D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

27 Jun 2010

Korea Tewas- keputusan perlawanan semalam

Suarez wira


SUAREZ meledak dua gol bagi membantu Uruguay mencipta kemenangan 2-1 ke atas Korea Selatan pada aksi pusingan kedua di Stadium Nelson Mandela Bay semalam.


PORT ELIZABETH – Luis Suarez muncul wira apabila meledak dua gol bagi membantu Uruguay menewaskan Korea Selatan 2-1 pada pusingan kedua Piala Dunia 2010 semalam.

Meskipun sekadar mencatatkan kemenangan tipis, namun ia sudah memadai buat anak-anak buah Oscar Tabarez untuk bergelar selaku pasukan pertama yang layak ke peringkat suku akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay itu, Uruguay tidak perlu menunggu lama apabila Suarez membuka tirai jaringan seawal minit kelapan hasil hantaran menarik Diego Forlan.

Sebelum itu, Korea Selatan hampir-hampir mengejutkan Uruguay pada minit kelima selepas sepakan percuma Park Chu-young dari jarak 25 meter sekadar menggegar tiang gol lawan.

Tersentak dengan gol pendahuluan Uruguay, Korea Selatan kembali memperkemaskan jentera serangan mereka bagi mencari gol penyamaan, namun gagal membuahkan hasil sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Korea Selatan dilihat rancak mengatur gerakan serangan ke arah kubu pertahanan lawan dan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila Lee Chung-yong menanduk masuk gol hasil sepakan percuma pada minit ke-68.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan, namun kelalaian tonggak pertahanan Korea Selatan membawa padah kepada mereka pada minit ke-80.

Suarez yang tidak dikawal bijak memanfaatkan peluang yang terhidang apabila menyumbat gol kedua peribadinya pada perlawanan tersebut, sekali gus membawa Uruguay melangkah ke saingan suku akhir.

“Sebagai seorang pemain bola sepak, ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kehebatan, lebih-lebih lagi saya beraksi pada kempen Piala Dunia,” jelas Suarez. – Agensi


teks dari metro

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog