SAYA berusia 19 tahun, sejak sebulan lalu hingga kini saya mengalami masalah kencing pada waktu malam (semasa tidur).
Selain itu, kadang-kadang pinggang saya sangat lenguh dan terasa sakit.
Kelenguhan pinggang makin sakit dirasai ketika baring.
Saya juga sentiasa sakit kepala dan lesu pada waktu pagi. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya bimbang untuk berjumpa doktor.
ANA,
Petaling Jaya, Selangor.
ANDA dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan terutama yang mempunyai pengkhususan uro-ginekologi ataupun pakar bedah urologi.
Memandangkan masalah kencing malam (enuresis) bermula sebulan lepas, besar kemungkinan puncanya dapat dikenal pasti dan ia dapat dirawat.
Semua simptom yang anda alami juga mungkin berkaitan, mungkin ia berpunca daripada sesuatu hal atau masalah yang anda tidak sedari. Kurang sesuai untuk mendahulukan perasaan malu apabila sudah berlaku enuresis.
sumber ; http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kerapkencingmalam/Article/index_html