D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

1 Oktober 2012

Lawak Ke Der 2

Kemunculan Nabil dalam kumpulan Boboi nyata menjadi. 
KUALA LUMPUR: Kemunculan penyampai radio Suria FM Nabil Ahmad dalam pementasan Lawak Ker Der musim kedua bersama kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik ternyata menjadi apabila persembahannya berjaya memikat hati penonton.

Turut memegang amanah sebagai pengacara pada pementasan yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya itu, Nabil muncul dengan tarian Lawak Ker Der Style yang menyebabkan satu dewam pada persembahan malam pertama itu ketawa melihat aksinya.

Malah watak Afdlin dan Harun semasa persembahan pertama tenggelam apabila watak pengawal keselamatan lapangan terbang dan pramugari yang dibawa Nabil berjaya menarik perhatian penonton pada malam itu.

Lawak Ker Der 2 sedang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya dari 28 September lalu hingga 3 Oktober depan.

Selain Boboi ia turut menampilkan Jozan (Zizan Razak dan Johan) dan Harith Iskander yang turut menguasi pentas dengan cara yang tersendiri.

Dalam pada itu, usaha kumpulan Jozan juga nyata tidak mengecewakan dan lawak yang dipentaskan berkonsepkan sketsa komedi cuma barangkali ia terlalu meleret sehingga menimbulkan sedikit rasa bosan.

Bagaimanapun kelincahan dan keserasian mereka di atas pentas cukup hebat dan kolaborasi itu nyata memberi kepuasan kepada penonton.

Tidak ketinggalan Harith yang muncul dengan 'stand-up comedy' berkisarkan mengenai kehidupan biasa rakyat Malaysia dan cerita yang disampaikan cukup dekat dengan hati penonton.


Persembahan Harith yang banyak menggunakan bahasa Inggeris bukanlah satu penghalang untuk penonton bergelak ketawa dengan lawak yang dibuatnya itu.

Lawak Ker Der mampu menjadi satu ikutan dan menguasi pentas Istana Budaya dengan cara tersendiri sekaligus mengangkat martabat para pelawak yang selama ini sering diperlekehkan.

Secara keseluruhannya persembahan Lawak Ker Der 2 selama tiga jam itu sama hebat seperti mana pada musim pertama dan tidak hairan jika pihak Istana Budaya akan melanjutkan pementasan itu untuk musim ketiga.Harga tiket masih boleh didapati dikaunter pembelian tiket Istana Budaya untuk persembahan 1 hingga 3 Oktober atau hubungi 03-41478600.

Harga tiket adalah RM193, RM173, RM123, RM83 dan RM43.
 

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog