SAYA lelaki yang jarang bersenam atau bersukan dan stamina saya sangat rendah, cepat penat dan termengah-mengah. Begitu juga dengan aktiviti seks, saya cepat penat, malah saya menghadapi masalah ejakulasi pramatang.
Adakan masalah itu berkait rapat dengan stamina seseorang dan bolehkah ia diatasi dengan selalu bersenam?
REM
Bangi, Selangor
Aktiviti seks memerlukan tenaga dan stamina. Malah, jika dibandingkan dengan pekerjaan dan aktiviti fizikal ringan, aktiviti seks memerlukan tenaga yang banyak dan daya fizikal yang kuat.
Jika individu itu lemah, letih dan lesu, tentu dia tidak dapat melakukan hubungan seks secara sempurna, tidak kira sama ada lelaki atau wanita.
Memandangkan anda mengakui cepat letih dan lesu dan tidak selalu melakukan senaman, tidak hairan jika anda mengeluh ketika hendak melakukan seks walaupun ada tarikan atau rangsangan.
Sebilangan individu jarang melakukan hubungan seks kerana mendapati mereka mudah letih selepas melakukannya sehingga mengganggu aktiviti harian.
Mereka golongan macam anda — malas bersenam dan tiada daya fizikal kuat. Mereka juga mudah mengalah iaitu cepat klimaks dan membuat pasangan hampa serta sering memberi alasan penat.
Golongan ini, apabila mula aktif dalam sukan dan rajin melakukan senaman, akan dapati hubungan seksual sangat memberangsangkan mereka dan mampu melakukannya untuk beberapa kali dan ada daya.
Jika terpancut atau klimaks awal, mereka masih mampu mengekalkan ereksi dan melakukan tusukan sehingga pasangan mereka puas. Cepat klimaks yang berlaku kepada mereka bukan kerana kurang tenaga, cuma tidak dapat kawal perasaan geli pada hujung anggota sulit.
teks dari metro