D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

17 Oktober 2012

Tip Kecilkan Buah Daadaa - Lelaki


LELAKI memiliki buah dada besar yang seakan-akan wanita bukan perkara ganjil. Fakta turut menjelaskan, keadaan ini berlaku akibat penambahan hormon dalam badan. Ia dikenali sebagai ‘gynecomazia’ atau ‘male tits’.
Ia biasanya berlaku kepada lelaki tanpa disedari. Namun, lebih ramai memiliki buah dada kerana memakan pil hormon wanita bagi menambah hormon terbabit dalam badan.

Saya pernah menerima soalan pembaca mengatakan dia termakan pil hormon wanita dan dengan keadaan berat badan yang ketara, tidak hairan buah dadanya kelihatan menonjol.

Pil hormon wanita yang dimakan mungkin tidak memberi perubahan ketara tetapi kepada lelaki obes, ia mudah menghasilkan hormon estrogen, oleh itu perubahan yang berlaku kepada buah dada dilihat sebagai akibat tindak balas obesiti! Untuk makluman, tiada krim atau jeli yang bertujuan mencairkan lemak terbabit. Bagaimanapun, ia boleh dilakukan dengan menyedut lemak daripada buah dada supaya kembali ‘kempis’ dan kaedah ini dikenali sebagai ‘lipo suction’.

Namun, akibat proses terbabit, buah dada akan kelihatan melendut atau gelebeh dan kemudian ‘termasuk’ ke dalam badan.

Oleh itu, saya sarankan jangan cuba kaedah itu. Kaedah terbaik untuk mengecilkan buah dada ialah dengan senaman menguruskan badan serta memantapkan otot dada supaya lebih mantap dan kelihatan lebih berotot.

Bagaimanapun, jika cara ini tak atau kurang berkesan, cara seterusnya ialah menjalani kaedah pembedahan plastik pembuangan buah dada.

Namun perlu diingat, buah dada anda adalah anugerah Allah. Ia ada fungsinya, sekurang-kurangnya sebagai anggota rangsangan seksual. Mana tahu, pasangan anda nanti menyukainya dan mungkin dapat memeriahkan hubungan suami isteri.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog