D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Ogos 2017

Empat polis ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, semalam, menahan tiga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan ceti haram.
Ia susulan penahanan Inspektor Polis di IPD sama berhubung kes sama, Isnin lalu,
Sumber-sumber yang rapat dengan SPRM Sabah, berkata semua suspek berusia antara 29 dan 34 tahun itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial diIPD berkenaan.
Menurutnya, suspek pertama, pegawai polis berusia 34 tahun dipercayai bersetuju menerima sogokan RM20,000 daripada seorang ah long, pada 16 ogos lalu.
Katanya, sogokan itu supaya tiada tindakan undang-undang diambil terhadap ah long berkenaan.
"Suspek kemudian menerima RM18,000 pada hari sama dan RM2,000 lagi pada 21 Ogos lalu," katanya.
Katanya, tiga lagi anggota polis berusia antara 29 dan 34 pula ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima RM18,000 daripada ahlong terbabit pada 16 Ogos lalu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi mengesahkan penanahanan keempat-empat suspek.
"Suspek pertama iaitu pegawai polis kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM
2009.
"Kami akan memohon perintah reman tiga lagi anggota polis terbabit bagi membantu siasatan kes sama," katanya.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog