D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Disember 2010

Masalah Wanita Lebat Bulu Roma

SAYA berusia 26 tahun dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Masalahnya, saya mempunyai bulu roma yang lebat dan kasar di bahagian betis, ketiak dan sekitar alat kelamin.

Bulu roma ini tumbuh sangat cepat, kasar dan kadang-kadang terdapat dua hingga tiga helaian bulu pada satu liang roma.

Adakah keadaan ini normal? Apakah saya perlu �menjalani rawatan membuang bulu roma yang lebat ini? Saya juga ingin mengetahui waktu subur untuk bersama suami jika kitaran haid saya 37 hari.


jawapan

ELOKLAH anda berjumpa pakar sakit puan atau pakar perubatan endokrinologi untuk pemeriksaan awal. Berlebihan bulu roma dinamakan hirsuitism.

Pada wanita, ia boleh disebabkan paras hormon kelelakian (androgen) yang tinggi, ini boleh disebabkan beberapa keadaan atau penyakit.

Sebahagian penyebab ini boleh memberi kesan terhadap kitaran haid dan kesuburan, sebahagian pula yang lebih berbahaya serta perlu dirawat atau dibuang melalui pembedahan.

Selain daripada kesan androgenik yang lain (kulit kasar, berminyak dan mudah berjerawat), seseorang juga boleh menunjukkan simptom atau ciri tambahan yang terdapat pada sesuatu penyakit di atas.

Pemeriksaan fizikal terhadap tubuh anda dan ujian lanjutan seperti ultrabunyi sistem peranakan serta kelenjar adrenal dan ujian darah dapat membantu doktor mengenal pasti puncanya.

Membuang bulu roma secara mencabut atau laser hanya untuk �sementara kerana ia �lazimnya �disebabkan gangguan kawalan hormon. Rawatan secara ubatan boleh diberikan, tetapi anda perlu sabar kerana ia mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sebelum menampakkan hasil kerana tempoh ini adalah kitaran rerambut baru.

Bagi pasangan yang menginginkan kehamilan, peluang kejayaan jika �bertumpu kepada waktu subur sahaja didapati tidak setinggi hubungan seks dilakukan secara kerap (dua hingga tiga kali seminggu) tanpa mengira waktu subur, ini sudah dibuktikan dalam beberapa kajian perubatan.

Seeloknya, setelah haid habis dan anda sudah �mandi hadas, lakukan hubungan kelamin sekerap itu sehingga kedatangan haid seterusnya atau �sehingga anda disahkan hamil.

Secara teori, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid setiap 37 hari secara tetap setiap pusingan, waktu ovulasinya adalah sekitar hari ke-23, maka waktu yang paling subur adalah daripada hari ke-20 sehingga hari ke-25.

Sebenarnya tiada istilah waktu subur dalam dunia perubatan moden. Apa
yang ada hanya waktu yang berkemungkinan lebih subur dan selebih�nya adalah waktu yang �berkemungkinan kurang subur.


teks dari : mymetro

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog