Ini merupakan ritual keagamaan yang menurut sebahagian orang sangat kejam yang dilakukan. Ritual ini adalah merupakan ritual persembahan korban untuk Dewi Gadhimai. Ritual ini di selenggarakan selama dua hari di Desa Bariyapur.
Cara
penyembelihan haiwan dalam ritual ini sangat ganas, iaitu dengan cara
mengikat binatang ternak dengan mengikatnya di kayu dan memotong
binatang tersebut pada bahagian tengkuk hingga putus lehernya. Binatang
yang di sembelih jumlahnya mencapai ratusan ekor hingga tempat
penyembelihan tersebut menyerupai sungai darah.
Pemangku adat
setempat mengatakan bahawa pemotongan binatang dalam jumlah yang besar
ini bertujuan untuk menebus dosa. Lelaki, wanita dan kanak-kanak
berlumba-lumba untuk melakukan penyembelihan, hingga suasananya seperti
sebuah pertandingan sukan.