D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

4 September 2010

Sampin Songket Di Hari Raya

JIKA wanita bergaya dengan baju kurung pada Hari Raya Aidilfitri, kaum lelaki pula dengan baju Melayu.

Sudah menjadi warisan masyarakat Melayu menyambut raya dengan pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu.

Pemakaian baju Melayu pula tentu lebih menarik jika digayakan bersama samping songket. Ia turut menonjolkan lagi ketampanan lelaki.

Terdapat pelbagai warna dan corak samping songket bagi disesuaikan dengan baju Melayu.

Mohd. Siswadi Abdul Hamid pemilik Teh Collection Saudagar Songket berkata, warna selamat apabila membeli samping songket adalah warna-warna lembut atau pastel kerana sesuai dengan apa sahaja warna baju.

Biasanya samping songket yang berwarna lembut menjadi pilihan lelaki untuk dipakai pada majlis akad nikah.

Beliau yang menjual beberapa jenis songket tenun tempatan dan luar negara menambah, masih ramai yang menyukai samping berwarna terang seperti merah, biru, ungu, hijau dan sebagainya.

"Samping songket berwarna terang menjadikan si pemakai nampak ceria. Samping yang berwarna merah tua boleh dipadankan dengan beberapa warna baju seperti merah samar, putih, hitam, kelabu dan kuning air,'' katanya ketika ditemui di ibu pejabat Utusan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Mohd. Siswadi, terdapat beberapa jenis corak samping songket, iaitu corak sarang lebah, pagar, bunga tabur, astana (klasik), lawang dan tikar.

Apabila memakai samping songket, bahagian kepala mestilah di bahagian belakang. Sementara kain songket yang dipakai oleh wanita, kepala songket terletak di hadapan.

Bagaimanapun samping songket Teh Collection, kepala songket boleh diletakkan sama ada di hadapan atau di belakang.

Terdapat tiga jenis ukuran songket, iaitu dua meter, 2.25 meter dan 2.50 meter mengikut kesesuaian ukuran pinggang si pemakai.


teks dari utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog