D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

10 Januari 2014

BAYI TERCAMPAK ATAS JALAN

KUALA BERANG - “Walaupun menggeletar kerana pertama kali lihat kemalangan di depan mata, saya gagahkan diri angkat seorang bayi lelaki yang tertiarap atas jalan setelah tercampak keluar daripada kereta kerana khuatir dia dilanggar kenderaan lain.”

Demikian kata Sabariah Mansor, 49, saksi kemalangan di Kilometer 9 Jalan Ajil-Kuala Berang berhampiran lampu isyarat di bandar Kuala Berang membabitkan tiga Perodua Myvi, sebuah Proton Wira dan sebuah motosikal Honda EX5, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, bayi berusia setahun setengah, Rizki Hazid yang menaiki Proton Wira dipandu ibunya, Siti Sarah Ali, 29, dari arah Ajil-Kuala Berang bagaimanapun terselamat, manakala ibunya patah tangan kiri. BACA SETERUSNYA

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog