D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

23 Ogos 2017

Hukuman penjara Rafizi kekal

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Rafizi terhadap sabitan dan hukuman itu.
Azman dalam keputusannya bagaimanapun membenarkan rayuan dan membebaskan Mohd Rafizi daripada satu lagi pertuduhan iaitu memiliki dokumen yang sama.
Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam bela, Gobind Singh Deo yang mewakili Mohd Rafizi untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mohd Rafizi bakal hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika gagal dalam rayuannya kerana berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Mohd Rafizi didakwa mendedahkan Laporan Pengauditan 1MDB di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur pada 3 petang, 24 Mac tahun lalu.
Bagi perbuatan itu dituduh didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan:

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog