2. Press and hold the Power (

3. Press the Cancel (

4. Release both buttons. The diagnostic page prints.

SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?
ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu
Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku ‘pandangan’ mata sudah mencukupi.
Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa ‘subur’nya mereka.
SAYA mempunyai sebuah kedai yang kurang maju. Ada orang berpendapat saya boleh menggunakan pelaris dengan meminta bantuan orang alim untuk doakan kedai kita supaya maju dan ada juga pelaris berbentuk minyak yang sudah dibaca ayat Al-Quran pada minyak itu oleh orang alim. Adakah pelaris ini boleh digunakan dan apakah hukumnya di sisi islam? Saya harap Datuk dapat memberi jawapan kepada permasalahan saya.
SAYA ingin bertanya, apakah hukumnya jika seorang Islam memegang dan menyimpan gigi babi hutan yang sudah kering?
ALISAYA berusia 52 tahun dan berkahwin 28 tahun. Yang membimbangkan saya ialah, nafsu saya naik apabila menghidu alat kelamin isteri. Semakin kuat baunya seperti bau ikan kering, saya akan terangsang. Masalahnya, saya tidak terangsang jika bau alat kelamin isteri tidak kuat. Boleh doktor menjelaskan?
RINGGO
Kota Tinggi, Johor
Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila kimia ini dihidu. Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang dikaitkan dengan manusia.
Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat menyatakan, manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat merangsang atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual.
Untuk anda, kebetulan bauan dikeluarkan pasangan dapat membangkitkan selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut nafsu anda.
Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat menerima bauan yang kurang menyenangkan itu.
Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga berkemampuan mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh kekasih.
sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makinbusukmakinterangsang/Article/indexp_html
NEW YORK 24 Sept. - Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun terhadap seorang saintis warga Pakistan, Aafia Siddiqui atas dakwaan merancang pembunuhan tentera AS di Afghanistan.
“Saya menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun terhadap Dr. Siddiqui di atas kesalahan yang dilakukannya itu,” kata hakim mahkamah itu, Richard Berman.
Siddiqui berusia 36 tahun mengecam hukuman yang dikenakan ke atasnya itu tetapi enggan membuat rayuan.
“Saya tidak akan membuang masa untuk membuat rayuan. Saya hanya akan merayu dan memohon pengampunan kepada Tuhan,” katanya. - AFP
teks dari utusan
Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
Sentiasa berdoa agar disayangi.
Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
Sentiasa lakukan ibadah bersama.
Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
Urut belakang isteri sekali sekala.
Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
Lebihkan isteri daripada anak-anak.
Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
Seeloknya masuk tidur serentak.
Belai isteri sebelum pergi kerja.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
Lakukan riadah bersama isteri.
Pergi berkelah sekali sekala.
Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
DiGi PrePaid – Mudah Saja
ke sini sana..
jom bergembira..
pasti segalanya.. mudah saja..terus menyanyi..
sepuas.. sepuas hati..
pasti segalanya.. mudah saja..satu dua tiga..
menari bertenaga..
pasti segalanya.. mudah saja..borak lama-lama..
hilangkan rasa hiba..
pasti segalanya.. mudah saja..
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Sukar dipercayai apabila seseorang sanggup membayar sejumlah wang yang besar semata-mata mahu jadi jutawan.
Bagaimanapun, itulah terjadi kepada seorang penyelia stor yang kerugian RM62,000 selepas ditipu 'Tok Guru' palsu, kononnya boleh memberi ramalan nombor ekor.
Segala-galanya bermula apabila mangsa, Lim Choon Leong, 50, menerima sehelai kertas iklan yang diletakkan di peti surat rumahnya awal bulan lalu menunjukkan kisah-kisah tentang kemampuan 'Tok Guru' itu membantu orang susah di Kedah dengan memberikan ramalan nombor ekor.
Dia kemudian menghubungi nombor telefon tertera pada iklan tersebut dan mengatur pertemuan dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Tan di sebuah tokong terletak di Padang Terap, Kedah.
"Meskipun saya pernah terbaca berita-berita mangsa ditipu sami palsu, saya tetap ingin mencuba nasib dan sangat berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
Pertemuan yang diaturkan pada 8 Ogos lalu bagaimanapun tidak menjadi apabila Tan tidak dapat hadir dengan alasan ada hal kecemasan.
"Tan bagaimanapun menelefon dan memaklumkan saya sekiranya ikhlas, 'Tok Guru' boleh membantu saya tanpa perlu bertemu dengan syarat saya membuat bayaran RM180 yang bertujuan untuk upacara sembahyang.
"Selepas saya membuat bayaran itu, saya dijanjikan ramalan satu nombor dan akan dikirimkan menerusi kurier ke alamat rumah saya," kata mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Menurut mangsa, pada 23 Ogos, dia menerima kurier mengandungi nombor 4469 yang memenangi hadiah utama dua hari sebelum itu.
Berikutan itu, Choon Leong menjadi yakin bahawa ramalan sami itu tepat, cuma menyangka kurier yang sepatutnya diperolehi pada 20 Ogos, tiba lewat empat hari kemudian.
"Tanpa menyedari muslihat Tan, dia sekali lagi menghubungi saya, kali ini menjanjikan saya akan diberi lagi ramalan nombor, namun diperlukan membuat bayaran setiap hari mengikut permintaannya.
"Secara berperingkat-peringkat sehingga 4 September, saya telah mendepositkan sebanyak RM62,000 dan wang itu datangnya daripada simpanan, meminjam dengan saudara malah separuh daripadanya saya pinjam daripada ah long," ujar Choon Leong.
teks dari utusan
Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.
Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976
teks dari wikipedia
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah mencipta sejarah selaku sultan pertama menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh, semalam.
Keberangkatan baginda yang turut diiringi Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria nyata menarik perhatian rakyat jelata di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Stesen Kereta Api Ipoh yang turut mengambil kesempatan merakamkan wajah dan bersalaman dengan baginda berdua.
Sultan Azlan Shah mencemar duli dengan hanya duduk di gerabak biasa menyifatkan perjalanan selama dua jam itu sebagai perjalanan yang bagus.
sumber teks dari utusan
TEMERLOH 19 Sept. – Mulai Jun tahun depan, semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menegaskan, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya.
Katanya, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
‘‘Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.
Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.
Kata beliau, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.
Beliau berkata, pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.
‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.
‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” katanya.
Menurut Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam.
Ebook 101 Tip Adsense Terbongkar
Penulis : Team FlareBiz
Format : PDF (118 Mukasurat)
Bonus: 9 Ebook Tambahan Percuma (Maklumat Lanjut)
Pelajari 101 Teknik Memaksimakan dan menggandakan Pendapatan Google Adsense. Inilah peluang anda untuk mempelajari teknik-teknik yang digunakan oleh Pakar yang menjana pendapatan sehingga mencecah ribuan ringgit setiap hari.
Ebook ini dikhaskan kepada Newbie Google Adsense.
Dilengkapi dengan teknologi pemproses terbaru dari AMD Athlon™ II Dual-Core dan kad grafik ATI Mobility Radeon™ HD 5430, komputer riba taruhan Fujitsu bakal menawarkan prestasi serta kualiti gambar terbaik buat pengguna.
Saksikan kualiti kandungan video menjadi lebih menarik, gambar menjadi lebih terang dan jelas serta nikmati sistem muzik yang luar biasa daripada komputer riba terbaru dari Fujitsu.
Fujitsu LifeBook LH520 hadir bersama pakej teknologi pada dimensi terbaru serta gaya hidup moden terkini.
Dijana oleh pemproses AMD Athlon™ II Dual-Core yang juga merupakan teknologi penjimatan tenaga terbaik, komputer ini menawarkan pemproses bersesuaian tugasan yang pelbagai.
Selain itu, kehadiran grafik kad dari ATI Mobility Radeon™ HD 5430 pada komputer tersebut memberikan kualiti HD kepuasan menonton seumpama suasana di skrin wayang gambar.
Menurut Pengarah Pemasaran Produk Fujitsu Asia Pasifik, Lim Teck Sin, Fujitsu LifeBook LH520 merupakan komputer yang amat sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang menepati kehendak peribadi di samping tidak terlalu mahal.
"Komputer riba ini juga direka untuk memberi dua ciri utama iaitu kepercayaan dan prestasi kepada pemiliknya," ujarnya.
Anda juga pasti teruja dengan kualiti gambar yang dipaparkan oleh komputer riba ini tatkala melihat gambar-gambar anda sama sebelum mahu pun selepas ia di edit.
Ditambah pula dengan keasyikan alunan muzik yang dimainkan oleh komputer riba ini.
Namun, antara kelebihan yang terbesar adalah kecerahan serta ketajaman wayang gambar HD pasti memuaskan hati pemiliknya.
Di tambah dengan kamera 1.3 mega piksel serta mikrofon stereo berkembar binaan dalam memudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan mahu pun ahli keluarga di seluruh dunia melalui perisian seperti Skype dan Messenger.
Bersama dengan segala kelebihan teknologi terkini tersebut, Fujitsu sedar ia akan menjadi pilihan ramai justeru komputer riba ini perlu tahan dengan kelasakan penggunanya.
Ia juga bakal dibawa ke mana-mana sahaja oleh pengguna oleh demikian pembikinan Fujitsu LifeBook LH520 turut mengambil kira situasi tersebut.
Sebagai contoh teknologi kalis tumpahan pada papan kekunci yang mana boleh mengelakkan kerosakan yang teruk apabila berlakunya tumpahan seperti air kopi mahu pun lain-lain jenis minuman ke atas papan kekunci tersebut.
Ia di tambah pula dengan kelebihan slot kekunci BIOS, kekunci cakera keras, dan kekunci antipencuri menjadikan komputer riba ini amat berbaloi untuk dimiliki.
teks dari utusan
ANDA mungkin sering mendengar cerita mengenai konsep kereta terbang tetapi tiada satupun yang benar-benar boleh dibeli di pasaran. Kebanyakannya gagal dikomersialkan untuk pasaran pengguna biasa - mungkin kerana terlalu mahal atau tidak praktikal langsung.
Bagaimanapun, impian anda kini menghampiri realiti apabila ada syarikat yang berjaya membangunkan kereta terbang yang 'benar-benar' boleh terbang dan juga harganya tidak terlalu mahal.
Transition adalah nama kereta terbang atau pesawat darat itu keluaran Terrafugia. Walau apa sahaja namanya yang anda gelar, tetapi kenderaan itu telah diuji kemampuan terbangnya pada Mac lalu.
Kenderaan hibrid gabungan kereta dan kapal terbang ini juga telah menerima pengiktirafan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
FAA telah memberi kebenaran kepada kenderaan ini untuk mempunyai berat melebihi daripada berat standard pesawat sukan ringan (LSA) iaitu 599 kilogram.
Ini bermakna juruterbangnya tidak memerlukan lesen juruterbang biasa yang memerlukan kelulusan tertentu tetapi hanya perlu mengikuti kursus mudah sebagai juruterbang LSA.
Terrafugia mahu memasarkan Transition kepada juruterbang persendirian sebagai cara lebih mudah dan lebih murah untuk terbang.
Syarikat itu menyediakan latihan selama 20 jam untuk mereka yang berminat memandu Transition dan juruterbang sedia ada hanya memerlukan kursus persediaan sahaja.
Menurut syarikat itu, kereta terbang itu kini boleh ditempah dengan membuat pembayaran deposit sebanyak RM31,346 untuk kenderaan yang dijangka berharga antara RM627,000 dan RM784,000.
Setakat ini, syarikat itu telah menerima 80 tempahan dan penghantaran pertama dijangka dapat dilakukan menjelang akhir tahun ini. Apa yang menarik mengenai pesawat ini ialah ia mempunyai sayap yang boleh dikembangkan apabila ia terbang dan dilipat apabila dipandu sebagai kereta.
Kenderaan ini juga mempunyai sistem keselamatan ketika beroperasi sebagai pesawat atau kereta seperti beg udara, sistem payung terjun dan sebagainya.
Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata, Transition akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk pesawat dan automobil dan menjadi "salah satu LSA paling selamat di dunia."
Bagi syarikat itu, Transition direka sebagai pesawat yang boleh beroperasi di jalan raya dan bukannya kereta yang boleh terbang walaupun ia mempunyai kedua-dua ciri tersebut.
Transformer
Sebuah lagi prototaip kereta terbang yang telah dibangunkan ialah Transformer (TX), hasil keluaran AVX Aircraft Co.
Pesawat ini masih di peringkat awal kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D)nya untuk projek Agensi Projek Penyelidikan Termaju Pertahanan (DARPA) Amerika Syarikat.
Kenderaan untuk udara dan pesawat ini dirancang untuk kegunaan pihak tentera tetapi tidak mustahil ia akan dipasarkan untuk pengguna biasa seperti juga kereta Hummer.
Bagaimanapun Transformer merupakan gabungan kereta dan helikopter dan boleh berlepas tanpa menggunakan landasan dan mendarat di mana-mana sahaja.
Dua kipas yang diletakkan di belakang kenderaan ini akan memberikan lonjakan sama ada di udara atau darat.
Kelajuannya di udara boleh mencapai 225 kilometer sejam (km/j), 129 km/j di jalan biasa dan 48 km/j di jalan lasak.
Kenderaan ini dapat bertukar dari bentuk helikopter ke kereta dalam masa tidak sampai satu minit dan boleh melakukan penerbangan sejauh 462 kilometer dengan sekali isian minyak.
Kesimpulan, kedua-dua kereta terbang atau pesawat yang boleh beroperasi di jalan raya ini sememangnya teknologi masa depan yang masih ditunggu-tunggu oleh kebanyakan daripada kita.
sumber teks dari utusan
GERIK 6 Sept. – Pemandu yang menggunakan telefon bimbit berkamera bagi merakamkan kesalahan trafik pengguna lain turut melakukan kesalahan dan boleh disaman, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.
"Penggunaan telefon bimbit ketika memandu turut tersenarai dalam kesalahan trafik dan dengan jelas, pemandu tidak boleh merakamkan kesalahan pengguna lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Penguat Kuasa JPJ di Jalan Gerik-Jeli, di sini hari ini.
Justeru katanya, pemandu yang mahu merakamkan kesalahan pemandu lain menggunakan kaedah itu hanya boleh berbuat demikian selepas mereka memberhentikan kenderaan mereka.
"Rakaman itu (juga) boleh dibuat dengan bantuan penumpang lain yang berada di dalam kenderaan itu,” kata Solah.
Beliau turut menjelaskan ramai pengguna salah faham mengenai kaedah itu dan pihaknya ada menerima rungutan daripada pengguna kerana rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun katanya, kaedah itu mendapat sambutan positif dan sebanyak 26,880 aduan bergambar diterima daripada pengguna jalan raya tahun lepas.
"Lebih separuh daripada aduan berkenaan iaitu 16,349 kes berjaya diselesaikan, manakala 5,872 kes masih dalam siasatan. Sejumlah 4,659 kes juga sudah disenaraikan kerana masih gagal membayar saman,” katanya. – Bernama
teks dari utusan
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
AGAK keterlaluan untuk mengatakan kecanggihan teknologi kamera pada masa kini menggugat kredibiliti kebanyakan jurugambar kerana mereka adalah golongan yang lebih pakar dan berpengalaman di dalam bidang fotografi.
Namun dengan perkembangan teknologi pengimejan yang semakin pesat, penghasilan gambar dengan 'kualiti setanding' kini bukan lagi sesuatu yang mustahil di tangan pengguna bukan profesional.
Keupayaan pemprosesan, kepantasan, fokus, definisi tinggi dan kepelbagaian fungsi automatik telah membantu pengguna merakamkan gambar dengan lebih baik walaupun hanya dengan sebuah kamera kompak
Bagi yang tidak mahu dibebani kerumitan kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR), model E-PL1 dari Olympus mungkin jawapannya. Dengan saiz dan berat yang lebih kecil, kamera ini menghasilkan gambar dengan kualiti DSLR.
WOW! baru-baru ini menguji Kamera Lensa Boleh Tukar Tanpa Cermin (MILC) itu di Santuari Gajah Kuala Gandah, taman rusa Deerland dan Gua Terang Bulan di Pahang.
Pengendalian E-PL1 cukup mudah. Sebagai pengguna baru, kamera itu berfungsi dengan baik selepas beberapa ketika di tangan saya.
Cuma kaedah penguncian lensa yang tidak membenarkan kamera beroperasi selagi kunci tidak dibuka agak merumitkan.
Selebihnya, E-PL1 adalah kamera yang senang dikendali oleh sesiapa sahaja. Bagi pengguna yang masih ragu-ragu untuk berpindah kepada DSLR, E-PL1 adalah pilihan yang ideal tanpa jurang perbezaan yang terlalu nyata.
E-PL1 menggunakan sensor LIVE MOS 12.3 megapiksel yang bersamaan dengan saiz sensor kamera DSLR. Kelebihan yang digabungkan dengan pemproses imej TruePic itu mampu menghasilkan imej yang jelas dan tajam walaupun dirakam dalam apa jua pilihan mod.
Ia terbukti daripada kira-kira 100 gambar yang dirakam penulis, hanya beberapa keping sahaja yang kabur.
Nyata, teknologi penstabilan imej E-PL1 menjalankan tugas dengan cukup baik. Bahkan kualiti gambar masih jelas walaupun dirakam pada ISO melebihi nilai 1,000 - biasanya menjejaskan kualiti gambar.
Untuk penyelarasan lebih teknikal, pengguna boleh melakukan pengubahsuaian warna, kecerahan dan imbangan putih melalui gelongsor naik dan turun. Dengan keistimewaan fungsi Live Guide itu, pengguna boleh mendapatkan gambar seperti yang diinginkan semudah mengubah warna pada set televisyen di rumah.
E-PL1 sememangnya menyeronokkan bagi mereka yang gemarkan fotografi jalanan. Selain fungsi iAuto, enam pilihan Art Filter disediakan iaitu Pin Hole, Pop Art, Soft Focus, Grainy Film, Gentle Sepia dan Diorama yang memberikan rakaman kesan kreatif.
Kesan khas itu dalam secara langsung telah menjimatkan masa yang biasanya dihabiskan untuk suntingan digital.
Lebih menyeronokkan lagi, Art Filter juga berfungsi untuk rakaman video.
Selain kualiti gambar yang memberangsangkan, model yang diperbaharui daripada dua model PEN terdahulu (E-P1 dan E-P2) ini juga merakamkan video dengan kualiti definisi tinggi (HD).
Bagaimanapun, secara peribadi saya kurang menyukai butang video di belakang kamera yang terlalu 'sensitif'.
Meskipun ia direka sebagai butang pintas untuk rakaman video, butang yang mudah tersentuh tanpa sengaja itu menjadikan E-PL1 agak menjengkelkan semasa kegunaan aktiviti luar.
Meskipun E-PL1 ditingkatkan dengan flash bina dalam (tidak terdapat pada E-P1), ia masih mempunyai kekurangan kerana ketiadaan pancaran infra merah untuk pemfokusan.
Semasa berada di bahagian paling gelap di Gua Terang Bulan, tiada sebarang gambar dapat dirakamkan penulis. Namun sebaik sahaja titik fokus ditemui, E-PL1 kembali membuktikan kehebatan kualiti imejnya walaupun dalam cahaya rendah.
E-PL1 yang dijual pada harga RM2,499 dipadankan dengan lensa (14-42 mm, f/3.5 -5.6) manakala set dengan lensa 14-150mm f/4.0- 5.6 (RM3,899). Harga untuk lensa luas 9-18mm pula boleh didapati pada harga RM2,400 (asing).
teks dan gambar dari utusan
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang baru bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 September lalu.
Beliau menggantikan Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelantikan itu adalah selaras dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Subseksyen 7 (3) Akta PTPTN (Akta 566).
“Dengan pelantikan ini, diharapkan pengerusi PTPTN yang baru akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik ke arah memantapkan lagi fungsi dan peranan PTPTN di dalam memberikan bantuan pembiayaan pelajaran kepada pelajar-pelajar di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama
teks dari utusan
Senario Asam Garam mengisahkan persaingan di antara Pak Adam (Azizee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka. Pak Adam mempunyai perwatakan yang baik dan menjalankan perniagaan mereka secara jujur dan ikhlas. Manakala Asam pula sebaliknya yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan cuba mendapatkan apa yang dihajati secara paksaan.
Pak Adam mempunyai pembantu iaitu Tam (Sathiya) yang mempunyai masalah mata kirinya tidak berfungsi. Manakala pembantu Asam bernama Garam (Lan Pet Pet) pula turut mempunyai masalah iaitu apabila dia bersin, dia akan bertukar karakter menjadi seorang yang baik dan akan menceritakan segala perkara yang baik dan juga keburukan Asam.
Persaingan mereka bukan sahaja dalam perniagaan malah turut bersaing dalam menambat hati seorang janda bernama Cik Hawa (Julia Hana) yang mempunyai anak lelaki bernama Amin (Fimie Don). Cik Hawa menjalankan perniagaan warung makan secara kecil-kecilan dan dibantu oleh anak saudaranya iaitu Odah (Nadia Mustafa) dan Yah (Adeline Tsen).
Kisah bermula apabila Asam bertindak membakar kedai Cik Hawa setelah Cik Hawa tidak membalas cintanya tetapi lebih tertarik pada Pak Adam. Pelbagai usaha dilakukan oleh Asam dan Garam untuk mengkhianati Pak Adam tetapi Pak Adam tetap bersabar dan melayan kerenah mereka. Lebih menambah kemarahan Asam apabila Pak Adam turut bersaing dengannya untuk mendapatkan tender makmal komputer sekolah. Sehingga satu hari, Asam yang telah mempunyai tiga orang isteri, masuk meminang Cik Hawa tetapi ditolak mentah-mentah oleh Amin, Yah dan Odah kerana mereka telah mempunyai pilihan mereka sendiri iaitu Pak Adam.
Asam yang tidak dapat menerima keadaan itu, telah menculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam. Sekiranya mereka ingin Cik Hawa selamat, mereka seharusnya memutuskan tali pertunangan dan Pak Adam harus menarik diri dalam tender makmal komputer sekolah Amin.
Pak Adam, Tam, Odah, Yah dan Amin bersama peralatan ciptaannya cuba untuk menyelamatkan Cik Hawa. Dapatkah Cik Hawa diselamatkan? Apakah yang terjadi seterusnya? Nantikan Senario Asam Garam di pawagam berdekatan pada Aidilfitri ini dengan cerita baru, ragam baru, lawak tak ingat.
WATAK DAN PERWATAKAN
PAK ADAM – AZLEE JAAFAR
Kontraktor binaan dan memiliki sebuah syarikat binaan. Berusia awal 40an. Berwajah sederhana, sentiasa ceria dan berhatimulia. Membuat semua kerja membina, membaiki dan pengubahsuaian rumah dan pejabat. Pak Adam seorang yang tidak kedekut, kuat bekerja dan sentiasa murah rezeki.
ASAM – ZAIBO
Berusia awal 40an, bertubuh sederhana besar. Seorang kontraktor yang sentiasa cemburukan kejayaan Pak Adam dan sentiasa mencari jalan untuk mengkhianati kerja-kerja Pak Adam. Iri hati dengan perhubungan Pak Adam dan Cik Hawa. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang isteri.
CIK HAWA – JULIA HANA
Tinggi lampai, cantik, kemas, garang dan tegas. Pandai memasak dan kuat bekerja. Membuka warung berhampiran rumahnya. Menjadi kegilaan jejaka-jejaka kampung termasuk Adam dan Asam.
GARAM – LAN PET PET
Pekerja Asam. Keadaan fizikalnya kurus dan tinggi. Berasal dari Seberang Perai dan bercakap loghat utara dan pekat. Mempunyai habit apabila bersin akan menjadi seorang yang lurus bendul dan akan menceritakan segala perkara yang baik dan buruk.
TAM – SATHIYA
Pekerja Pak Adam. Seorang yang mengikut perintah majikannya. Keadaan fizikalnya yang tidak sempurna kerana mempunyai masalah penglihatan kerana salah satu matanya tidak dapat digunakan sebaik mungkin.
ODAH – NADIA MUSTAFA
Anak sedara Cik Hawa. Belum berkahwin. TIdak gemar dengan sikap Asam yang cuba untuk memikat makcik saudaranya.
YAH – ADELINE TSEN
Berusia awal 20-an. Merupakan anak saudara Cik Hawa. Turut sama membantu perniagaan warung kopi Cik Hawa bersama Odah.
AMIN – FIMIE DON
Anak kepada Hawa berusia 12 tahun. BIjak dan suka mencipta gajet dari barangan terbuang. Cuba menyatukan ibunya dengan Pak Adam.
JIKA wanita bergaya dengan baju kurung pada Hari Raya Aidilfitri, kaum lelaki pula dengan baju Melayu.
Sudah menjadi warisan masyarakat Melayu menyambut raya dengan pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu.
Pemakaian baju Melayu pula tentu lebih menarik jika digayakan bersama samping songket. Ia turut menonjolkan lagi ketampanan lelaki.
Terdapat pelbagai warna dan corak samping songket bagi disesuaikan dengan baju Melayu.
Mohd. Siswadi Abdul Hamid pemilik Teh Collection Saudagar Songket berkata, warna selamat apabila membeli samping songket adalah warna-warna lembut atau pastel kerana sesuai dengan apa sahaja warna baju.
Biasanya samping songket yang berwarna lembut menjadi pilihan lelaki untuk dipakai pada majlis akad nikah.
Beliau yang menjual beberapa jenis songket tenun tempatan dan luar negara menambah, masih ramai yang menyukai samping berwarna terang seperti merah, biru, ungu, hijau dan sebagainya.
"Samping songket berwarna terang menjadikan si pemakai nampak ceria. Samping yang berwarna merah tua boleh dipadankan dengan beberapa warna baju seperti merah samar, putih, hitam, kelabu dan kuning air,'' katanya ketika ditemui di ibu pejabat Utusan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Mohd. Siswadi, terdapat beberapa jenis corak samping songket, iaitu corak sarang lebah, pagar, bunga tabur, astana (klasik), lawang dan tikar.
Apabila memakai samping songket, bahagian kepala mestilah di bahagian belakang. Sementara kain songket yang dipakai oleh wanita, kepala songket terletak di hadapan.
Bagaimanapun samping songket Teh Collection, kepala songket boleh diletakkan sama ada di hadapan atau di belakang.
Terdapat tiga jenis ukuran songket, iaitu dua meter, 2.25 meter dan 2.50 meter mengikut kesesuaian ukuran pinggang si pemakai.
teks dari utusan
IRAMA desiran ombak yang menghempas pantai pasti mampu merehatkan minda lebih-lebih lagi bagi yang sentiasa dihambat bebanan kerja yang tiada kesudahan.
Tapi di mana mahu nikmati suasana seperti itu tanpa perlu memandu jauh dari ibu kota?
Port Dickson mungkin salah satu destinasi yang boleh dipilih untuk rehatkan minda sambil menikmati desiran bayu laut pada hujung minggu.
Tetapi jika ingin pembaharuan dan suasana percutian tepi laut yang serba mewah serta unik, boleh ke Pantai Bagan Lalang Sepang.
Golden Palm Tree yang juga dikenali sebagai Sepang Gold Coast Malaysia di Pantai Bagan Lalang, merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.
Pertama kali menjejaki kaki di sana, hati pasti terpaut menyaksikan laut Selat Melaka yang membiru.
Penat perjalanan lebih sejam dari ibu kota lesap sejurus kaki menjejak ruang legar resort. Lokasinya dengan pantai hanya lebih kurang 50 meter.
Tidak cukup dengan itu, resort seluas 160 hektar yang dibina dalam formasi pohon kelapa sawit (pandangan dari udara) dirasakan cukup unik ditambah pula dengan suntikan ciri-ciri kemelayuan terutama pada hiasan dalaman vila.
Susunan 392 vila pelbagai jenis menjadikan resort itu kelihatan seperti perkampungan global yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara.
Setiap vila tidak meminggirkan unsur alam dengan kehijauan flora fauna yang tidak diusik.
Pengurus Pemasaran Golden Palm Tree, Steven Yap berkata, resort yang diuruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan CNI International itu terletak di kawasan strategik yang menawarkan pemandangan pantai yang indah.
Katanya, kedudukan strategik itu adalah pelaris untuk menarik pelancong. Di tambah lagi dengan keunikan resort yang dibina seolah-olah terapung di atas air.
''Pengunjung yang datang boleh membuat pilihan untuk menempah vila di pesisir pantai atau pun vila di tengah-tengah laut. Kedua-duanya memberi pemandangan alam yang indah,'' katanya.
Selain pemandangan laut, pengunjung juga boleh menikmati keindahan dua batang sungai yang mengalir memasuki pantai Bagan Lalang dengan kiri kanannya dipenuhi hutan paya bakau.
Malah kedudukannya yang strategik iaitu 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 45 minit dari Putrajaya juga antara faktor utama menjadikan resort itu sebagai destinasi percutian sekeluarga
"Kewujudan Golden Palm Tree ini menjadikan Pantai Bagan Lalang sebagai 'syurga' pantai terpanjang di Asia iaitu sepanjang 22 kilometer.
"Di sini kami menyediakan empat jenis penginapan eksklusif iaitu Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa , Ivory Palm Villa serta Royale Palm Villa yang menjanjikan ketenangan kepada pelanggan,'' ujarnya ketika ditemui di resort elit itu baru-baru ini.
Walaupun vila-vila yang menghadap ke laut atau kolam renang itu kelihatan biasa sahaja, tetapi ia tetap selesa apatah lagi saat tirai malam berlabuh.
''Kesemuanya dilengkapi kemudahan-kemudahan asas termasuk set televisyen, telefon talian dail terus antarabangsa (IDD), bar mini dan sebagainya. Dengan saiz bilik yang luas serta susun atur perabot yang kemas memberi keselesaan kepada penghuni untuk bergerak dengan bebas terutama bagi yang datang bersama keluarga.
"Ditambah pula dengan bunyi deruan ombak yang memecah kesunyian malam, ia bagaikan alunan muzik terbaik membuai tidur tetamu," katanya.
Selain vila mewah itu, terdapat empat jenis lagi vila dengan tawaran harga serendah RM510 semalam.
teks dan gambar dari utusan
ROM 1 Sept. - Bintang Brazil, Robinho menandatangani kontrak bersama gergasi Serie A, AC Milan semalam untuk tempoh empat tahun dengan nilai perpindahan sebanyak 15 juta euro (RM60.8 juta) dari Manchester City.
Dua tahun lalu, pemain berusia 26 tahun itu secara mengejut menyertai City dengan bayaran 32.5 juta pound tetapi bintangnya malap selepas Roberto Mancini mengambil alih sebagai pengurus City musim lalu.
Dia kemudian dipinjamkan ke kelab Santos Januari lalu tetapi kelab Brazil itu tidak mampu untuk membeli pemain itu secara tetap.
“Saya sangat gembira untuk berada di sini,” kata Robinho yang telah memenangi dua kejuaraan liga ketika bersama Real Madrid sebelum berpindah ke Manchester City, di mana dia telah menjaringkan 14 gol daripada 41 penampilan di Liga Perdana England itu.
“Saya akan berusaha untuk memberikan pulangan kepada peluang yang diberikan dan saya mahu membuktikan diri saya.
“Cita-cita saya ialah untuk bermain sebaik mungkin dan membantu Milan menjadi juara,” kata Robinho. - AFP
teks dari utusan