D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Ogos 2017

Warga emas temui ajal atas bumbung rumah

LENGGONG - Seorang warga emas menemui ajal di atas bumbung rumahnya di Kampung Temerloh, di sini petang tadi.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 60 tahun itu naik ke bumbung rumahnya sebelum tiba-tiba pengsan.
Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian selepas dihubungi, mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Meor Ahmad berkata,  anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada kira-kira jam 6.53 petang.
"Setibanya di lokasi, mangsa didapati terbaring di atas bumbung rumah. Pegawai Perubatan yang berada di situ mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Komander operasi kemudiannya mengarahkan anggota menurunkan mangsa dari bumbung," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa diturunkan dengan badannya diikat menggunakan tali khas.
Meor berkata, jenazah mangsa diserahkan kepada anggota perubatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 7.30 petang.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog