D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

11 Februari 2012

Papan Luncur Ganti Kaki


BANGI: “Bagi orang lain papan luncur adalah alat permainan, namun bagi Fakhri, ia sebenarnya sepasang ‘kaki’ baru,” kata Rosazman Abd Manan, 46, yang bersyukur kerana dikurniakan anak istimewa seperti Muhammad Irfan Fakhri.

Menurut Rosazman yang bekerja sendiri, anaknya mengalami kecacatan bahagian pinggul yang digelar ‘Sacral Agenesis’ yang menyebabkan bahagian kaki tidak membesar dengan sempurna.

“Tulang pinggul yang menghubungkan paha dan badannya tiada. Oleh itu, Fakhri hanya boleh menggunakan tangan untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya, sebelum menggunakan papan luncur, anaknya itu terpaksa mengengsot untuk bergerak dan bermain bersama kakak dan adiknya.

Ketika usianya setahun, saya melihat dia duduk atas permainan kereta kawalan jauh dan bermula daripada itulah timbul idea untuk menghasilkan papan luncur rekaan sendiri,” ujarnya.

Sejak itu, Fakhri yang kini berusia enam tahun tidak pernah berenggang dengan papan luncur kesayangannya.

Setiap pagi, Rosazman akan menghantar anaknya ke Tabika Kemas, kira-kira 300 meter dari rumah mereka di Taman Air Hitam Permai, di sini.

Ibu Fakhri, Mahani Hassan, 42, berkata anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain, kerana setiap hari dia amat teruja untuk ke tabika dan tidak sabar menimba ilmu.

“Walaupun kekurangan fizikal, tetapi semangatnya untuk belajar amat kuat, malah pada hari cuti am dia sering mengeluh kerana tabika tutup,” katanya.



sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2012021103385320120211033853/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog