D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

18 Februari 2014

minuman dan makanan penyejuk badan

Minuman penyejuk badan

Tahukah anda bahawa makanan tertentu mengandungi tenaga yang dipanggil `yang'? Makanan jenis ini menambah panas atau api kepada badan anda. Tenaga yang (api) boleh membakar dan menghilangkan kelembapan badan.

Malah, gaya hidup anda boleh menjejaskan keseimbangan badan, sama seperti falsafah Yin dan Yang. Terdapat banyak perkara yang menjurus kepada peningkatan tenaga yang (api) dalam badan. Sama ada terlebih `yin' atau `yang' boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Dengan memahami prinsip ini, anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui pengetahuan dalam pengambilan jenis makanan atau minuman pada masa yang sesuai.

Kundur

Salah satu cara untuk memastikan keseimbangan dan mengekalkan kesejukan badan adalah dengan mengambil buah kundur sebagai minuman yang menyejukkan badan. Ia sesuai dengan konsep keseimbangan dalam terapi makanan Cina. Dengan rasanya yang masam dan manis, kundur biasa digunakan untuk memasak sup berperisa atau manis.

Buah kundur mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan membantu mengurangkan panas badan. Ia juga makanan bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan toksin. Mengambil minuman kundur membantu menghidratkan badan anda dengan lebih cepat berbanding air.

Malah mengambil air berlebihan boleh membuat perut anda kembung. Jika diminum sebelum bersarapan, mampu meredakan ulser peptik. Kundur adalah sumber yang baik untuk vitamin B1, B2 dan C serta kaya dengan beta karotena dan kalsium selain mengandungi sodium yang amat rendah iaitu baik untuk menangani beberapa penyakit seperti arteriosklerosis, tekanan darah tinggi dan nefritis.

Krisantimum

Teh Krisantimum ialah salah satu minuman herbal paling popular di China. Ia juga disebut teh tisane daripada spesies Krisantimum morifolium atau Indicum. Dengan keenakan rasanya yang lembut dan manis serta pelbagai manfaat kesihatan, minuman teh krisantimum menjadi pilihan ramai dan digemari orang dewasa dan kanak-kanak. Bau bunga daripada minuman ini mengimbau kenangan musim bunga. Hirupan pertamanya mencetuskan sensasi yang menarik dan menyegarkan daripada gabungan rasa yang sedikit manis dan pahit.

Teh krisantimum mengandungi vitamin C yang membantu meredakan berat kepala semasa selesema dan melegakan ketidakselesaan resdung. Bersifat anti sprochetal, ia membantu melegakan kekusutan fikiran. Kandungannya yang tinggi dengan beta karotena pula ditukar kepada vitamin A. Ini berguna dalam rawatan kulit bermasalah seperti jerawat dan akne.

Di samping itu, teh krisantimum mempunyai ciri rangsangan dan membantu menyedarkan deria dan menyegarkan minda. Ia merangsang semua deria dan juga menenangkan saraf.

Dalam perubatan Cina, teh krisantimum digunakan untuk "menyejukkan" organ dalaman. Teh ini kerap diminum selepas mengambil makanan berminyak yang boleh membebankan sistem hati. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.

Mengikut fahaman perubatan tradisional Cina, simptom ini menunjukkan panas badan dan teh krisantimum baik untuk menyejukkan dalaman badan. Teh krisantimum disyorkan setiap kali anda mengambil terlalu banyak makanan bergoreng, bakar dan barbeku.

Kanak-kanak digalakkan untuk meminumnya sekali sekala bagi mengekalkan kesihatan mereka. Ia baik untuk dinikmati semasa makan tengah hari atau malam kerana ia membantu memudahkan penghadaman.

Dengan warnanya yang cantik dan rasa yang menyegarkan, bunga krisantimum dipandang tinggi sebagai herbal detoksifikasi dalam perubatan Cina. Krisantimum mempunyai ciri antiradang dan antiseptik untuk membantu menghilangkan panas dan menyingkirkan toksik yang terkumpul dalam badan. Pengambilan secara kerap membantu menyingkirkan toksin yang terperangkap dalam paru-paru termasuk memecahkan pembentukan mukus dan membetulkan ketidakseimbangan yang boleh menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang.

Sengkuang cina


Badan anda dilengkapi secara semula jadi untuk melakukan proses pembersihan diri. Namun pengambilan gula, kafein, stres berlebihan dan terlalu kurang bersenam boleh memperlahankan fungsi menyahtoksin semula jadi badan. Seterusnya badan anda tidak boleh membersihkan dirinya sendiri apabila ia juga perlu berdepan dengan peningkatan bilangan bahan berbahaya dan toksik di kawasan persekitaran.

Badan anda akan memproses dan menyingkirkan sebilangan bahan kimia yang memasuki badan dan tersimpan dalam hati, paru-paru, buah pinggang, sel lemak, usus, saluran darah, dan kulit, yang boleh menyebabkan penyakit kronik. Dengan melakukan proses menyahtoksin, anda akan mengeluarkan toksin daripada sistem badan anda.

Sengkuang cina ialah sayuran air yang tumbuh di paya yang boleh dinikmati mentah. Ia dianggap sebagai ubat tradisional untuk rawatan penyakit di serata Asia dan berasal dari bahagian selatan China. Dikenali sebagai mah tai, sengkuang cina digunakan sebagai makanan sejak zaman purba.

Daripada keluarga tumbuhan yang dipanggil sedge, sejenis rumput paya dengan bahagian bawahnya yang boleh dimakan serupa seperti kacang chestnut. Walaupun mempunyai rasa seperti kacang, ia sebenarnya sejenis sayuran berkulit coklat bertekstur seperti kertas, pejal dan rangup. Sengkuang Cina tumbuh di kawasan air cetek di tasik, sungai dan paya dan China merupakan pengeluar terbesar sengkuang cina.

Individu yang alah kepada kacang boleh menikmati sengkuang cina. Sekiranya dimakan pada musim hujan, ia boleh melindungi seseorang daripada batuk.

Sengkuang cina kaya dengan serat yang diperlukan oleh badan untuk menurunkan kolesterol. Ia membantu mengelakkan masalah seperti sembelit dengan membersihkan sistem penghadaman badan. Sengkuang cina juga mengurangkan hernia, amenorea, sakit perut dan masalah hati.

Mereka yang menghidap cystitis dan penyakit yang menyakitkan seperti jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup yang disediakan dengan sengkuang cina bagi mencegah simptom daripada menjadi lebih teruk. Jus yang diekstrak boleh mencegah rasa senak dan loya.

Cincau


Cincau ialah campuran yang diadun daripada tumbuhan Mesona chinesis, herba dalam keluarga pudina (Limiaceae). Ia kemudiannya ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan agar-agar jeli.

Di sebalik warna yang hitam, cincau memberi pelbagai manfaat termasuk membantu untuk melegakan pedih ulu hati. Ramuannya yang mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus serta vitamin (A, B1 dan C), dipercayai mampu melegakan pedih ulu hati.

Ia membantu badan untuk menyahtoksin melalui pembuangan air kecil secara kerap, mencegah ruam dan kerengsaan kulit. Cincau ialah penyejuk semula jadi, membantu mencegah serangan panas dan demam. Ia biasanya digunakan untuk melegakan cirit-birit oleh masyarakat Indonesia.

BIJI KEMBANG SEMANGKUK SEJUKKAN BADAN SEWAKTU DEMAM

 BIJI KEMBANG SEMANGKUK

Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.

Nama kembang semangkuk merujuk kepada semua spesies dalam genus scaphium spp.. Ke semua spesies tersebut menghasilkan biji yang mempunyai tisu yang akan kembang seakan jeli apabila direndam di dalam air. Biji kembang semangkuk yang kering adalah ukuran dari hujung jari orang dewasa, berwarna coklat dan mempunyai kulit yang kasar.



 


         KEADAAN biji kembang semangkuk yang telah direndam ~

Isi di sekitar biji kembang semangkuk yang kering mengembang sehingga lapan kali ganda daripada saiz asalnya jika direndam dalam air, tidak teratur bentuknya apabila kembang dan rupanya seperti gel kemerahan. Setelah direndam dan biji dibuang, isi kembang semangkuk biasanya dicampur dengan gula pasir putih, ais dan biji selasih (basil seeds) dan diminum sebagai minuman penyejuk badan.


Kembang semangkuk turut juga dikenali sebagai selayar, malva nut (Inggeris), sahm raawng (Thai) dan kapas-kapasan (Indonesia). Terdapat 4 jenis spesies pokok kembang semangkuk yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Spesis utama termasuklah S.linearicarpum, S.longiflorum, S.macropodum dan S.scaphigerum. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Sterculiaceae ini merupakan sejenis pokok balak dan banyak ditemui di dalam hutan hujan tropika dan di kawasan bertanah rendah terutamanya di Semenanjung Malaysia, Thailand dan Myanmar. Setiap spesies pokok mempunyai ketinggian yang berbeza. Begitu juga dengan bentuk daun antara setiap spesies turut berbeza.


 Rawat batuk kering dan pendarahan rahim


Biji kembang semangkuk mengandungi lebih kurang 60% basorin (bahan gam atau musilaj). Kulit biji yang kering lazimnya mengandungi 4.5% protein, 24% pentosan dan 40% karbohidrat. Selalunya biji kembang semangkuk akan direndam dalam air dan dicampurkan air gula lalu dijadikan minuman.


Sejukkan badan sewaktu demam


Selain sedap diminum, biji kembang semangkuk juga dikatakan mempunyai khasiat ubatan yang tertentu. Biji kembang semangkuk dikatakan boleh direndam dalam air dan tisu buah yang kembang berwarna coklat diminum bersama air. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama.


Ramuan ini dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan (hidung, perut, usus atau pundi kencing), penawar racun, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal, sakit mata, sakit gigi, cacing dalam perut dan usus, cirit-birit dan disenteri. Bijinya juga dikatakan boleh dibuat teh herba untuk merawat bronkitis dan juga dijadikan ubat luaran, selalunya air rendaman kembang semangkuk perlu diembunkan semalaman sebelum diminum.

Hi semua..di sini aku nak share sikit cara-cara nak sejukkan badan menggunakan kaedah tradisional.Sebab aku beri tips ni adalah kerana badan aku dah rasa panas didalam dah ada rasa perit tekak jadi terus ja teringat nak sejukkan badan.
Balik ja kerja terus singgah di kedai sensei beli bahan-bahan yang perlu untuk buatkan air tu.Dan di bawah ini adalah diantara bahan-bahannya sebelum dan selepas direndam.Anda semua kenal tak dengan bahan-bahan ni.kalau orang-orang lama mesti kenal tetapi yang bebudak muda ini ada kenal ke??
Getah Anggur

Bunga Chrysanthemum

Biji Selasih

Kembang Semangkuk
Aku pun tak tau kenapa benda ni dipanggil getah anggur.kalau sekali tengak nampak macam kemenyan je
Ini mesti ada yang kenal.yang selalu diminum dalam kotak tu dah dicampur ngan bahan-bahan lain.ini fresh dari ladang.
Ini semestinya semua kenal.ada yang suka buat sirap selasih tetapi kalau di Penang dipanggilnya Sarbat.Ada juga yang gelarkannya telur katak.
Yang terakhir sekali kembang semangkuk.Macam tak percayakan.Asal sebelum rendam mcm biji asam ja tetapi dah rendam ha ambik ko...dah besar.
Semua ini aku rendamkan dan dicampur semua.untuk sedapkannya lagi campur sedikit dengan air gula.Kalau dah malas sangat nak buat

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog