D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

6 Februari 2012

Nama Sebenar Kumpulan Butterfingers


Sejarah awal

Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram. Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.

Loque's Tail - Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap kali tibanya Sabtu serta Ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama mereka dan menuju ke pekan Kuala Kangsar untuk untuk bermain muzik atau "jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque's Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu daripada Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.

Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia, Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh untuk mereka bermain muzik. Setahun selepas itu Loque' Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri.

Mereka hanya tinggal bertiga dan Loque menjadi vokalis serta gitar utama, Kadak selaku pemain bass dan Kalai bermain dram. Walaupun bertiga, mereka gah dengan muzik grunge mereka dan aksi mereka bertambah hebat di studio jamming dengan lagu Sex Pistol dan Nirvana.

Pada pertengahan 1993, Loque pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti lalu menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya dan Loque telah terpikat melihat aksi Emmett sedang asyik bermain gitar dan menyanyi di studio Black Widow. Emmett ketika itu adalah pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz memikat Loque ketika sedang beraksi dengan lagu popular kumpulan Red Hot Chilli Peppers iaitu Under The Bridge. Loque tertarik dengan kelebihan bakat yang dimiliki Emmet dan mencabar Emmet dan kumpulannya, Grunge Dayz untuk bertarung dalam 'Jamming Showdown' dan bermain muzik bersama.

Mereka seolah-olah telah ditakdirkan kerana tidak beberapa lama kemudian Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan bersetuju untuk beraksi bersama Loque dan sekaligus bercadang untuk menghasilkan kaset demo. Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine. Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut.

Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran. Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang diberikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil dan gig.

Demo tape yang diberi nama "1 goat, 2 apples and 16 oranges" telah menjadi titik permulaan kepada Butterfingers dan menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik "underground" Malaysia pada ketika itu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu. Suara Emmet menyerupai suara Kurt Cobain dan ramai peminat pada mulanya menyangka bahawa Nirvana telah mengeluarkan album secara tidak rasmi.

Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers kerana persembahan itu merupakan medan bagi Butterrfiners. Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular. Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog