D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

29 Jun 2010

rahsia ikan haruan

Penemuan produk (krim sapuan) bersumber ikan haruan oleh Pensyarah Jabatan Sains Bio Perubatan, Fakulti Bio Perubatan dan Sains Kesihatan (FBHS), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Dr. Abdul Manan Mat Jais membuktikan sumber tempatan berpotensi besar untuk dikomersialkan.

Kajian beliau bertajuk Preliminary Research on Haruan, Biomedical and By-Product melayakkannya merangkul Pingat Gangsa Pertandingan Reka cipta kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Mindex-Innotex 1996) baru-baru ini.

"Produk berbentuk krim sapuan pelbagai fungsi ini telah pun menjalani ujian saintifik dan terbukti apabila ia menunjukkan tanda-tanda progresif memulihkan penyakit dan lain-laun kecederaan di kulit.

"Selain untuk mengenal pasti potensi daging ikan haruan, menganalisis proteinnya, mengkaji vitamin-vitamin lain yang terdapat padanya, objektif kajian ini turut untuk menemukan potensi haruan sebagai penyembuh penyakit kulit dan luka yang berkesan," katanya lagi.

Selain itu juga, tegasnya, penciptaan bio perubatan dan produk sampingan seperti krim, losyen, bedak, emulsi, tonik sehinggalah kepada penghasilan sosej dan salami yang menjadi sebahagian daripada objektif kajian menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Bagaimanapun, untuk lebih menyakinkan masyarakat dan memastikan keselamatannya terjamin bagi kegunaan umum produk itu kini sedang diuji secara klinikal pula.

Menyentuh tentang kemanfaatan produk penemuannya itu, katanya: "Hampir kesemua penyakit kulit menunjukkan tanda-tanda penyembuhan yang lebih cepat apabila disapukan krim berasaskan daging haruan itu," ujarnya.

Katanya, antara penyakit kulit itu dalam terma-terma klinikal dan umum ialah sclerosis, psiarosis, eczema, ichthyosis, dermatophytosis, lichenification, kurap, jerawat, bintik-bintik hitam, kurap, kayap, hinggalah kepada luka-luka kecil dan bengkak-bengkak.

Hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam daging ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit- penyakit kulit dan luka-luka yang dihidapi pesakit," katanya.

Kadangkala, katanya, terdapat juga kes-kes penyakit kulit yang agak kritikal akibat dijangkiti mikrob dan bakteria kerana ketidakstabilan hormon pada peringkat umur tertentu.

Menyentuh tentang keperluan dan permintaan terhadap perubatan mencelah penyakit kulit di masa depan, katanya, hampir 25 hingga 35 peratus penduduk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia saban tahun mengadapi risiko tersebut.

"Penyakit-penyakit kulit itu tidak hanya disebabkan oleh parasit, mikrob dan fungus tetapi juga disebabkan oleh cuaca yang mempercepatkan proses penuaan, rasa kurang selesa, kulit merekah dan sebagainya," katanya.

Tegasnya, dari segi terma perubatan, asid arachidonik dalam daging ikan haruan akan bergabung dengan asid dan bahan kimia dalam komponen kulit manusia antaranya asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine.

"Kemudiannya, kesemua bahan kimia itu akan bergabung membentuk polypepetide yang bertanggungjawab menyembuhkan penyakit kulit pada tubuh penghidapnya," tegasnya.

Berdasarkan kajian yang dibuat, katanya, daging ikan haruan telah disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.

"Bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan kukuh dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit," tambahnya.

Kajian tersebut termasuklah pandangan umum terhadap produk, sumber- sumber bekalan haruan dan langkah mengimport bekalan haruan tambahan dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand, sebelum proses mengkomersialkan produk dilakukan.

Menurutnya, kajian tersebut melibatkan kajian bersama dengan pelbagai institusi tempatan dan luar negara seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain kajian persendirian.

Manakala institusi antarabangsa yang terlibat dalam kajian tersebut ialah Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand; Universiti Western Australia, Perth, Australia; dan Universiti Kebangsaan Singapura, Singapura.

"Kaedah yang digunakan untuk mengambil bahan-bahan bio perubatan yang bermanfaat daripada daging ikan haruan itu merupakan rahsia kajian ini dan hanya akan dimaklumkan kepada pihak yang berminat membeli hasil kajian ini kelak," katanya.

Kini, tambahnya lagi, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sedang melakukan rundingan dengan beberapa syarikat yang berminat membeli penemuan tersebut sebelum diberikan nama produknya.

"Nama produk itu hanya boleh diberikan setelah ia dimiliki oleh syarikat yang berhak kelak,"

petikan dari tutor.com.my

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog