D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

14 Oktober 2010

Filem Senario Asam Garam cecah kutipan 2.4 juta

WAYANG yang meraih trofi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik (Filem) pada Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) berjaya mengangkat lagi nama Profesor Dr Hatta Azad Khan sebagai antara pengarah berkaliber tanah air.
Lebih hebat, Wayang juga membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Eman Manan) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Zul Huzaimy).

Sebelum ini, Dr Hatta juga pernah melakar kejayaan menerusi filem komedi Mat Som yang turut mengungguli Lakon Layar Terbaik sempena Festival Filem Malaysia 1991.

Terbaru, nama Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini disebut lagi apabila karya genre komedi arahannya, Senario Asam Garam yang menjengah pawagam sejak 9 September lalu, mencecah kutipan pecah panggung.

Filem Senario Asam Garam terbitan Metrowealth Pictures dan The 8 Unit (Primeworks Studios) itu dilaporkan mencecah kutipan RM2.4 juta sepanjang 11 hari tayangan.

Ia juga berjaya menggabungkan dua anggota Senario, Mazlan Pet-Pet (watak Asam) dan Azlee Jaafar (Pak Adam) serta pelakon komedi lain seperti Zaibo (Garam), Sathiya, Julia Hana (Cik Hawa), Nadia Mustafar (Odah), Syanie (Cik Dewi), Angeline Tan (Nyonya Wee) dan Fimie Don (Amin) di layar perak.

teks dari berrita harian

free movie

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog