D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Disember 2010

Info Piala Suzuki 2010

Kejohanan Bola Sepak ASEAN atau Piala AFF, juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 disebabkan oleh kesinambungan penajaan Suzuki,[1] terhadap kejohanan serantau ASEAN, yang dijalankan pada 1 hingga 29 Disember 2010.[2]

Indonesia dan Vietnam akan menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010.[3]


Tuan rumah

Pada 17 Februari 2009, Vietnam telah mengisytiharkan minat mereka menjadi tuan rumah bagi Piala Suzuki AFF 2010 yang menjadi piala kelapan untuk dijalankan.[5] Pada 21 April 2009, akhbar Vietnam, VietNamNet telah mengumumkan bahawa Vietnam akan menganjurkan kejohanan bersama dengan Indonesia.[6][7]

[sunting] Tempat

Terdapat dua tempat utama; Stadium Bung Karno di Jakarta dan Stadium Nasional My Dinh Stadium di Hanoi dengan dua tempat kedua yang akan digunakan secara serentak dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir bagi peringkat kumpulan. Mulanya, tempat kedua bagi Kumpulan B adalah Stadium Hàng Đẫy di Hanoi. Walau bagaimanapun pada 22 November 2010, Persekutuan bola sepak Vietnam (VFF) telah mengumumkan bahawa ia tidak dapat disediakan tepat pada masanya dan digantikan dengan Stadium Chùa Cuõi aka Stadium Thiên Trường.[8] Bagi kumpulan A, tempat kedua sebenar adalah Stadium Jalak Harupat Soreang di Bandung tetapi pada 24 November 2010, telah diumumkan bahawa ia telah digantikan dengan Stadium Gelora Sriwijaya berikutan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) satu minggu sebelum pengumuman ini.[9]



untuk lebih lanjut lawat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejohanan_Bola_Sepak_ASEAN_2010

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog