PENGENALAN TENTANG AL FARABIBAND
Nama Al FarabiBand digunakan bersempena nama ilmuan Islam Abu Nasr Al Farabi yang merupakan pengkaji dan pencipta didalam ilmu falsafah Islam, sains & muzik. Alat muzik bertali seperti Gambus dan kitab penulisannya tentang muzik iaitu Al Muziqa Al Kabir adalah sangat sinonim dengan ilmuan aL Farabi. Oleh kerana sumbangan beliau dalam bidang muzik sangat besar dan telah mencorak dunia muzik maka aL FarabiBand sangat berbangga untuk menjadikan nama ilmuan ini sebagai nama band. Ditubuhkan pada 1 mac 2009 dengan berpegang pada prinsip muzik, mesej dan imej. Ahli Al FarabiBand terdiri daripada nazri ( vokalis & gitar utama), Kamarul (gitar kedua), Rina (gitar Bass), Samuel (keyboardist), Ameerul (drum) dan Nasaie (vokalis utama). Kesemua mereka bertugas bersama di bawah satu syarikat pembinaan perisian latihan Kapal terbang.
Al Farabiband membawa lirik-lirik yang penuh dengan mesej semangat, perjuangan dan keTuhanan. Oleh kerana mesej-mesej mereka memberi semangat dan motivasi, maka muzik yang mereka bawa adalah bergenrekan Progresif Rock. Walaupun mereka membawa muzik sebegini namun yang menariknya pada band ini adalah penampilan mereka yang berserban dan bertudung litup yang mana agak berbeza dengan band-band rock lain. Menurut mereka, penampilan sebegini adalah kerana kebanggaan mereka terhadap ilmuan Abu Nasr Al Farabi yang juga berserban sehingga menjadi ikutan. Malahan oleh kerana mereka membawa mesej-mesej kebenaran dan keTuhanan, penampilan dan keperibadian band ini juga perlu selari dengan mesej yang dibawa dalam lagu mereka.
Di sepanjang penglibatan Al Farabiband dalam dunia muzik, mereka telah terlibat didalam persembahan pentas dan media elektronik. Mereka juga pernah menganjurkan Al Farabi Battle of the band sebanyak dua kali dengan tujuan untuk menjadi platform buat band-band baru berkarya dengan cara yang lebih baik dan mengikut syariat.
Baru-baru ini Al Farabiband telah dijemput sebagai penampilan istimewa untuk konsert 2 Raksasa & Monster of Metal yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 1 Oktober 2011.
Al Farabiband juga telah pun menghasilkan 3 buah album dan kini akan melancarkan album keempat yang bertajuk Radiasi 1400 pada November ini. Kesemua album mereka dirakam di studio mereka sendiri iaitu di studio Al Farabi Al Muziqa di bawah label AFB Record. Kebanyakan lagu-lagu mereka telahpun keudara di siaran-siaran radio utama seperti Muzikfm, Sinarfm, Ufm dan banyak lagi.
untuk lebih lanjut boleh lawati web http://www.alfarabiband.com