D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

27 Ogos 2017

Perbelanjaan duit zakat meningkat

Perbelanjaan duit zakat meningkatMAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membelanjakan RM102.5 juta duit zakat bermula Januari sehingga semalam.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Azlan Abd Hadi berkata, wang yang dibelanjakan untuk membantu asnaf adalah hasil kutipan zakat daripada orang ramai.
"Perbelanjaan tahun ini lebih besar berbanding tahun lalu apabila MAIK hanya membelanjakan RM102 juta.
"Ini menunjukkan bahawa pihak kami menyalurkan wang zakat atau baitul mal yang dibayar orang ramai kepada pihak sepatutnya iaitu asnaf," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan zakat kepada mangsa kebakaran di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat hari ini.
Menurutnya, wang baitul mal yang dibelanjakan MAIK bagi membantu asnaf melebihi daripada jumlah kutipan yang diperolehi.
"Orang ramai tidak perlu bimbang, wang zakat mereka dibelanjakan kepada pihak yang sepatutnya," katanya.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog