D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Jun 2010

tudung hawa tiruan

POPULARITI tudung Hawa yang mempunyai ramai pengguna di seluruh negara menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan membuat tudung tiruan dengan menggunakan nama yang sama.

Bukan setakat itu malah corak manik pada tudung turut menggunakan corak yang sama. Tudung tiruan atau tudung ciplak ini dijual pada harga yang murah menyebabkan ramai pelanggan yang membeli.

Bagaimanapun, jika pelanggan melihat betul-betul tudung tiruan ini, mereka akan dapat membezakan bahawa tudung tiruan ini mempunyai kualiti yang amat rendah.

Fabrik lycra yang digunakan berharga murah dan tidak berkualiti. Begitu juga dengan jahitan pada sekeliling tudung dan manik tekap yang digunakan bagi menghiasi tudung.

Penjualan tudung tiruan Hawa ini amat dikesalkan oleh pemilik asal perniagaan tudung tersebut, Jeffrey Arazmi Mokhtar.

Jeffrey yang ditemui baru-baru ini berkata, tudung tiruan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pembuat tudung di ibu kota ini memburukkan namanya dan tudung itu sendiri kerana bagi pelanggan yang tidak menyedari perbezaannya pasti akan menganggap bahawa tudung Hawa tidak berkualiti.

''Tudung berjenama Hawa telah dipatenkan oleh syarikat saya dan syarikat tersebut telah menciplak logo syarikat (paten) serta menggunakannya di atas tudung tiruan dan dijual di pasaran Malaysia dengan jumlah yang besar.

''Ini telah menjejaskan jualan tudung jenama Hawa yang asli dan nama baik syarikat kerana kualiti barangan tiruan yang dijual tidak sama dengan yang dikeluarkan oleh syarikat kami,'' jelas Jeffrey.

Beliau menambah, bagaimanapun bagi pelanggan yang telah lama memakai tudung Hawa sudah tentu mengenali perbezaan ini namun mereka juga mungkin terkeliru kerana tudung tiruan ini turut menggunakan tag nama yang sama dengan tudung yang tulen.

''Pelanggan yang memakai tudung tiruan ini pasti mendapati ia tidak selesa, tidak cantik dan manik pula mudah tertanggal. Sudah pasti pengguna marah dan tudung Hawa asal juga mendapat nama yang buruk.

Oleh kerana tidak mahu pengguna terus tertipu, Jeffrey berkata, beliau telah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan pada 31 Mei lalu. Satu serbuan telah dibuat di syarikat tersebut dan pihak kementerian telah merampas tudung tiruan yang terdapat di syarikat itu.

''Saya berharap sesiapa yang menjual tudung Hawa tiruan supaya memberhentikan penjualan atau pengedaran. Begitu juga dengan sebarang bentuk penipuan dari segi corak, reka bentuk tudung dan manik. Jika tidak, tindakan akan diambil,'' kata Jeffrey lagi.



teks dari utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog