D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Oktober 2010

Rahsia Ubi Kayu

Ada juga orang memanggilnya ubi benggala atau ubi belanda, namun tumbuhan yang nama popularnya ubi kayu ini banyak ditanam di kawasan-kawasan rumah di kampung-kampung. Dikatakan berasal dari bahagian tropika benua Amerika, kini ubi kayu terdapat di serata kawasan tropika di seluruh dunia. Ianya cukup mudah ditanam dengan mencucukkan batangnya ke dalam tanah dan dalam masa 5 hari ian akan mengeluarkan akar. Juga ditanam secara komersial bagi menghasilkan tepung ubi kayu dan MSG.

Ubi kayu sangat enak dimakan secara rebus iaitu dimakan bersama kelapa yang telah diparut serta dicampurkan sedikit gula. Ubi kayu juga sangat popular bagi membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Di Kelantan, ubi kayu rebus menjadi hidangan istimewa di musim tengkujuh. Sesetengah orang mengambil kesempatan di musim tengkujuh meraih pendapatan lumayan dengan menjual sejenis kuih tradisional yang digelar “putu ubi kayu”.

Khasiat Perubatan

Ubi:

  • Ditumbuk/dikisar lumat dan digunakan untuk mengubati bisul dengan menampalkan pada bisul yang telah terbuka.
  • Sekeping hirisan ubi kayu boleh ditampalkan pada tempat patukan ular (rawatan di hospital harus diutamakan terlebih dahulu).
  • Hirisan ubi kayu yang telah dijemur kering, dicampurkan sedikit air kemudian ditampalkan pada kulit bagi merawat luka, bisul, nanah dan ekzema.
  • Sedikit parutan ubi kayu, dicampur air kemudian ditelan dapat merawati cirit-birit dan sakit dada.

Daun:

  • Menurut petua orang-orang tua, daun ubi kayu yang baru dipetik diletakkan di atas kepala dapat menghilangkan sakit kepala.
  • Air rebusan daun ubi kayu dijadikan air mandian bagi merawat demam influenza.

Bahagian akar:

  • Biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan perubatan tradisional yang lain kemudian direbus untuk diminum bagi mengubati sakit-sakit urat dan badan.

Bahagian kulit pokok:

  • Dapat digunakan untuk merawat reumatisme iaitu dengan merebusnya dan diminum.

Amaran!!

Ubi kayu yang ditanam di tanah yang mempunyai banyak zat nitrogen tetapi kurang kalium, ditambah hujan awal selepas musim kemarau, akan menghasilkan lebihan toksik hidrogen sianida dalam ubi kayu. Seseorang dilarang memakan hidrogen sianida lebih daripada 1mg dalam sehari kerana mengakibatkan keracunan. Apabila sel-sel yang menimpan bahan ini pecah, bahan toksik tadi bertindak balas dengan enzim linamaras dan akan hilang dengan meruap ke udara dan bahan yang dimakan tidak lagi berbahaya. Kerana itulah ubi kayu mesti di potong-potong sebelum memasak kerana jika tidak bahan toksik yang terperangkap dalam sel-sel tidak akan hilang.


tesk dari http://www.tanjongxpress.co.cc/khasiat-ubi-kayu/

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog