Tertarik dengan kelebihan pokok dan buah Kurma, saya dgn rakan-Hj Zin mula menanam pada 24 Julai 2010 di Kelantan, lebih 50 pokok ditanam buat permulaan dan kini sy dengan kerjasama sebuah Sek Ren Tahfiz di Pasir Puteh telah menanam lebih 3 ekar pokok kurma buat masa skrg, InsyaAllah skrg kami dalam untuk mempromosi dan mengembangkan lagi projek ini ke seluruh Negara. Kepada rakan-rakan yg berminat untuk melawat juga boleh :)
Tanaman kurma, atau yang dikenal juga dengan nama latin Phoenix dactylifera, adalah tanaman yang tumbuh di daerah beriklim panas. Tanaman ini berasal dari sekitar Teluk Persia dan telah digunakan sebagai makanan pokok oleh masyarakat di daerah Timur Tengah sejak dahulu kala.
Buah kurma dapat dimakan langsung atau dibuang bijinya untuk diganti dengan kacang almond, walnut, atau keju krim. Buah kurma juga dapat diolah menjadi pasta, selai, dan juga sirup.
Buah kurma mengandung berbagai komponen zat gizi, setiap 100 gram buahnya terkandung 75 gram karbohidrat (terbagi atas 63 gram gula dan 8 gram serat makanan), 0,4 gram lemak, 2,5 gram protein, 21 gram air, 0,4 mg vitamin C, serta 0,262 mg mangan.
Secara keseluruhan, buah kurma yang diolah menjadi infusi, dekoksi, pasta, atau sirup digunakan secara tradisional untuk mengubati demam, serta radang selaput lendir di hidung dll. Sedangkan akar kurma dikatakan mampu mengubati sakit gigi.
KENAPA Sy Rintis dulu? (Sekadar berkongsi penulisan sy dalam paperwork utk tanam Kurma):
“Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur?”
(Yasin : 34-35)
Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian sentiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka.
Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan petani.
Banyak ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada pandangan Islam. Antaranya Allah berfirman dalam surah Al An'aam ayat 99 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Dari aspek akidah kegiatan pertanian dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Apabila seseorang itu melakukan usaha pertanian, ia akan membuatkan seseorang itu lebih memahami hakikat sebenar konsep tawakal dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Yang memberikan hasil tetap datangnya dari Allah Swt.
Hukum Kegiatan Pertanian
Dalam Islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua.
Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek “Mega-Mega” kerana manfaat pertanian lebih meluas dan menjangkau kehidupan rayat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27 – 32 yang bermaksud :
“Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu (32).”
Tentulah menjadi masalah yang besar sekiranya sesebuah negara itu banyak bergantung kepada sumber luar untuk mendapatkan bahan makanan. Ini kerana dibimbangi sekiranya berlaku peperangan, berlaku bencana alam di negara pengeluar atau sebarang sabotaj menyebabkan bekalan makanan sukar didapati. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini disesetengah negara dimana sekatan-sekatan ekonomi, peparangan dan kemusnahan disebabkan oleh bencana alam menyebabkan kekurangan makan dan kebuluran.
Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:
"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya."
(Hadis riwayat Imam Ahmad).
Demikianlah pentingnya kegiatan pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan kerana ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan.
sumber ; http://usahawantani-kelantan.blogspot.com