D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Januari 2014

SYIKIN BIMBANG KEDUDUKAN RAHIM TERBALIK

Saya berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya pernah mengalami sakit pinggang yang begitu teruk tahun lalu. Hasil pemeriksaan dok­tor menyatakan saya tidak mengalami sebarang simptom penyakit.
Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapannya, saya berjumpa tukang urut dan dimaklumkan peranakan saya jatuh. Tukang urut itu mengurut peranakan saya dan selepas itu kitaran haid mula tidak teratur serta sukar untuk membuang air besar.

Pada awal tahun ini, saya berjumpa seorang lagi tukang urut (refleksologi dan akupuntur). Tujuan asal hanya untuk mengurut badan, tetapi tanpa memberitahu, dia menyatakan kedudukan peranakan saya terbalik dan tidak seperti kedudukan asal.

Dia juga memberitahu, sepatutnya kedudukan peranakan berbentuk seperti cawan dan tidak boleh diusik sekiranya pesakit masih anak dara kerana bahagian itu terlalu sensitif. Selepas itu, dia membetulkan semula kedudukan peranakan dan kitaran haid kembali teratur serta tiada masalah untuk membuang air besar.

Sebagai wanita, saya bimbang dengan apa yang dimaklumkan tukang urut berkenaan. Saya bimbang sekiranya saya tidak boleh hamil kerana peranakan saya pernah ‘diusik’ memandangkan saya akan berkahwin tidak lama lagi. Saya juga risau sekiranya peranakan saya rosak jika tidak mendapat pemeriksaan awal. Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai hal ini.

Norasikin,
Selangor



Sebagai rujukan umum, istilah perubatan untuk peranakan adalah uterus ataupun rahim iaitu organ berotot yang mengandungi ruang di dalamnya untuk pembesaran janin. Lapisan terdalam dinding rahim ini juga membentuk tisu atau darah haid.

Adakah benar peranakan anda terbalik seperti yang dinyatakan? Apakah buktinya? Adakah anda mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum itu serta imbasan ultrabunyi (lebih tepat jika anda diberikan foto imbasan) dan imej memang menunjukkan rahim anda terbalik? Adakah anda juga mendapatkan pengesahan daripada doktor (serta imbasan ultrabunyi pelvis) untuk mengetahui kedudukan rahim anda sekarang?

Apapun, kedudukan rahim dilaporkan tiada kaitan secara langsung yang signifikan dengan kesuburan, maka kebanyakan ­doktor kini tidak lagi ­membetulkan kedudukan rahim.

Kedudukan rahim terbalik (istilah sebenarnya adalah retro-flexed, bukannya retro-verted) juga tidak bermakna seseorang ada pe­nyakit, namun lebih elok jika ia disiasat untuk mengecualikan (dan juga merawat) jika ia mempunyai penyakit berkaitan misalnya endometriosis, perlekatan atau peradangan pelvis.

Adakah benar rahim anda dapat ‘diusik’? Ini kerana rahim wanita terletak di dalam sangkar tulang pelvis dan ini menyukarkan tangan kita meraba atau mencapai rahim daripada permukaan kulit hadapan kecuali jika rahim terbabit bengkak akibat ketumbuhan seperti fibroid atau jika rahim membesar seperti dalam keadaan hamil tiga bulan ke atas.

Pada zaman dulu, teknologi tidak secanggih kini. Kita lebih bergantung kepada apa yang diberitahu oleh doktor mahupun dukun atau tukang urut yang menilik atau melakukan pemeriksaan. Kini, walaupun doktor masih perlu atau elok melakukan pemeriksaan, ketepatan hasil pemeriksaan atau telahannya dikuatkan lagi dengan bukti ujian semudah imbasan ultrabunyi.

Jika seseorang kurang yakin dengan kesimpulan yang dibuat, dia boleh membawa foto imbasan berkenaan kepada doktor lain ataupun menjalaninya sekali lagi dengan doktor lain. Jika telahan sesiapun terbukti benar, maka inilah yang akan lebih dipercayai.

Untuk makluman, kedudukan rahim bukanlah bersandar atau terduduk tepat di dalam ruang berbentuk cawan atau lain-lain. Zaman siber memudahkan seseorang membuat rujukan imej ruang pelvis dan rahim serta organ lain di dalamnya sama ada dalam bentuk imej 2-D ataupun 3-D, ­dengan hanya klik pada papan kunci komputer semudah anda mengajukan persoalan ini.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kedudukanrahimterbalik/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog