D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

24 Jun 2010

Pemain gitar slipknot mautttt

Pemain gitar Slipknot maut akibat dadah berlebihan

DES MOINES, Iowa 22 Jun – Pemain gitar bes bagi kumpulan heavy metal Slipknot, Paul Gray meninggal dunia akibat pengambilan dos morfin dan morfin sintetik, fentanil yang berlebihan.

Gray, 38, ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di pinggir bandar raya Iowa ini pada 25 Mei lalu.

Seorang pekerja hotel memberitahu telefonis pusat kecemasan, sebatang jarum suntikan ditemui di sisi mayat Gray dan sejumlah pil turut dijumpai di dalam bilik itu.

Keputusan autopsi menunjukkan dia meninggal dunia setelah mengambil dos berlebihan secara tidak sengaja, kata polis Urbandale dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Autopsi itu juga menunjukkan tanda-tanda penyakit jantung yang serius.

Jurucakap polis, Sarjan Dave Disney berkata, tidak ada bukti menunjukkan Gray mempunyai preskripsi untuk kedua-dua jenis ubat dan polis sedang menyiasat bagi memastikan bagaimana dia mendapatnya.

Katanya, dakwaan mungkin difailkan tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan jenis dakwaan itu.

Syarikat rakaman Slipknot, Roadrunner Records enggan mengulas mengenai kematian Gray tetapi berkata, kenyataan rasmi daripada syarikat atau kumpulan itu hanya akan disiarkan di laman web Slipknot.

Slipknot muncul pada pertengahan 1990 dan album sulungnya pada 1999 mencatat jualan kira-kira dua juta naskhah.

Kumpulan itu memenangi anugerah Grammy pada 2006 bagi persembahan heavy metal


tesk dari utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog