LIDAH
    a) Mual / MUNTAH. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan beracun dari bagian perut.
    b) MUNTAH DARAH
    i) Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian tenggorokan dan
    ii) Darah Hitam Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian perut; misalnya penyakit ulkus.
    16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda sakit jantung.
    17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT. Proses pembuangan racun dari tenggorokan akibat infeksi kuman
    18. KENCING
    a) KERAP KENCING Menunjukkan ginjal mengandung kotoran
    b) AIR KENCING berkapur Menunjukkan penyakit batu karang dalam ginjal.
    c) AIR KENCING BERMINYAK: Menunjukkan ginjal mengandung kotoran berlemak.
    d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT: Menunjukkan proses pembuangan racun sedang terjadi.
    e) AIR KENCING BERDARAH: Penyakit batu ginjal, ginjal luka.
    19. BUANG AIR BESAR
    a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR: Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Diare segera setelah memakan RG, menandakan kanker di bagian usus besar.
    b) SEMBELIT: Membersihkan racun dari usus kecil.
    c) NAJIS BERDARAH
    i) Darah merah: Masalah penyakit ambeien atau benjolan di bagian usus.
    ii) Darah hitam: Masalah penyakit usus.
    d) NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan racun dibagian usus sedang terjadi.
    20. BADAN
    a) RASA SAKIT: Umumnya, segala kesakitan badan adalah karena saluran darah.
    i) Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan syaraf.
    ii) Sakit sengal: Menunjukkan luka di dalam tubuh.
    iii) Sakit gertakan: Proses menyeimbangkan saraf yang berhubungan dengan organ-organ tubuh.
    iv) Sakit menegang: Proses melancarkan darah.
    b) BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH. Badan mengandung asam yang berlebihan. Proses penyeimbangan
    c) badan terasa panas. Badan mengandung asam yang berlebihan. Ini menandakan tubuh membutuhkan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
    d) BADAN TERASA RINGAN: Menandakan tubuh segar dan proses awet muda sedang terjadi.
    21. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah ginjal. Energi batin lemah.
    22. CEPAT NAIK DARAH / MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
    23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
    24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
    a) Sistem jantung yang lemah.
    b) Sistem saraf otak yang lemah.
    c) Masalah aliran darah.
    25. SUKA BERFIKIR dan berkhayal: Sistem pencernaan yang lemah

    pasar kemboja parit buntar

    Sesudah 95 kilometer dari plaza tol Ipoh Selatan (Ampang), pemandu kenderaan harus mula bersedia untuk membelok ke kiri, iaitu keluar menerusi plaza tol Bandar Baharu, Kedah. Perjalanan perlu diteruskan menuju Parit Buntar, tetapi bukan ke arah pusat bandar. Sebaliknya, pemandu hendaklah terus ke arah Hospital Parit Buntar dan kompleks sekolah.

    Tidak jauh dari situ sudah kelihatan deretan kenderaan diletakkan di pinggir jalan, manakala pergerakan lalu lintas juga mulai perlahan. Keadaan itu hanya berlaku pada setiap hari Sabtu apabila kawasan berkenaan menjadi tumpuan pengunjung yang hendak mendapatkan pelbagai barang yang diniagakan oleh masyarakat Kemboja dan Indonesia, manakala peniaga tempatan tertumpu kepada jualan makanan dan minuman.
    sebelah kiri negeri Perak, sebelah kanan pula Pulau Pinang,
    Jalan Sempadan menjadi pemisah

    Urus niaga bermula seawal pukul tujuh pagi dan berakhir lewat tengah hari. Tapak perniagaan yang dikenali sebagai Pasar Kemboja itu pernah ditutup beberapa bulan akibat aduan penduduk tempatan tentang gangguan lalu lintas dan urusan persekolahan. Pada ketika itu, perniagaan dijalankan dengan kekerapan dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Jumaat.

    Setelah berlaku perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan kedua-dua buah negeri yang bersempadan, hari Sabtu dipersetujui sebagai ganti. Namun, terdapat ura-ura bahawa sebuah masjid berhampiran kampus UiTM Kerian hendak menawarkan sewaan tapak tanah wakaf kepada peniaga. Urus niaga di sana akan memberi tumpuan terhadap jual beli secara borong sahaja.

    Maka, Pasar Kemboja yang dibuka untuk pengunjung dalam kalangan orang awam ditetapkan pada setiap hari Sabtu di tapak yang lama. Penduduk tempatan, walaupun mungkin mengalami kesesakan lalu lintas dan susana ramai, namun boleh mengambil kesempatan untuk turut menjalankan perniagaan.
    Tapak perniagaan Pasar Kemboja hakikatnya bukanlah kawasan tanah lapang, padang atau laluan jalan yang ditutup secara khusus. Pasar Kemboja yang sudah berusia melebihi satu dekad itu pada asalnya bermula secara kecil-kecilan sebagai tempat pertemuan antara pemborong Kemboja dengan peniaga pasar malam di kawasan utara semenanjung. Mereka menyewa tapak laman hadapan rumah penduduk tempatan.

    Lama-kelamaan, berita urus niaga berkenaan tersebar seperti viral dalam internet yang menggamit pembeli dalam kalangan penduduk sekitar dan bandar berdekatan. Bilangan peniaga Kemboja pula semakin bertambah sejajar dengan permintaan yang menggalakkan. Kini, sewa tapak untuk satu lot (sebesar saiz satu khemah) ialah RM300 sebulan, atau RM75 untuk sekali berniaga pada hari Sabtu.

    Seorang peniaga Melayu yang hanya membuka meja untuk menjual cadar import dari China memberitahu bahawa dia turut menggunakan facebook untuk menyertai urus niaga atas talian. Setelah bayaran dimasukkan oleh pelanggan ke dalam akaun bank yang dinyatakan, cadar akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier dengan caj tambahan sebanyak RM10 daripada harga senarai.

    Seorang pengunjung yang ditemui mengatakan bahawa dia tidak perlu ke Vietnam untuk mendapatkan kain pasang atau ke Bandung untuk membeli telekung sulam kerana di Pasar Kemboja semuanya sudah ada. Malah, harga yang ditawarkan lebih murah. Berita seperti itulah yang menjadi buah mulut yang tersebar hingga warga Kuala Lumpur sanggup turun ke Parit Buntar.

    Kunjungan ke Pasar Kemboja bermakna lawatan ke tiga buah negeri sekali gus, iaitu Perak (utara), Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu, kegigihan masyarakat Kemboja merantau ke negara orang untuk mencari rezeki akhirnya dilimpahi dengan kemewahan hingga berjaya memiliki rumah dan kenderaan yang besar. Masyarakat tempatan hanya mampu memandang dan terus menjadi pengguna biasa.

    Seorang  pesara jabatan pemetaan yang kini berusia 70 tahun yang ditemui di warung sarapan pagi dekat situ juga berkata warga Kemboja memiliki kemahiran yang lain. Dia membawa isteri untuk mendapat rawatan urut daripada wanita Kemboja yang menyewa rumah abangnya. Banyak lagi cerita yang dapat dikutip untuk cerita selanjutnya ...

    sumber : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2014/01/pasar-kemboja-tawan-sempadan-dua-negeri.html

    info sejarah pulau jerejak pulau pinang malaysia - jerejak island

    Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar.
    Pulau Jerejak kini boleh ditiba dengan menaiki feri kecil dari Bayan Lepas.

    Sejarah

    Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
    Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.
    Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
    Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
    Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I. [1] [2]

    KAPAL TERBANG MALYSIA KENA TEMBAK DI UKRAINE

    KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

    Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

    Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.
    BACA DAN LIHAT SEPENUHNYA
    Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

    SUDU

    https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

    Arkib Blog