D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

13 Oktober 2010

Sejarah Sukan Komenwel

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.

Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring.

Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.


Sejarah

Sukan Komanwel mula dipromosikan oleh Reverend Astley Cooper tahun 1891 untuk Empayar British sahaja. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.

Tahun 1911 Perayaan Empayar British telah dijalankan di London untuk meraikan pertabalan King George - United Kingdom. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.

Tahun 1928, Melville Marks (Bobby) Robinson dari Canada mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Canada pada tahun 1930 buat pertama kalinya.

11 negara dengan 400 atlet menyertai Sukan Komanwel pertama itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .

Sejak itu diadakan 4 tahun sekali kecuali 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan kejohanan dunia dipengaruhi faktor geografi, tetapi Sukan Komanwel wujud oleh faktor sejarah. Sukan Asia, Pan Am, Sukan Afrika dan Sukan Musim Sejuk dipengaruhi oleh faktor geografi.

Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.


teks dari wikipedia



Photobucket


Photobucket

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog