D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

29 Februari 2012

Biodata Badrol Amin


Lulusan BA Azhar, Mesir. LLM Kent, UK. Ph.D Birmingham, UK. Pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) UIA (1984 - 1999) yang kemudian melanjutkan perguruan di ISA. Menyertai Parti Keadilan Rakyat (Nasional) sejak awal penubuhan, membaca doa sempena pelancaran Parti pada 4 April 1999. Orang pertama ditangkap kerana mengedar kaset-kaset Anwar (Disember 1998 di Melaka). Ketua Pemuda Sabah 1999 - 2001. Tahanan Lokap kerana jadi Imam Solat Hajat di Masjid Negara Sept 1999. Tahanan ISA 2001 - 2003. Ahli MPT keADILan sejak 2001. Ketua Bahagian keADILan Sabak Bernam sejak 2000. Naib Ketua Perhubungan Keadilan Negeri Selangor. Julai 2010 dilantik sbg Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor.

sumber : http://drbadrulamin.blogspot.com/


Beliau dilahirkan di Sabah dan berkahwin dengan isteri pertama Zumrah dan mereka mempunyai enam orang anak. Isteri keduanya seorang janda, Harlina Zainuddin 40 dan mereka berkahwin pada Oktober 2010 di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor.


sumber ; http://ms.wikipedia.org

22 Februari 2012

Cara Semak Status Warranty Printer Hp


Homestay Tikam Batu Berdekatan Pantai Merdeka

-Harga RM 85/Hari
-Rumah Taman
-3 Bilik 1 Bilik Air
-Kemudahan Tersedia: Peti Sejuk,Dapur Untuk Memasak,Tilam dan Bantal
-10 minit dari Tol Sungai Petani Selatan
-10 Minit Ke Bandar Sungai Petani
-30 Minit Ke Pusat Peranginan Pantai Merdeka,Pulau Sayak dan Teluk Nipah

sebarang pertanyaan atau tempahan sila:-

Hubungi atau SMS ke 010-3702912 (hafiz)

21 Februari 2012

Forex Haram - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan


KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.



sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

20 Februari 2012

Pekerja kedai aksesori kereta mati dibunuh - Sungai Petani

SUNGAI PETANI - Mayat seorang pekerja kedai aksesori kereta dipercayai dibunuh ditemui dalam bilik air tempat kerjanya di Taman Cindai di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, Raja Dzulhairi Raja Ali, 19, ditemui dalam keadaan terbaring oleh majikannya pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

"Pemilik kedai yang juga saudara mangsa, tiba kira-kira pukul 10 pagi mendapati kedai yang sepatutnya dibuka pada pukul 8 pagi, tidak dibuka, lalu meneriak memanggil nama Raja Dzulhairi tetapi tidak dijawab.

"Setelah memeriksa, beliau dapati pintu tidak berkunci lalu masuk dan menemui mayat mangsa di dalam bilik air," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menemui tanda pergelutan pada mayat dan yakin Raja Dzulhairi mengenali pembunuhnya yang melemaskan mangsa serta mengambil barangan berharga.

"Motosikal dan komputer riba mangsa juga hilang manakala beberapa aksesori kereta dalam kedai turut dilarikan suspek," katanya yang membuka kertas siasatan kes mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

19 Februari 2012

Contest Jom Tambah Geng Blogger


"Jom Tambah Geng Blogger"..


Tarikh Tutup Penyertaan : 29 Februari 2012

Syarat-Syarat Penyertaan :
1. Wajib follow Belog Siti Nadia..
2. Buat entry bertajuk "Jom Tambah Geng Blogger"..
3. Paste Banner yang tak berapa nak banner ni dalam entry itu..
4. Tinggalkan link belog and id fb dekat komen entri nie..
Hadiah-Hadiah Penyertaan :
Tempat 1st : Wang Tunai RM50 + Hadiah Sampingan..
Tempat 2nd : Wang Tunai RM40 + Hadiah Sampingan..
Tempat 3rd : Wang Tunai RM30 + Hadiah Sampingan..
Tempat 4th : Wang Tunai RM20 + Hadiah Sampingan..
Tempat 5th : Wang Tunai RM10 + Hadiah Sampingan..
Tempat Saguhati : Wang Tunai RM5 + 5 Hadiah Sampingan..


KLIK SINI KALAU NAK JOIN

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

sumber : http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/602-doa-khusus-elak-rogol-a-cabul--amalkanlah.html

Patung pemuas Nafsu RM57


Tahukah anda antara syarikat yang paling cepat mencatatkan keuntungan dan berkembang di China adalah syarikat pembuat anak patung seks?

Mungkin ia kedengaran seperti satu fakta yang karut, tetapi itulah hakikatnya.
Permintaan ‘melampau-lampau’ daripada penggemar alat permainan ini dari seluruh dunia telah membuatkan syarikat Ningbo Yamei yang terletak di wilayah Zhejiang mencatat keuntungan dan prestasi luar biasa di negara komunis tersebut.

sarikat itu baru memulakan perniagaaan kira-kira tiga tahun lalu dengan menghasilkan sejenis anak patung seks.
Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, syarikat itu telah mereka bentuk 13 jenis anak patung lagi untuk memenuhi ‘citarasa penggunanya’.
Dari hanya sebuah syarikat kecil, kini Ningbo Yamei berjaya menjual lebih 50,000 anak patung seks tahun lepas.
Purata harga anak patung ini ialah kira-kira RM57 sebuah.
Kira-kira 15 peratus daripada produk mereka dieksport ke luar negara seperti Jepun, Korea dan Turki.
sumber : http://lamanizzs.blogspot.com/2012/02/18sx-seunit-patung-seks-berharga-rm-57.html

BIOGRAFI DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR


Nama :
DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR
Tarikh Lahir : 10 Disember 1951
Tempat Lahir : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pendidikan :

1977 - 1978 M.Sc Sosiologi & Agrikultur Lanjutan - Lousiana State University USA

1971 - 1974 B.A. (Hons) Antropologi & Sosiologi - Universiti Malaya

1964 - 1970 Kolej Tunku Kurshiah, Seremban

Portfolio:

1983 - 1987 Pengurus Pembangunan Perniagaan, Island & Peninsular Bhd. Kuala Lumpur

1975 - Eksekutif, Bank Pertanian, Kuala Lumpur

Aktiviti :

1. Acting President of The Welfare Association of Minister's Wife (Bakti)

2. Patron, Puspanita Ministry Of Defense

3. President, Netball Association Of Wilayah Persekutuan

4. Board Of Trustee, Malaysian Humanitarian Mlaysia

5. Patron, Children In Hope Foundation Malaysia

6. Patron, Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta)

7. Patron, Forum Usahawan Koperasi Wawasan Malaysia (Fukwam)

8. Patron, Heart To Heart Association Malaysia

9. Patron, Thalesemia Association Malaysia

18 Februari 2012

Hukum Khatan Untuk Wanita

gambar sekadar hiasan

Hukum, Khatan Wanita & Bagaimana Rasulullah ?

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

:Kelentik wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."

dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

Sekian

Ust Zaharuddin

29 Nov 2006

8 Zulkaedah 1427 H



sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/234-hukum-khatan-wanita-a-bagaimana-rasulullah-.html

Betul ke Ikat Buah zakar kiri dapat anak lelaki dan sebaliknya



SAYA pernah terbaca artikel Sakit Tuan mengatakan bahawa potensi bagaimana untuk mendapatkan anak lelaki dan perempuan. Saya masih ingat artikel terbabit mengatakan, jika wanita klimaks terlebih dulu, potensi untuk dapat anak lelaki adalah cerah dan jika sebaliknya, berpotensi mendapat anak perempuan. Adakah ia benar?


UDIN
Sri Kembangan, Selangor



Anak adalah anugerah Tuhan kepada kita. Kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukannya. Sejak zaman silam pelbagai cara dilakukan manusia untuk menentukan jantina janin sebelum dilahirkan dan semuanya tidak membuahkan hasil.


Kaedah seperti mengikat buah zakar kiri untuk dapat anak lelaki dan ikat buah zakar kanan untuk dapat anak perempuan yang kesudahannya membawa risiko kesihatan yang serius pernah juga pernah dicuba manusia.

Malah, cara dan gaya ketika bersetubuh dengan mengikut masa dan tarikh tertentu yang kononnya dapat mempengaruhi jantina anak juga dicuba orang Cina dan India dan pasangan yang inginkan jantina anak tertentu.

Kesudahannya, apa yang diinginkan masih tidak berhasil. Sejak kebelakangan ini ada beberapa kaedah moden yang lebih berkesan seperti mengasing sperma Y (yang menghasilkan anak lelaki) daripada sperma X (yang menghasilkan anak perempuan) dan melakukan percantuman dalaman (melalui proses IUI atau penyuntikan sperma ke dalam rahim) atau di luar (melalui bayi tabung) yang mana kedua-duanya memerlukan kos tinggi.

Daripada pandangan etika perubatan, apa-apa kaedah perubatan untuk mempengaruhi imbangan jantina manusia dalam dunia diharamkan kerana khuatir akan memberi kesan negatif kepada taburan penduduk yang tak seimbang.

Kaedah penentuan jantina hanya diharuskan jika ia untuk tujuan kebaikan seperti mengelakkan jantina janin tertentu kerana khuatir janin yang berjantina berkenaan akan mengalami masalah kesihatan serius.

Dalam kata lain, jika anak yang dilahirkan itu lelaki dan berisiko hidup dalam keadaan sengsara, tetapi pasangan malang itu mahukan anak, usaha akan dilakukan untuk mereka mendapatkan anak perempuan.

Mengenai artikel yang anda baca itu, mungkin saya yang menulisnya. Namun apa yang saya ketengahkan itu bukan daripada saya, ia maklumat daripada beberapa pakar terdahulu yang pernah meninjau cara penentuan jantina anak sebelum kelahiran anak, yang mendapati kononnya jika perempuan itu klimaks ketika bersetubuh, kemungkinan mendapat anak lelaki itu tinggi.

Itupun jika telur wanita itu keluar dalam masa 24 jam dan cecair faraj kurang asid (yang akan berlaku ketika wanita itu klimaks). Pada pandangan saya, bersyukurlah dengan apa saja yang dianugerah Tuhan sama ada anak lelaki atau perempuan kerana Dia maha mengetahui segala-galanya

sumber : http://www.hmetro.com.my

Hilang Gigi Akibat Rokok Elektrik


Lelaki cedera rokok elektronik meletup

FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri.
“Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker.
Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar.

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker.
Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.

Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.
Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap.

Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.

“Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya.

Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP


sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tragediperokok/Article/index_html

17 Februari 2012

K Lumpur -Wanita Berbulu Roma Lebat di badan


gambar sekadar hiasan

SAYA ada masalah bulu roma lebat di badan yang membuatkan saya berasa rendah diri. Apakah hukumnya jika saya membuangnya kerana saya ingin kelihatan cantik seperti wanita lain? Jika saya berkahwin, apakah hukumnya jika saya berbuat demikian untuk kesenangan suami?


FARAH

KL

Fitrah kejadian bagi seorang wanita mempunyai bulu roma yang kurang daripada lelaki.

Jika seorang wanita ditumbuhi bulu terlalu lebat sehingga seakan-akan menyerupai lelaki, wajib membuangnya supaya tidak keliru dan membezakan keadaan sebagai seorang wanita.

Seorang isteri wajib berhias untuk suami dan kerukunan rumah tangga. Selama mana cara perhiasan itu menuruti lunas syariat, dia digalakkan berhias untuk suaminya.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangbuluromatumbuhleba

16 Februari 2012

Band Progresif Rock berserban - Al -Farabiband


PENGENALAN TENTANG AL FARABIBAND
Nama Al FarabiBand digunakan bersempena nama ilmuan Islam Abu Nasr Al Farabi yang merupakan pengkaji dan pencipta didalam ilmu falsafah Islam, sains & muzik. Alat muzik bertali seperti Gambus dan kitab penulisannya tentang muzik iaitu Al Muziqa Al Kabir adalah sangat sinonim dengan ilmuan aL Farabi. Oleh kerana sumbangan beliau dalam bidang muzik sangat besar dan telah mencorak dunia muzik maka aL FarabiBand sangat berbangga untuk menjadikan nama ilmuan ini sebagai nama band. Ditubuhkan pada 1 mac 2009 dengan berpegang pada prinsip muzik, mesej dan imej. Ahli Al FarabiBand terdiri daripada nazri ( vokalis & gitar utama), Kamarul (gitar kedua), Rina (gitar Bass), Samuel (keyboardist), Ameerul (drum) dan Nasaie (vokalis utama). Kesemua mereka bertugas bersama di bawah satu syarikat pembinaan perisian latihan Kapal terbang.

Al Farabiband membawa lirik-lirik yang penuh dengan mesej semangat, perjuangan dan keTuhanan. Oleh kerana mesej-mesej mereka memberi semangat dan motivasi, maka muzik yang mereka bawa adalah bergenrekan Progresif Rock. Walaupun mereka membawa muzik sebegini namun yang menariknya pada band ini adalah penampilan mereka yang berserban dan bertudung litup yang mana agak berbeza dengan band-band rock lain. Menurut mereka, penampilan sebegini adalah kerana kebanggaan mereka terhadap ilmuan Abu Nasr Al Farabi yang juga berserban sehingga menjadi ikutan. Malahan oleh kerana mereka membawa mesej-mesej kebenaran dan keTuhanan, penampilan dan keperibadian band ini juga perlu selari dengan mesej yang dibawa dalam lagu mereka.

Di sepanjang penglibatan Al Farabiband dalam dunia muzik, mereka telah terlibat didalam persembahan pentas dan media elektronik. Mereka juga pernah menganjurkan Al Farabi Battle of the band sebanyak dua kali dengan tujuan untuk menjadi platform buat band-band baru berkarya dengan cara yang lebih baik dan mengikut syariat.

Baru-baru ini Al Farabiband telah dijemput sebagai penampilan istimewa untuk konsert 2 Raksasa & Monster of Metal yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 1 Oktober 2011.

Al Farabiband juga telah pun menghasilkan 3 buah album dan kini akan melancarkan album keempat yang bertajuk Radiasi 1400 pada November ini. Kesemua album mereka dirakam di studio mereka sendiri iaitu di studio Al Farabi Al Muziqa di bawah label AFB Record. Kebanyakan lagu-lagu mereka telahpun keudara di siaran-siaran radio utama seperti Muzikfm, Sinarfm, Ufm dan banyak lagi.

untuk lebih lanjut boleh lawati web http://www.alfarabiband.com

Whitney Houston lesbian


LOS ANGELES: Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu.

Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh.

Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya.


Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.


“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.

“Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.

“Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah.

“Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.

Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford.

Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati.

Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa.

‘Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

“Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”
Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons.

Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”

Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown.

Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown.

Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu.

Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.

Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.” - DM


sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/WhitneyHoustonlesbian/Article

Hukum Mandi Bogel Bersama Anak


SAYA ingin bertanya, apakah hukum jika kita mandi dalam keadaan berbogel?

Bagaimana pula jika seorang ayah memandikan anak perempuannya yang masih kecil berusia antara satu hingga dua tahun? Minta diperjelaskan kerana saya musykil biarpun sudah berusia 34 tahun.

KHADIJAH
Petaling Jaya, Selangor
Anda Musykil Dr Mashitah Jawab


Hukum mandi berbogel ialah makruh. Ibu bapa yang mandi bersama anak dalam keadaan telanjang atau bogel dikhuatiri boleh merosakkan akhlak anak itu pada masa depan.


Perlu diingatkan bahawa manusia ditemani dengan malaikat yang tidak pernah berenggang bagi mencatat amalan baik dan buruk dilakukan manusia pada setiap masa.

Jika kita mandi dalam keadaan bogel di depan anak, biarpun berusia masih mentah, sebenarnya kita sendiri sudah menerapkan akhlak yang tidak baik, kurang malu dan jaga maruah diri. Wallahu a’lam.


sumber : http://www.hmetro.com.my

Filem Bunohan





BARISAN PELAKON FILEM BUNOHAN

Ilham : Faizal Hussein
Adil ‘Bunga Lalang’ : Zahiril Adzim
Bakar : Pekin Ibrahim
Deng : Bront Palarae
Pok Wah : Namron
Pok Eng : Wan Hanafi Su
Jolok : Hushairy Hussin
Muski : Amerul Affendi
Awang Sonar : Soffi Jikan
Jing : Jimmy Lor
Mek Yah : Tengku Azura
Cina Burung/Bird Man : Ho Yuhang
Chart : Carliff Carleel
Bakri : Mat Seman
Kruba : Hariry Abdul Jali
Gasi : Md Eyzendy
Ketot & Tapa : Sufian Muhammad
Adik : Sharidan

SINOPSIS FILEM BUNOHAN

BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa.

Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur.

Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

15 Februari 2012

MONITOR KOMPUTER MURAH TERPAKAI JAMINAN 1 TAHUN






PELBAGAI JENAMA YANG ADA
(DELL ,HP,COMPAQ ,MITSUBISHI,AOC, IO-DATA, NEC, FUJITSU, VIEWSONIC DAN BANYAK LAGI)

15" CRT MONITOR = RM 89 (JAMINAN 1 TAHUN )
15" LCD MONITOR = RM 189 (JAMINAN 1 TAHUN )
17" LCD MONITOR = RM 229 (JAMINAN 1 TAHUN )




HARGA YANG DITAWARKAN MINGIKUT SAIZ MONITOR BUKAN MENGIKUT JENAMA

BELIAN ADALAH SECARA TUNAI (CASH & CARRY) DENGAN CARA
DATANG TERUS KE KEDAI KAMI DI

DALAM PASARAYA BESAR

ACONSAVE CASH CARRY (BANDAR PUTERI JAYA) SUNGAI PETANI
BERDEKATAN JPJ & PUSPAKOM SUNGAI PETANI (BELAKANG SHELL)

NAMA KEDAI
E-KIOSK COMPUTER SDN BHD
LOT BPJ02 JALAN KUALA KETIL,
BANDAR PUTERI JAYA 08000
SUNGAI PETANI KEDAH.

TEL : 04- 424 3901 - EN MEE / EN LAH

(WAKTU URUSNIAGA : 12:00 T/H - 10:00 MLM)

HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH TETAP
WALAUPUN JUMLAH BELIAN YANG DIKEHENDAKI MELEBIHI 10 BIJI
DAN
HARGA TERSEBUT
HANYA DI CAWANGAN
SUNGAI PETANI
(CAWANGAN LAIN DIKECUALIKAN)



BARANG SECOND HAND...TAPI WARRANTY 1 TAHUN
TUNGGU APA LAGI BRO !!!!!!

Katil Rambo bersebelahan terminator


LOS ANGELES - Pelakon filem Terminator, Arnold Schwarzenegger baring di atas katil di sebelah pelakon sasa, Sylvester Stallone di sebuah hospital.

Kedua-dua pelakon itu menerima rawatan akibat kecederaan kerana melakonkan aksi lagak ngeri dalam filem lakonan mereka. Schwarzenegger, 64, menerima rawatan di bahunya sama seperti Stallone yang berusia 65 tahun. Gambar yang menunjukkan kedua-dua pelakon berbaring disiarkan di laman blog Schwarzenegger.

Menurut Schwarzenegger, mereka mendapatkan rawatan selepas kedua-duanya berlakon dalam filem The Expendables 2 dan The Last Stand. Kedua-dua-dua pelakon itu memang terkenal dengan aksi lagak ngeri dalam filem-filem tahun 1980-an. - Agensi

Saiful Apek Mula Dibicarakan






sumber :mymetro & kosmo

14 Februari 2012

Hukum Sambut Valentine's Day


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.



sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

13 Februari 2012

Akta PLKN



Akta Latihan Khidmat Negara

Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) (Pindaan) 2009 (A1354)

Pendahuluan

  1. Bagi maksud melaksanakan Program Khidmat Negara ini satu akta baru yang dinamakan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 telah digubal yang bertujuan untuk membolehkan pendaftaran dan kehadiran seseorang itu diwajibkan.

Pengisytiharan

  1. Kewajipan bagi warga Malaysia mengikuti latihan ini tertakluk kepada pengisytiharan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong yang menetapkan had umur tertentu. Dalam akta ini had umur yang ditetapkan ialah bagi mereka yang berumur tidak kurang 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun yang diwajibkan mengikuti Program Khidmat Negara.

  2. Akta ini juga memberi ruang pengecualian bagi sebab-sebab tertentu. Bagi maksud pengecualian dari mengikuti latihan ini, Menteri melalui warta boleh mengecualikan seseorang atau kategori seseorang daripada pelaksanaan akta ini.

Majlis Latihan Khidmat Negara

  1. Majlis Latihan Khidmat Negara ini akan melaksanakan fungsinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh akta dan bertanggungjawab untuk menasihatkan Menteri dalam semua perkara berhubung Latihan Khidmat Negara. Menteri juga dari masa ke semasa akan memberi arahan dan menjadi tanggungjawab Majlis untuk mematuhinya.

  2. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas saranan Menteri.

a. Seorang Pengerusi.

b. 5 ahli mewakili kerajaan.

c. Tidak kurang dari 3 atau tidak lebih dari 5 ahli mewakili kumpulan etnik utama Malaysia

3. Perlantikan ahli-ahli adalah untuk 3 tahun dan boleh dilantik semula.

Jabatan Latihan Khidmat Negara

  1. Ketua Pengarah yang akan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas saranan Menteri. Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Pengarah dan lain-lain pegawai adalah berada di bawah kuasa lantikan oleh Menteri.

Latihan Khidmat Negara dan Hukuman

  1. Melalui akta ini Menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan yang menghendaki semua atau sebarang kategori peserta yang perlu menghadiri latihan khidmat negara.

  2. Akta ini memperuntukkan hukuman yang akan dikenakan ke atas seseorang yang telah dipanggil untuk latihan tetapi gagal menghadirkan diri. Sekiranya seseorang itu disabitkan kesalahan ia hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  3. Seseorang yang melakukan kesalahan dengan meninggalkan latihan tanpa kebenaran dan jika disabitkan kesalahan ianya hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  4. Mana-mana orang yang menghasut, berhasrat menghasut, menyebabkan atau cuba menyebabkan seseorang untuk meninggalkan latihan tanpa kebenaran, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

  5. Bagi seseorang yang sedang menjalani latihan khidmat negara yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, menyebabkan atau cuba menyebabkan seseorang meninggalkan latihan tanpa kebenaran, jika disabitkan kesalahan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

Penangguhan Mengikuti Latihan

  1. Menteri boleh membuat peraturan bagi membolehkan seseorang itu memohon penangguhan dari mengikuti latihan. Seseorang itu boleh memohon kepada pihak berkuasa satu sijil penangguhan tersebut. Manakala itu, sebarang rayuan untuk menangguhkan latihan hanya boleh diputuskan oleh Majlis Latihan Khidmat Negara.

Cuti Dari Pekerjaan

  1. Bagi mengelakkan gangguan atau kehadiran peserta terhalang, maka akta ini menetapkan tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerjanya mengikuti Latihan Khidmat Negara. Pekerja terlibat akan menikmati semua gajinya dan lain-lain imbuhan atau cuti tahunan untuk tidak lebih 30 hari semasa mengikuti latihan.

  2. Majikan yang secara langsung atau tidak langsung, enggan membenarkan cuti atau melanggar perkara di atas adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak kurang dua kali ganda bayaran atau imbuhan yang sepatutnya diterima oleh seseorang yang dipanggil untuk latihan atau penjara tidak lebih 2 bulan atau kedua-duanya.

Perlantikan Jurulatih

  1. Menteri boleh melantik jurulatih-jurulatih yang terdiri dari pegawai awam atau pegawai badan berkanun dan mana-mana individu untuk menjadi jurulatih. Jangkamasa dan syarat perkhidmatan jurulatih akan ditentukan oleh Menteri. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seseorang itu untuk mematuhi arahan Menteri untuk menjadi jurulatih dan sebarang keingkaran akan disabit kesalahan dan boleh dihukum.

Pelbagai

  1. Seseorang adalah dianggap melakukan kesalahan apabila menyebabkan kecederaan atau kecacatan atau memberikan dadah kepada seseorang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara dengan niat menjadikannya tidak upaya dari mengikuti latihan. Ini termasuk membuat kenyataan palsu mengenai keadaan kesihatan seseorang. Seseorang yang disabit kesalahannya boleh dipenjara untuk selama tidak melebihi 10 tahun.

  2. Mana- mana orang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara yang mencacatkan atau mencederakan dirinya atau memberi dadah kepada dirinya sendiri dengan niat menjadikannya tidak upaya dari mengikuti latihan juga melakukan kesalahan. Mana- mana orang yang disabit kesalahannya boleh diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  3. Seseorang yang memberi kenyataan palsu atau mempunyai dokumen menyerupai dengan niat menipu melakukan kesalahan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi mana- mana orang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara yang sabit kesalahan yang sama hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  4. Seseorang yang disabitkan atas kesalahan cuba melakukan atau membantu melakukan sebarang kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.

  5. Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini yang mana tiada denda disebut secara jelas hendaklah atas sabitan kesalahannya didenda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi mana- mana orang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara yang mana tiada denda disebut secara jelas serta sabit kesalahan yang sama hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  6. Yang Di Pertuan Agong boleh membuat peraturan untuk menetapkan apa- apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan menjelaskan sebarang pelaksanaan peruntukan- peruntukan Akta ini.

sumber ; http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=205

Muzium Mee Segera



ini dibuka oleh Nissin Foods dan terletak di Yokohama, Jepun, merayakan 40 tahun makanan popular yang disukai oleh pelajar kolej yang dikatakan 'meletup' di mana-mana sahaja.

Pada paparan yang tersedia ada, menceritakan sejarah mee segera, yang dicipta oleh Momofuku Ando, orang yang mencipta mee ramen ayam mengimbau kembali pada tahun 1958 selepas menyaksikan kegilaan orang memakanan mee selepas perang Jepun.

Muzium itu sendiri adalah 10,000 meter persegi dan mengandungi "Cup My Noodle Factory" yang membolehkan pengunjung untuk mencipta perisa mereka sendiri. Dan tentunya, termasuk restoran-restoran yang menyajikan tiap-tiap jenis mee yang pernah dibayangkan.

Pada hari pembukaan, 500 orang menunggu di dalam barisan untuk merasai pengalaman, termasuk Junichiro Koizumi, bekas Perdana Menteri Jepun. Di dalam, ibu bapa akan dapat lihat pelbagai jenis mee sementara anak-anak mereka mengambil kesempatan bermain di "kawasan permainan mee."

Ini bukan kali pertama Nissin Foods membuka sebuah muzium; mereka membuka satu di Osaka, Jepun pada tahun 1999 dengan bunyi trompet riuh-rendah yang hebat. Dan tidak lupa juga muzium Mee Ramen di Shinyokohama.



12 Februari 2012

Harga Pasaran Terkini Pendrive

Harga Pasaran Terkini Pendrive (penang ,perak,kedah,perlis) mengikut tinjauan pakcikhusen dalam tempoh 1 minggu ini

harga berpandukan kedai dan expo di serata penang ,perak,kedah,perlis


Kingston DT101 G2

4GB = RM 19-23
8GB = RM 25-28
16GB =RM 47-53

Papa Gomo Kena Saman 10Juta ???


KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.



Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.



Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.



Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.



Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.



Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.



Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.



Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.



Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.



Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.



Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.



Sementara itu dalam perkembangan lain Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac hadapan bagi mendengar kes sebutan sementara perbicaraan kes tiga penduduk Orang Asli menyaman kerajaan negeri.



Sebelum ini tiga penduduk terbabit iaitu Rosli Along, Angah Along dan Hassan a/l Alang dari Pos Belatim, Gua Musang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri.



Mereka menuntut supaya kerajaan negeri membatal kelulusan tanah di mukim hulu Nenggiri bagi pembangunan ladang.



Tanah tersebut dilulus kerajaan negeri untuk pembangunan ladang yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.



Kerajaan negeri diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa dan dua lagi peguam, manakala ketiga-tiga plaintif diwakili Adrew mewakili Tetuan Lee Hishamudin. Prosiding tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Azman Abdullah.



Pada afidavit sebelumnya plaintif menyifatkan pemberian hak milik tanah di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.



Mereka menganggap sebagai pemegang hak milik adat Orang Asli atau hak milik adat komunal Orang Asli terhadap tanah di Pos Belatim.



Zainal Abidin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri memohon untuk membatalkan saman tersebut kerana tanah berkenaan sebagai milik kerajaan dan tidak pernah diberi kepada sesiapa sebelum ini.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7967-peguam-terkenal-saman-blogger-papagomo

Video Roti Canai Terbang !!!!








11 Februari 2012

Mati Bawa Air Ketum

gambar sekadar hiasan

NIBONG TEBAL: Air ketum dipercayai menjadi tonik pemberi tenaga kepada tiga lelaki yang mati ditembak polis berhampiran Plaza Tol Jawi dekat sini, pagi semalam, untuk berjaga malam bagi menjalankan aktiviti jenayah, termasuk pecah rumah dan samun bersenjata di sekitar negeri ini.

Air berkenaan ditemui dalam kenderaan dinaiki mereka ketika ditembak mati di Kilometer 160 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke selatan berhampiran susur keluar ke Jawi, di sini awal pagi semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, pihaknya menemui baki air ketum dalam kenderaan dinaiki suspek yang dipercayai digunakan untuk memberi tenaga kepada mereka.

“Saya percaya mereka jadikan air ketum sebagai sumber tenaga untuk bergiat aktif melakukan jenayah pada sebelah malam,” katanya.


Dalam kejadian jam 1.45 pagi semalam, tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditembak mati di tepi lebuh raya selepas seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri.


Berdasarkan pengenalan diri diperoleh daripada suspek di tempat kejadian, lelaki tempatan yang maut dikenali sebagai Abdul Karim, 42, dari Seberang Jaya, manakala dua lagi ialah Julie dan Sudirman, masing-masing berusia 30 tahun.


olis menerima maklumat mengenai sekumpulan penjenayah menaiki kereta Hyundai Elantra dan sepasukan anggota ronda cegah jenayah di kawasan lebuh raya mengesan kereta berkenaan di Plaza Tol Juru, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi.


Polis mengekori mereka sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum mengarahkan pemandu kereta itu berhenti 15 minit kemudian, tetapi pemandu berkenaan enggan mematuhi arahan menyebabkan polis menghalang depan dan belakang kereta itu dengan kereta peronda.

Sebaik polis mendekati kereta itu dan memperkenalkan diri, seorang daripada penumpang kenderaan keluar melalui pintu belakang sebelah kiri dan cuba melarikan diri sambil melepaskan tembakan menyebabkan polis membalas tembakan dan mengenai lelaki itu serta dua rakannya yang juga cuba melarikan diri.


Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol Revolver .38 dengan dua peluru hidup dan dua kelongsong yang dipercayai digunakan untuk menembak polis. Pemeriksaan dalam kenderaan menemui dua parang, satu keris kecil, satu pisau lipat, tali, topeng, besi sepanjang kira-kira 0.6 meter, sarung tangan, pemotong besi, pengumpil dan komputer riba. Menurut Zahruddin, kumpulan lelaki itu amat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam kira-kira tiga kes samun serta 56 kes pecah rumah di sekitar negeri ini sejak tahun lalu.


“Mereka biasanya mengugut pemilik rumah yang dipecah masuk menggunakan senjata dan mengikatnya sebelum melarikan barang berharga,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan yang digunakan kumpulan itu tiada rekod curi dan sudah mengenal pasti identiti pemiliknya di Kedah.


“Dua lelaki Indonesia itu masuk ke negara ini dengan dokumen sah dan berdasarkan pasport ditemui, mereka masuk Malaysia bulan lalu,” katanya.


Zahruddin berkata, pihaknya percaya masih ada sekurang-kurangnya dua lagi anggota kumpulan berkenaan masih bebas dan usaha memburu mereka sedang dijalankan.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matibawaketum/Article/index_html

Papan Luncur Ganti Kaki


BANGI: “Bagi orang lain papan luncur adalah alat permainan, namun bagi Fakhri, ia sebenarnya sepasang ‘kaki’ baru,” kata Rosazman Abd Manan, 46, yang bersyukur kerana dikurniakan anak istimewa seperti Muhammad Irfan Fakhri.

Menurut Rosazman yang bekerja sendiri, anaknya mengalami kecacatan bahagian pinggul yang digelar ‘Sacral Agenesis’ yang menyebabkan bahagian kaki tidak membesar dengan sempurna.

“Tulang pinggul yang menghubungkan paha dan badannya tiada. Oleh itu, Fakhri hanya boleh menggunakan tangan untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya, sebelum menggunakan papan luncur, anaknya itu terpaksa mengengsot untuk bergerak dan bermain bersama kakak dan adiknya.

Ketika usianya setahun, saya melihat dia duduk atas permainan kereta kawalan jauh dan bermula daripada itulah timbul idea untuk menghasilkan papan luncur rekaan sendiri,” ujarnya.

Sejak itu, Fakhri yang kini berusia enam tahun tidak pernah berenggang dengan papan luncur kesayangannya.

Setiap pagi, Rosazman akan menghantar anaknya ke Tabika Kemas, kira-kira 300 meter dari rumah mereka di Taman Air Hitam Permai, di sini.

Ibu Fakhri, Mahani Hassan, 42, berkata anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain, kerana setiap hari dia amat teruja untuk ke tabika dan tidak sabar menimba ilmu.

“Walaupun kekurangan fizikal, tetapi semangatnya untuk belajar amat kuat, malah pada hari cuti am dia sering mengeluh kerana tabika tutup,” katanya.



sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2012021103385320120211033853/Article

10 Februari 2012

KL Gangster 2



KL Gangster 2

Siapa Sebenar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog