ROM 1 Sept. - Bintang Brazil, Robinho menandatangani kontrak bersama gergasi Serie A, AC Milan semalam untuk tempoh empat tahun dengan nilai perpindahan sebanyak 15 juta euro (RM60.8 juta) dari Manchester City.
Dua tahun lalu, pemain berusia 26 tahun itu secara mengejut menyertai City dengan bayaran 32.5 juta pound tetapi bintangnya malap selepas Roberto Mancini mengambil alih sebagai pengurus City musim lalu.
Dia kemudian dipinjamkan ke kelab Santos Januari lalu tetapi kelab Brazil itu tidak mampu untuk membeli pemain itu secara tetap.
“Saya sangat gembira untuk berada di sini,” kata Robinho yang telah memenangi dua kejuaraan liga ketika bersama Real Madrid sebelum berpindah ke Manchester City, di mana dia telah menjaringkan 14 gol daripada 41 penampilan di Liga Perdana England itu.
“Saya akan berusaha untuk memberikan pulangan kepada peluang yang diberikan dan saya mahu membuktikan diri saya.
“Cita-cita saya ialah untuk bermain sebaik mungkin dan membantu Milan menjadi juara,” kata Robinho. - AFP
teks dari utusan