D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

13 Oktober 2010

TV pertama dunia dengan teknologi nano, Lex 8

BERBEKALKAN maklum balas dan kehendak pelanggan, kami menghasilkan gambar televisyen (TV) yang lebih jelas, bunyi yang lebih tajam dan produk yang lebih pintar dan mesra pengguna.

''Ini semua untuk untuk pengalaman hiburan di rumah yang benar-benar memberikan kebebasan menerusi Seribu Satu Kemungkinan."

Demikian ungkapan ringkas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LG Home Entertainment Company, Simon Kang.

Beliau merujuk kepada teknologi baru syarikatnya dengan menampilkan pelbagai produk baru berasaskan hiburan khususnya TV.

Ia dianggap satu inisiatif baru yang menyempurnakan dimensi hiburan pengguna di rumah dan cukup mengagumkan.

Produk baru tersebut yang dipamerkan pada Internationale Funkausstelung (IFA), Berlin baru-baru ini menyajikan pelbagai produk hiburan di rumah untuk menunjukkan betapa cerianya kehidupan dengan LG menerusi pilihan dan inovasi yang ditawarkan kepada pengguna.

Pengalaman LG bermula tahun ini dengan gerbang luar biasa yang dihiasi sehingga 131 skrin, memberi pengunjung sentuhan pertama dunia Infinia .

Sebagai TV pertama dunia dengan teknologi nano, Lex 8 menggunakan teknologi pencahayaan nano untuk menyerakkan cahaya LED dengan lebih sekata dan berkesan di keliling skrin.

Teknologi tersebut menghasilkan gambar yang lebih terang, jelas dan lancar berbanding sebelumnya.

Lebih daripada itu , menerusi teknologi cahaya nano, Lex 8 juga memaparkan rekaan Infinia yang serba nipis.

Untuk menunjukkan betapa realistik warna TV, Skrin Lex 8 memaparkan pelbagai gambar sukan, termasuk luncur udara dan ski.

Sambil peluncur meluncur menuruni bukit, langit biru dan sisi gunung berwarna putih begitu jelas terpampang dan begitu realistik sehingga penonton hampir boleh merasai kedinginannya.

Selain itu Lex 8, aksi diteruskan dengan pilihan TV 3D LED penuh komponen utama dalam koleksi 3D yang semakin komprehensif.

Turut ditampilkan ialah Lex 9, dengan skrin 72 inci yang luas, dan terbesar bagi mana-mana produk seumpamanya di pasaran pada hari ini.

Pada masa sama, satu siri teater mini menempatkan rangkaian projektor 3D dan juga sistem teater di rumah 3D sebenar, iaitu HX900.

Dengan bunyi penghasilan penetapan baru yang inovatif yang menyelubungi setiap ruang bilik, HX900 membawa penonton betul-betul ke kancah aksi.

Bagi memenuhi permintaan bagi set TV yang lebih besar dan menarik, LG juga memaparkan Skrin Multi Vision 3D 180 inci

Dengan gambar 3D yang luas dan mengasyikkan, penonton seolah-olah menaiki sendiri perahu Tahiti, memerangi tentera penjajah dalam permainan tembak-menembak atau menyelami dunia animasi.

LG akan mempamerkan TV OLED serba maju di termasuk model 31 inci baru dengan ketebalan hanya 0.29 sentimeter (sm) , set paling nipis berbanding TV lain yang setanding.

Tanpa cahaya di belakang skrin, piksel TV OLED menghasilkan lampunya sendiri untuk menjana tahap warna yang serba baru, jelas dan dengan warna hitam pekat.

Senipis pensel dan sangat ringan, TV OLED LG nyata anggun dan sesuai digandingkan dengan hampir segala jenis suasana dan permukaan

Smart TV daripada LG, yang pasti menambat hati ramai ialah kemajuan teknologi yang tentu mengubah sama sekali hubungan kita dengan televisyen.

LG memaparkan konsep bagi SMART TV serba maju di IFA dengan memberi tumpuan kepada empat konsep gaya hidup.

l Easy (Mudah) menunjukkan bagaimana kawalan skrin utama membolehkan penonton menggunakan aplikasi dan mencapai kandungan premium menerusi satu skrin tunggal;

l Fun (Seronok) menunjukkan aplikasi menarik dan praktikal Smart TV, daripada buku mewarna untuk kanak-kanak kepada kelas bantuan kecemasan untuk dewasa;

l More (Lebih) menunjukkan bagaimana ciri Media Link boleh digunakan untuk menyesuaikan kandungan dalam talian tanpa masalah dengan telefon pintar supaya pengguna boleh menonton filem dan TV dalam perjalanan semudah mendengar radio

l Better (Lebih Baik) memaparkan sambungan langsung pantas kepada perkhidmatan dalam talian terkini seperti YouTube, Maxdome, Orange dan MLB.

IFA yang diadakan setiap tahun di Berlin, Jerman, merupakan satu daripada pameran barangan dan perkakas elektronik pengguna terbesar dan tertua di dunia.

teks dari utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog