KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, namun berharap kerajaan akan mempertimbang semula pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Omar Osman, berkata pemberian bonus sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap kali pembentangan bajet kerana ia dapat meringankan beban mereka.
"Kalau tidak dua bulan sepatutnya dapat menikmati sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Omar berkata, beliau akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini bagi memohon pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam.
Secara keseluruhannya, Omar menyifatkan Bajet 2011 sebagai komprehensif kerana memberikan beberapa insentif lain kepada penjawat awam termasuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Mengenai pemansuhan PTK, beliau berkata: "Pemansuhan PTK amat diharapkan, ia menjadi "ubat hati" kepada ketiadaan pemberian bonus kepada penjawat awam tahun ini".
Beliau turut mencadangkan dengan pemansuhan itu, kerajaan dapat menggunakan kos yang diperuntukkan untuk pengurusan peperiksaan PTK kepada pelbagai perkara lain.
"Apabila tiada peperiksaan PTK, kita harap tidak berlaku banyak birokrasi dalam urusan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat dapat dinilai berdasarkan penilaian prestasi serta kecekapan, menghadiri kursus, melihat sumbangan seseorang penjawat awam dan mengikut kekananan," katanya.
Peperiksaan PTK diperkenalkan pada November 2002 yang bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya mereka yang layak menerima pengiktirafan.
Mengenai perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini disambung untuk tempoh setahun lagi, Omar berkata agensi yang terlibat perlu mematuhinya dan mengharapkan pegawai berkenaaan diserap sebagai penjawat awam tetap.
Omar turut menyambut baik kemudahan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan dengan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011.
"Ini dikira baik, cuma perlu memastikan pelaksanaan berlaku dengan betul dalam kemudahan pinjaman perumahan termasuk kepada keluarga penjawat awam dan tiada pilih kasih termasuk Skim Rumah Pertamaku dapat dinikmati oleh golongan muda yang baru bekerja," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan pesara yang pernah berbakti kepada negara.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, pula berkata bantuan RM500 itu adalah pemberian istimewa terutama kepada bekas tentera. - BERNAMA
teks dari berita harian
Arkib Blog
-
▼
2010
(689)
-
▼
Oktober
(54)
- Kord Gitar Melayu - radja terus terang
- Juara Baru Piala Malaysia
- Tarikh Lihat Anak Bulan Aidiladha
- Kenali Mus MAY
- Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang (SMKRP)
- Pekej 3Hari 2 Malam Langkawi
- Humban Anak Keluar Tingkap
- Pelajar jual Netbook 1 Malaysia Di pantau
- Kord Mudah Gitar English - Nirvana Abaout A Girl
- Tapak Kaki Dinasour Terbesar Di Jumpai
- Software Kawal Penggunaan Komputer Anak Anda
- Kord Gitar Melayu - Dan Bila Esok - Sofaz
- Kord Gitar 60 an M.Shariff - Zuraini
- Web Cam Laptop Asus Terbalik & Mic tidak berfungsi
- Intip 5 artis maksiat
- 30 Hektar Sawah Di ancam Ulat
- Rahsia Ubi Kayu
- Komputer Mengeluarkan Bunyi "Beep"
- Cara Sembunyikan Ruangan C-Box Dalam Blog
- Software Buat Icon
- Driver Netbook 1 Malaysia - Percuma
- Software Edit Gambar
- Kord Gitar Melayu- Kami Guru Malaysia
- bajet 2011
- CUEPACS harap kerajaan timbang semula bonus 2 bulan
- Belajar Gitar Bersama Samad
- Perang Dunia Ke dua
- Software Edit Video
- Kord Gitar Melayu -Samudera - memburu impian
- Faktor Tercetus Perang Dunia Pertama
- Filem Senario Asam Garam cecah kutipan 2.4 juta
- Video Kereta Terbaru Proton Inspira
- Cara Lajukan Win 7
- Sejarah Sukan Komenwel
- TV pertama dunia dengan teknologi nano, Lex 8
- Kord Gitar Melayu - Peterpan -Mimpi yang sempurna
- Software Buat Banner
- Kord Gitar Mudah - ACAB Street of Uptown
- Kompuer Teknologi Audio
- Motosikal Terpantas Di Dunia
- Kord Gitar Mudah - Soldier Of Fortune
- Soalan Percubaan SPM
- Video Keris Berdiri
- SAYA NAK MENANG i Phone 3G
- PMR Di Mansuhkan Pada 2016
- Kumpulan Koffin Kanser merupakan sebuah kumpulan p...
- Tahu Tentang Bulu Roma??
- sex perlukan stamina??
- Laki Pakai Gelang Kaki Macam Darai
- Solat Hajat Bagi Si Dia Suka Kita
- Khemah Misteri Di Gerik
- Analitik Terkini dari nuffnang untuk minggu ini
- Power Mp3 software Mainkan Mp3 Dalam Telefon Bimbi...
- Office Suite Untuk Telefon Bimbit Anda
-
▼
Oktober
(54)