D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

9 Oktober 2012

Mandi Air Cuci Lantai


KUALA LUMPUR: Beberapa penghuni Venice Hill Condo, Cheras, di sini, kesal dengan tindakan segelintir penghuni kondominium itu membuang sampah dan mencurah air cucian lantai ke bawah sehingga mengancam penghuni di tingkat bawah.
Penghuni, Nazatul Azreen Abdul Hayi, 40, yang menginap di tingkat bawah, mendakwa perbuatan itu dipercayai dilakukan pelajar kolej yang menyewa di tingkat 16 ke atas yang sering membuang sampah-sarap dan mencurah air.


“Saya nyaris basah selepas dicurah air sisa cucian lantai oleh pelajar berkenaan baru-baru ini.
“Sampah yang dicampak seperti tin minuman, kertas laporan kajian, plastik makanan, lampu kalimantang, malah suami saya menemui pembalut kondom di halaman rumah.

“Kawasan ini menjadi tumpuan kanak-kanak, ia mungkin penyebab kemalangan dan kami sentiasa risau keselamatan mereka,” katanya yang juga mempunyai anak berusia 12 tahun.

Nazatul Azreen berkata, persatuan penduduk sudah banyak kali membuat aduan kepada pengurusan kolej terbabit, namun tiada tindakan diambil dan masalah itu masih berterusan sehingga kini tanpa penyelesaian.
Menurutnya, tempat pembuangan sampah di setiap tingkat tidak jauh daripada setiap unit kondominium, tetapi mereka membuang sampah dari tingkat atas tanpa fikirkan keselamatan dan keselesaan penduduk lain.

Dia yang menghuni tingkat bawah berkata, walaupun baru berpindah di sini dia berasa tertekan dengan kejadian terbabit kerana sampah bertaburan di halaman rumah setiap hari walaupun baru dikutip pekerja pembersihan.
Suaminya, Shukri Abd Rahman, 43, mendakwa masalah ini berlaku sejak tingkat atas Tower 10 disewakan kepada pelajar kolej berdekatan dan dia terkilan kerana pelajar itu penuntut perubatan yang sepatutnya sentiasa mementingkan kebersihan.

“Saya takut pisang berbuah dua kali kerana terbaca laporan akhbar mengenai buluh jatuh dari tingkat atas sebuah pangsapuri menimpa budak sehingga maut mengejutkan saya,” katanya.

Eksekutif Bangunan Tower 10, Sofian Md Piah, 38, mengesahkan 108 kondominium milik persendirian disewakan kepada pelajar kolej terbabit dengan 70 peratus daripadanya wanita dan selebihnya pelajar lelaki.

Sofian memberitahu, pihaknya sudah berusaha menjaga kebersihan kawasan bangunan itu dengan sentiasa mengadakan rondaan, tetapi masih ada sampah dibaling.

CARA MUDAH DAPAT STEAMYX PERCUMA 1 BULAN - KLIK SINI
sumber http://www.hmetro.com.my/articles/2012092812220120120928122201/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog