Ayah saya kaki minum dan sering meminta duit daripada ibu yang kerja
kontrak mencuci rumah orang. Saya benci ayah dan pernah memukulnya
kerana mencederakan ibu.
Namun semuanya berpunca daripada sikapnya sendiri. Ayah tidak pulang hampir enam hari sejak kejadian saya bergaduh dengannya.
Saya mula rasa bersalah dan menyesal tetapi saya lebih simpati pada ibu kerana menangis sejak ayah tidak pulang. Entahlah Dang Setia, saya rasa saya perlu meninggalkan rumah untuk membolehkan ayah pulang.
EDVINNE
Kota Kinabalu, Sabah
Usah cepat membuat kesimpulan melulu, termasuk mengambil keputusan meninggalkan rumah, disebabkan pertelingkahan saudara dan bapa. Ini kerana Dang Setia bimbang keputusan itu memberi lebih bebanan perasaan kepada ibu.
Ada baiknya saudara memujuk ibu serta merendahkan ego dengan meminta maaf pada bapa mengenai tindakan saudara memukulnya. Jelaskan bahawa saudara bertindak demikian kerana tidak tahan sikap bapa terus memukul ibu.
Pinta bapa mengubah sikapnya yang kaki minum serta luahkan hasrat supaya dia lebih bertanggungjawab menyara keluarga. SUMBER http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ayahkakiminummintaduitibu/Article/index_html