SAYA berusia 52 tahun dan berkahwin 28 tahun. Yang membimbangkan saya ialah, nafsu saya naik apabila menghidu alat kelamin isteri. Semakin kuat baunya seperti bau ikan kering, saya akan terangsang. Masalahnya, saya tidak terangsang jika bau alat kelamin isteri tidak kuat. Boleh doktor menjelaskan?
RINGGO
Kota Tinggi, Johor
Terangsang dengan bauan anggota sulit bukan perkara luar biasa, walaupun menghidu bau anggota sulit itu perbuatan aneh. Memang biasa untuk manusia mengaitkan anggota sulit dengan najis dan kekotoran.
Sehubungan itu, minda manusia tentu tidak terbuka untuk menghidu baunya kerana tentu bauan itu kurang menyenangkan.
Kajian mengenai bauan mendapati, sesetengah bauan merangsang urat saraf dalam mukosa hidung dan memberi rangsangan kepada otak, seterusnya merangsang sesuatu sistem secara positif. Maka wujud terapi aroma yang menggunakan pendekatan itu.
Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat  membangkitkan perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila  kimia ini dihidu. Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang  dikaitkan dengan manusia.
Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat  menyatakan, manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat  merangsang atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual.
Untuk anda, kebetulan bauan dikeluarkan pasangan dapat  membangkitkan selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut  nafsu anda.
Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat menerima bauan yang kurang menyenangkan itu.
Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga  berkemampuan mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh  kekasih.
sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makinbusukmakinterangsang/Article/indexp_html
