D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

2 September 2010

Karpet Kalis Api


APABILA jurujual memberitahu jenis karpet berbulu yang dipamerkan di ruang depan premis Jakel adalah dari jenis Shaggy, ia menarik perhatian untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Sekali imbas ia umpama bulu kucing gebu yang daripadanya diinspirasikan untuk menghasilkan hamparan permaidani indah.

Namun kesesuaiannya lebih pada kediaman yang berkonsep moden. Karpet Shaggy yang asalnya hanya menggunakan fabrik dari jenis viscose kini telah dipelbagaikan dan ditambah dengan fabrik lain seperti sutera dan kulit asli.

Coraknya juga dipelbagaikan ada yang seperti ulat bulu dan ada juga seperti rumput lembut terhampar. Bagi siapa yang masih belum mempunyai karpet baru untuk sambutan hari raya ini boleh berkunjung ke Jakel di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Promosi istimewa yang diberi nama Satu Juta Karpet ini bukan saja menawarkan pilihan karpet terkini malah yang bersifat klasik, mewah, sederhana, tikar buluh yang semuanya berkualiti pada harga istimewa.

Pengurus Bahagian Jualan Karpet Jakel, Azlan Abu Bakar berkata, salah satu karpet yang ingin diketengahkan Jakel ialah karpet kalis api.

"Karpet ini bukan saja diperbuat daripada bahan kalis api malah corak buatannya dari Mesir dan Iran yang memang menawan untuk semua jenis kediaman," jelasnya.

Selain karpet kalis api, Jakel juga menyediakan karpet eksklusif buatan tangan yang diimport khas dari Iran, Mesir dan Turki.

Karpet tersebut diperbuat 100 peratus daripada sutera dan ketahanannya juga lebih lama.

"Koleksi karpet Imperial juga harus diberi perhatian kerana sifatnya yang kalis air. Ini amat bersesuaian digunakan pada hari raya kerana seperti kita sedia maklum jamuan hari raya dengan tetamu yang yang pasti sedikit sebanyak akan tertumpah ke atas karpet kita.

''Jadi dengan menggunakan karpet jenis Imperial, masalah karpet kotor dapat dielakkan," jelasnya.

Promosi Satu Juta Karpet itu juga menawarkan pelbagai saiz karpet dari saiz sekecil alas kaki, hinggalah sebesar hamparan ruang tamu sebuah banglo.

"Bagi yang menggemari tikar dari jenis buluh juga pelbagai corak dan rekaan terkini dijual sempena promosi ini.

"Karpet buluh memang amat sesuai untuk keluarga yang mempunyai alahan kepada habuk dan cara penjagaannya juga lebih mudah dan praktikal," ujar Azlan.


teks dan gambar dari utusan


Photobucket

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog