D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Oktober 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang (SMKRP)

SMK Redang Panjang mula beropreasi pada 3 Januari 1977. Ketika itu, bilangan guru seramai 7 orang dan 160 orang pelajar yang terdiri dari kelas Peralihan dan Tingkatan 1. Peperiksaan awam pertama , Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 1979 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1981. Pelajar SMK Redang Panjang merupakan pelajar dari SK Sg. Jernih, SK Bagan Baru, SK Hj. Wan Jaafar, SK Sultan Idris II, SJK(C) Redang Panjang dan SJK(T) Ladang Stoughton. Pada 18 Jun 2004 dengan rasminya dikenali sebagai SMK Redang Panjang (Model Khas). Sekolah ini merupakan satu-satunya di Perak dan ke-11 di Malaysia. SMK Rdang Panjang (Model Khas) menggabungkan pendidikan sekolah rendah (tahap 2) iaitu Tahun 4,5 dan 6 serta sekolah menengah iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Penempatan awal adalah seramai 60 orang murid di Tahun 4 dan Tahun 5 (30 lelaki dan 30 perempuan). Semua murid sekolah rendah ditempatkan di asrama.

PENGETUA YANG TELAH BERKHIDMAT DI SMK REDANG PANJANG (MODEL KHAS)

1. EN. ABDUL AZIZ B. DAWI 1977-1979

2. EN. MUSTAPHA B. MD. GHANI 1980-1983

3. TN. HJ. MOHD NOR B. HJ. ABDULLAH 1983-1991

4. EN. AHMAD MURAD B. ABDUL MANAF 1991-1996

5. TN.HJ. ABDUL AZIZ B. HJ. SHAMSHUDDIN 1996-2004

6. EN. AHMAD SHUKRI B. MUKHRI 2004-07/2006

7. EN. RAHSIB B. HUSIN 08/2006-10/2006

8. PN. HASMAH BT. MOHD. YUSOFF 10/2006-2009

9. PN. ROSIAH BT RASALAN 2010-KINI



untuk info lebih lanjut klik sini

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog